Posts

BAB 42

  A INNA menyentuh lembut bahu abangnya. Wildan yang dari tadi termenung jelas menunjukkan riak wajah yang terkejut. Wajahnya diangkat untuk melihat orang yang sudah menyapanya sebelum bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Tangan kanannya menepuk lembut tempat duduk di sebelahnya, menunjukkan dia mengajak adik perempuannya untuk duduk di sampingnya.             “Mana Raiq?” tanya Wildan yang sedari tadi tidak melihat bayang-bayang anak buahnya itu.             “Balik dengan mama Fikry,” jawab Ainna ringkas. Melihat anggukan dan mendengar keluhan perlahan dari bibir abangnya, Ainna mengukirkan senyuman hambar.             “Angah tak nak balik dulu ke?” Wildan memalingkan wajahnya ke arah Ainna sebelum mengukirkan senyuman nipis.                           “I am fine. Angah tak letih pun,” jawab Wildan seolah-olah mengerti apa yang ingin disampaikan oleh adiknya.             “Angah balik la dulu tidur kejap, along kan dah okay. Biar adik yang jaga sini. Esok pagi angah datang l

BAB 41

  A inna berjalan keluar dari ruangan Wafiq dengan dipeluk oleh suaminya, Fikry. Raiq yang tadinya setia bersama dengan Wildan segera berlari mendekati umi dan papanya. Melihat uminya menangis membuatkan mata bulatnya tidak henti-henti memandang papanya. Fikry yang terpinga-pinga mengangkatkan kening melihat wajah mulus anaknya.             “Papa marah umi ke?” tanya Raiq sambil memegang lembut tangan uminya. Fikry mengukirkan senyuman nipis,             “Mana ada. Kenapa Raiq tanya macam tu?”             “Dah tu kenapa umi nangis?” tanya Raiq sambil menarik-narik tangan uminya, mungkin mengharapkan jawapan dari ibu sambungnya itu.             “Haah ni papa buat umi nangis. Raiq marahla papa,” adu Ainna sambil menyeka air mata yang ada di pipinya. Fikry yang agak terkejut dengan ucapan isterinya segera menoleh ke arah Ainna sebelum mengukirkan senyuman tipis. Mungkin lega melihat isterinya yang jauh lebih tenang berbanding tadi.             “Haaa kan Raiq dah kata. Papa