BAB 8

 

SESAMPAINYA Wildan dan Ainna di rumah sewa, Wildan turun untuk membukakan pintu buat adiknya. Ainna menghulurkan salam dan sempat memohon maaf kerana telah banyak menyusahkan abangnya sepanjang hari itu. Wildan tersenyum nipis,

               “It’s okay. Nanti angah susah, adik pulak tolong angah. Adik. Kalau ada apa-apa masalah share tau dengan angah. Jangan diam je. Angah lagi risau kalau adik sembunyikan masalah adik dari angah. Ingat, adik bukan sorang-sorang. Adik ada angah. Adik boleh mintak tolong, boleh susahkan angah.”

               “Takde la angah. Adik okay je. Pasal Adi tu adik tak kisah lah! Ni pon mesti dia dah tak ganggu adik. Sebab dia ingat adik dah kawin,” jawab Ainna seraya mengukirkan senyuman kepada abangnya.

               “Angah tahu adik ada problem. Tapi angah faham kalau adik belum nak share dengan angah. Nanti bila adik dah ready, adik bagitahu angah okay?” ujar Wildan dengan nada yang lembut seraya menyentuh kepala adiknya dengan lembut.

               “In sya Allah. Thankyou angah,” ujar Ainna perlahan. Wildan memang tahu yang dia sedang dalam masalah namun tidak mahu memaksanya untuk bercerita. Dia sedikit bersyukur kerana Wildan memberi ruang kepada dirinya.

Wildan mengangguk seraya meminta diri untuk beredar. Walaupun berat hati untuk meninggalkan adiknya, namun dia terpaksa pulang pada malam itu juga kerana esoknya dia perlu menghadiri mesyuarat yang ditangguhkan pada petang tadi. Melihat adiknya kembali tersenyum dan bergelak tawa, sedikit sebanyak membuat hatinya sedikit tenang.

 

PUAN ROZITA keluar untuk mengambil barang dari dalam kereta. Dia terlihat ada seseorang yang sedang berdiri di luar pagar rumahnya dengan keadaan yang mencurigakan. Lelaki itu berselindung di sebalik sebuah pokok yang besar dan seolah-olah tidak mahu orang lain sedar akan kehadirannya. Puan Rozita mula rasa ada sesuatu yang aneh. Dia segera berlalu masuk ke dalam rumah namun lelaki itu masih berdiri di tempat yang sama. Mungkin lelaki itu tidak tahu yang Puan Rozita sudah melihat dirinya.

Puan Rozita segera mengunci pintu dan mengambil telefon untuk membuat panggilan pada suaminya. Namun, tiada jawapan dari Encik Sharif. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Dia risau sekiranya orang itu adalah pencuri atau musuh perniagaan suaminya. Setelah beberapa kali panggilannya tidak dijawab oleh suaminya, dia segera menelefon Wafiq yang ketika itu sedang keluar bersama rakan-rakannya. Dia menghela nafas sedikit lega kerana Wafiq menjawab panggilannya,

               “Along. Along balik sekarang, long. Ibu takut lah!” ujarnya dengan nada yang perlahan.

Wafiq terkejut mendengar suara ibunya yang seperti berbisik,

               “Ibu.. Kenapa ni? Apa yang jadi?” tanya Wafiq dengan nada yang cemas.

               “Ibu tak tahu, tadi ibu keluar nak ambik barang dalam kereta. Lepastu ibu tengok ada orang tengah intip rumah kita. Along balik long. Ibu takut ni.”

               “Okay ibu. Along balik ni. Ibu jangan keluar rumah tau! Duduk je dalam rumah, lock semua pintu,” ujarnya seraya berjalan menuju ke keretanya. Puan Rozita hanya mengangguk dan berjalan naik ke biliknya di tingkat atas. Dia takut terdengar sesuatu yang tidak diingini sekiranya dia ada di ruang tamu. Makin takut pula jadinya.

‘Cepatlah along! Ibu takut ni. Ya Allah budak ni lama betullah!’ desis hati kecilnya yang sudah menguncikan dirinya di dalam bilik. Bibirnya tidak putus dengan berzikir.

Wafiq memecut keretanya dengan laju. Dia dapat rasakan yang orang itu adalah lelaki yang sama mengintip rumahnya sejak sebulan yang lalu. Dia benar-benar ingin tahu siapa lelaki itu. Setahunya, perniagaan mereka tidak ada masalah dalam perebutan projek kerana boleh dikatakan majoritinya adalah rakan-rakan babanya sendiri. Wafiq mengeluh perlahan. Seketika kemudian, dia sampai ke teratak keluarganya. Matanya melilau mencari orang yang dimaksudkan oleh mamanya, namun hampa. Orang itu sudah tidak ada di sana.

