Posts

Showing posts from November, 2021

BAB 39

                          J AM menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Wildan tersentak mendengar suara pintu ruangan ICU dibuka. Melihat seorang jururawat keluar dari pintu itu, Wildan segera berjalan mendekatinya,             “Nurse, sorry. Patient nama Ahmad Wafiq macamana? Dah sedar ke?” tanya Wildan dengan riak wajah yang agak serius.             “Ahmad Wafiq? Masuk sini sebab apa?” tanya jururawat itu lagi.             “Emmm.. Accident. Masuk waktu Zohor tadi,” jawab Wildan lagi. Mungkin jururawat itu bekerja shif malam, jadi dia tidak terlalu tahu tentang pesakit yang ada di situ.             “Oh! Yang kena langgar lari tu ke?” tanya jururawat itu lagi. Wildan menganggukkan kepalanya perlahan.             “Dah, dia dah sedar dah tadi. Doktor kata patient makin better lepas masukkan darah dalam tubuh dia. Mungkin siang tadi dia lemah sebab hilang banyak darah kot,” ujar jururawat itu lagi.             “Dia macamana? Ada patah di mana-mana or any luka yang teruk?” tanya Wi

BAB 38

                          W ILDAN segera keluar dari ruang solat setelah selesai menunaikan solat maghrib. Perjalanannya terasa agak lama memandangkan lebuhraya agak sesak dengan kereta. Mungkin kerana ini musim cuti sekolah. Untung saja dia guna jalan pintas jadi dia tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di hospital yang ditempati oleh abangnya. Wildan segera berjalan ke arah lif dan naik ke lantai ICU persis yang diberitahu oleh adik iparnya.             “Angah!” kedengaran satu jeritan suara dari sisi kanannya. Wildan berpaling ke arah suara yang cukup dikenali. Kakinya melangkah laju mendekati adiknya, Ainna. Ainna segera berdiri dan memeluk tubuh Wildan dengan kemas. Dadanya yang sedari tadi sesak semakin tidak tertahan dan menangis teresak-esak di tubuh abangnya. Wildan juga turut sama membalas pelukan adiknya tanda memberi semangat.             “Shhh!! It’s okay. It’s okay. I am here with you,” pujuk Wildan sambil memejamkan matanya. Mungkin untuk menutupi rasa takut