‘Sekali lagi! Ish! Kalau betul anak jantan jumpa depan-depan lah! Tak payah nak mengintip bagai!’ bentaknya di dalam hati. Sudah kerap kali Wafiq cuba untuk menemui orang itu namun lelaki itu sempat melarikan diri terlebih dahulu. Dia sendiri tertanya-tanya motif lelaki itu mengintip rumahnya. Wafiq memarkirkan keretanya seraya masuk ke dalam rumah.

 

YANA sedang berehat di ruang rehat hospital sementara menunggu masuk waktu kerjanya. Melihat skrin di telefonnya yang berdering mengukirkan senyuman di riak wajah Yana.

               “Hello! Assalamualaikum sayang!” ujarnya dengan nada yang ceria.

               “Waalaikumussalam, Yang! You kat mana ni? Sihat” tanya si pemanggil dengan nada yang lembut.

               “I tengah tunggu masuk shif! Sihat je. You dah balik sini ke?”

               “Belum! I baru stop pelabuhan Indonesia. Lambat lagi ler yang,” ujarnya perlahan.

Yana mengangguk perlahan. Dia mengerti dengan pekerjaan kekasihnya itu. Dia tidak terasa hati atau rasa dipinggirkan kerana memang sedari awal bercinta lagi dia sudah dijelaskan oleh kekasihnya, Amirul. Kerja lelaki itu yang tidak tetap masa memang sulit untuk mereka berkomunikasi apatah lagi berjumpa. Kadang mereka tidak berkomunikasi hampir 3 bulan disebabkan kapalnya tidak berlabuh di darat. Di tengah laut juga jarang untuk mendapatkan talian.

               “Hehe.. Saja je tanya. Yang, you busy ke?”

               “takdelah! Ni I tunggu operation datang check ni. Lambat pulak,” ujar Amirul perlahan.

               “Hmm I nak share boleh?” tanya Yana serba salah. Risau sekiranya menganggu kerja lelaki itu.

               “Apa dia?”

               “Emm. Haritu kawan mama nak jodohkan I dengan anak dia tau,” ujar Yana dengan nada perlahan. Sengaja mahu tahu reaksi kekasihnya.

               “Then? You terima ke?” tanya Amirul dengan nada perlahan. Dadanya mula berdebar menunggu jawapan dari Yana. Dia faham sekiranya wanita itu memilih lelaki lain memandangkan kerjanya yang seperti itu.

               “Haah!” jawab Yana sepatah. Sengaja mengusik kekasihnya.

Amirul tersentak dengan jawapan Yana. Dia berusaha mengawal emosinya dan nada suaranya. Risau membuat wanita itu serba salah. Dia tahu yang Yana seorang yang terlalu baik. Jika tidak, mana mungkin wanita itu sanggup tunggunya selama 6 tahun. Amirul menghela nafas perlahan.

               “You kenal ke dia?”

Yana tersenyum mendengar suara Amirul yang sedikit berbeza.

               “Tak kenal pun. Tapi I kenal la dengan kawan mama I tu. Adik lelaki tu pun I kenal. Diorang baik you. Alaa you ingat tak yang dulu I cerita pasal roommate I masa degree? Ainna tu, budak business,” ujarnya sengaja ingin memanaskan lagi keadaan.

               “Tak ingatlah. Takpe lah, I tak kenal jugak. Bila nak langsung?” tanya Amirul sekadar berbasa-basi.

               “Tunggu Fahmi setuju, langsung la.”

               “Fahmi? Oh nama laki tu ke?” tanya Amirul yang sedikit bingung. Setahunya adik Yana yang bongsu pon nama Fahmi.

Yana melepaskan tawanya perlahan.

               “Yang! You ni betul-betul blur ke buat-buat blur?” tanya Yana dengan suara yang agak tinggi.

               “Hah?! Maksudnya?” tanya Amirul sedikit bingung.

               “Taklah! Takkanlah I nak terima perjodohan tu. I kan dah ada you,” ujar Yana sambil melepaskan tawa kecil.

               “Maksudnya you tipu I lah ni?! Ya Allah! I percaya pulak tu,” ujar Amirul sambil melepaskan nafas lega. Sungguh fikirannya tak keruan sebentar tadi.

Yana tersenyum dan menceritakan kisah yang sebenar bermula dari perjodohan antara dia dan Wildan sehingga berubah menjadi perjodohan antara Fahmi dan sahabatnya, Ainna. Dia juga sempat bertanya kepada Amirul sekiranya lelaki itu boleh menyempatkan waktu untuk bertemu orang tuanya ketika majlis pertunangan adiknya nanti. Namun, Amirul tidak memberi janji tentang hal itu.

Usai mematikan panggilan, Amirul terganggu dengan cerita Yana sebentar tadi. Dia tahu yang Fahmi seorang kaki perempuan dari adiknya, namun dia tidak pernah menceritakan hal itu kepada Yana ataupun Fikry. Sebolehnya, dia tidak mahu masuk campur urusan orang lain. Tambahan pula, dia tidak terlalu dekat dengan Fahmi. Dia pelik kerana Fahmi bersetuju dengan perjodohan itu.

 

AINNA berehat di dalam biliknya sebelum pintu biliknya diketuk oleh Hani.

               “Ainna. Kau tidur ke?” terdengar suara Hani dari luar bilik.

               “Masuk Hani,” ujar Ainna dengan nada yang lembut.

               “Kau okay ke? Ada sakit mana mana?” tanya Hani usai mengukir senyuman nipis memandang gadis itu yang sedang duduk di atas katil.

               “Okay la. Aku dah sihat dah. Jangan la risau! Kau ni dah macam angah pulak!” kata Ainna yang merasa terharu dengan layanan Hani padanya. Sudahlah makanan pun disiapkan oleh wanita itu, dia hanya keluar dari bilik dan makan saja.

               “Mana aku tak risau Ainna. Aku tak pernah tengok kau selemah tu. Takut tau aku tadi!” ujarnya sambil membetulkan duduknya di sebelah Ainna.

Ainna mengukirkan senyuman kelat. Dia memandang wajah Hani sebelum melepaskan keluhan perlahan,

               “Hani. Aku nak tanya kau sikit, boleh?” tanya Ainna dengan sedikit ragu. Dia buntu untuk bertanya kepada siapa kerana selalunya dia akan menceritakan masalahnya kepada Wildan dan juga Hani sahaja. Dia tidak mungkin menceritakan hal itu kepada Wildan. Jadi mahu atau tidak, dia perlu bertanya pada Hani.

               “Mestilah boleh. Kau nak tanya apa?” tanya Hani dengan nada yang lembut. Dia menunjukkan yang dia berminat untuk mendengar masalah gadis itu. Wildan sempat memberitahunya tadi yang Ainna tidak menceritakan sebab dia sakit.

               “Kalau kau kan, mak kau suruh kau kawin dengan orang yang kau tak kenal, kau nak tak?” tanya Ainna dengan wajah yang sedikit muram.

Hani mengerutkan dahinya. “Kawin? Maksudnya kau..” belum sempat Hani menghabiskan kata-katanya, Ainna memegang tangan Hani.

               “Please, jawab dulu.”

Hani yang sedang bingung berusaha mengukirkan senyuman tipis,

               “Kalau aku. Maybe aku kenal-kenal dulu dengan orang tu. Kalau rasa ngam, aku proceed. Kalau tak, aku mintak cancel,” ujarnya perlahan.

               “Kalau kau tak boleh cancel tapi dalam masa yang sama kau tak nak kawin dengan dia. Macamana?” tanya Ainna dengan wajah yang seperti mengharapkan jalan penyelesaian untuk masalahnya.

Hani mengeluh perlahan. Berat sungguh pertanyaan sahabatnya itu. Sejujurnya dia sendiri buntu sekiranya berada di tempat itu. Terpaksa memilih untuk menikah dengan orang yang langsung tidak dikenali apatah lagi dicintai.

               “Mungkin dengar macam budak-budak tapi aku akan lari rumah or aku tak balik waktu wedding. Aku lagi rela kena marah dengan parents aku dari aku kena hadap lelaki yang aku tak kenal hati budi dia macamana. Entah-entah kaki pukul ke kaki minum ke. Ish! Takut aku! Mintak simpang lah!”

               “Walaupun kau kena malukan parents kau?” tanya Ainna sekali lagi.

Mendengarkan soalan Ainna, Hani mengeluh perlahan seraya memegang tangan lembut gadis itu. Terlihat dari wajah Ainna yang dia sedang menanggung bebanan yang cukup berat. Hani sendiri buntu untuk membantu gadis itu.

               “Kau tahu kan aku ni jenis yang macamana? Aku akan buat apa saja asal apa yang aku nak, aku dapat. Jadi kalau kau tanya aku, jawapan aku yes!” ujarnya perlahan. Dia sendiri bingung sekiranya dia berada di posisi itu, tapi untuk menenangkan Ainna, dia terpaksa memberi jawapan itu. Tapi dia sendiri yakin yang Ainna tidak akan bertindak seperti yang dia kata. Ainna seorang anak yang baik, penurut kata orang tuanya dan selalu mengutamakan maruah keluarganya. Maklumlah, keluarga Ainna bukan orang biasa-biasa. Ahli perniagaan yang disegani oleh penduduk daerah mereka.

Ainna mengeluh perlahan. Kalau dia bertindak seperti itu, pasti ibu dan babanya akan benar-benar marah pada dia. Malah mungkin dia tidak diakui sebagai salah seorang ahli keluarga Sharif Abdullah.

               “Aku buntu la Hani. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku tak nak kawin lagi! Tapi dalam masa yang sama aku tak nak lawan cakap ibu aku. Dia nak sangat aku kawin dengan anak kawan dia tu. Aku ni kenal pon tak dengan lelaki tu. Jumpa pun tak pernah!” kata Ainna seraya menyandarkan belakangnya ke dinding.

Hani mengangguk perlahan. Dia mula mengerti kenapa Ainna begitu tertekan sehingga ditimpa sakit. Dia tahu yang Ainna masih trauma dalam urusan percintaan dan memang gadis itu seakan-akan sengaja mengelak untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki. Mungkin kerana takut kejadian lalu terulang kembali. Hanya Fikry satu-satunya lelaki yang boleh berteman rapat dengan Ainna sejak peristiwa tiga tahun lalu. Namun, dia tahu yang mereka sedekat itu hanya kerana Raiq sahaja.

               “Kau dah cuba bincang dengan ibu kau?” tanya Hani sambil menatap wajah Ainna yang putih kemerah-merahan itu.

               “Aku tak berani nak bincang dengan dia. Aku takut end up aku tak boleh nak kawal emosi aku. Sebab aku nampak yang ibu hanya berharap dengan aku je sebab kawan dia tu ada anak lelaki je yang single. So memang aku la yang dijodohkan,” ujar Ainna perlahan.

               “Rumitnya masalah kau ni Ainna. Peninglah jadi orang kaya. Selalu nak jodoh-jodohkan. Tak boleh ke kahwin je dengan rider hantar makanan ke dengan cikgu sekolah je ke,” ujarnya dengan nada yang sedikit tinggi. Dia pelik dengan sikap sesetengah orang yang sibuk nak menjodoh-jodohkan anak mereka. Padahal tidak semua perkahwinan yang dijodohkan itu berakhir dengan bahagia. Baik lah bagi saja peluang kepada anak-anak mereka untuk memilih jalan sendiri. Jika berlalu perkara yang tak elok dalam rumah tangga mereka, tidaklah menjadi isu antara keluarga.

Ainna mengukirkan senyuman nipis.

               “Aku pun nak macam tu. Simple, takyah pening. Apa guna ada family yang berduit tapi tak bahagia,” ujarnya perlahan namun sempat ditangkap oleh Hani.

               “Maksud kau?” tanya Hani dengan riak wajah yang hairan.

               “Tak de apa lah!” jawab Ainna sambil tersenyum manis. Dia sebolehnya tidak mahu aib keluarganya diketahui oleh orang luar. Seburuk-buruk layanan ibu dan babanya terhadap dia, mereka tetap orang tua kandungnya. Dan dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.

Hani mengangguk perlahan. ‘Setiap family mesti ada masalah dia masing-masing. Aku tahu sekarang ni kau tengah ada masalah dengan family kau. Tapi aku bangga dengan kau Ainna. Kau tak pernah share masalah family dengan orang luar. Kau sanggup tanggung sendiri. Aku pun tak sekuat kau, Ainna.’

               “Angah kau cakap apa?” tanya Hani sengaja mengalihkan pembicaraan. Risau Ainna merasa canggung dengan pertanyaannya tadi.

               “Yang tu satu hal. Aku belum bagitahu dia lagi. Aku takut la dia mengamuk nanti. Kau tahu la angah tu macam mana,” ujar Ainna perlahan. Dia tahu yang Hani memang kenal dengan perangai abangnya itu. Susah untuk mengawal emosinya bila marah.

               “Ibu kau tak bagitahu dia?” tanya Hani sedikit pelik. Hal sebesar itu tidak dihebohkan antara adik beradik? Kalau keluarganya pasti sudah heboh hingga ke sepupu dan saudara maranya yang lain.

               “Belum bagitahu lagi. Nak tunggu jawapan aku dulu la kot,” bohong Ainna. Ibunya mana mungkin memberitahu hal itu kepada Wildan sendiri. Mereka berkomunikasi melalui telefon pon boleh dikira berapa kali setahun.

Hani mengangguk perlahan tanda bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu.

               “Kau istikharah la Ainna. Mintak petunjuk dari Allah. Doa yang baik-baik. Mungkin dia betul-betul jodoh kau yang dikirimkan Allah melalui ibu dengan baba kau,” ujar Hani perlahan sambil menepuk lembut tangan Ainna.

               “In sya Allah, thankyou Hani sudi dengar masalah aku,” ujar Ainna seraya mengukirkan senyumannya.

               “No hal la! Dah lah! Tidurlah. Jangan fikir sangat. Nanti sakit lagi, sape nak angkat masuk dalam kereta,” ujar Hani seraya berjalan keluar dari bilik Ainna.

Ainna hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Hani. Hatinya juga sedikit tenang.

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23