Posts

Showing posts from March, 2021

BAB 17

W ILDAN sempat membalas senyuman Fikry yang memandangnya seraya memeluk adik perempuannya dengan sangat erat. Ainna yang tidak dapat menahan tangisnya terus mengalirkan air mata di pelukan abangnya. Wildan merasa sebak melihat keadaan adiknya seperti itu. Dia hanya mengusap lembut belakang adiknya tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. Fikry yang berada di samping mereka juga turut merasa simpati mendengar tangisan isterinya. Dia tahu yang Ainna banyak mengalah dengan kedua mertuanya untuk perjodohan ini. Malah hingga ke detik itu pun, Ainna masih boleh mengukirkan senyuman dan menunjukkan dia seorang yang kuat padahal hatinya sedang menangis.                “Everything will be fine. No worries okay?” pujuk Wildan seraya melepaskan pelukan dengan adiknya dan mencium dahi Ainna dengan lembut. Ainna yang semakin tenang hanya mengukirkan senyuman nipis dan menyeka air matanya. Wildan mengalihkan pandangan kepada Fikry dan bersalaman.                “Aku tahu semua ni jadi secara dr

BAB 16

  W ildan membuka pintu kereta di sebelah penumpang belakang dan mengukirkan senyuman manis kepada adiknya. Hatinya yang hiba ditutup rapi. Sedih bukan hanya kerana ingin menyerahkan adik kesayangannya kepada lelaki yang tidak dikenali, tetapi juga kerana dia bukan lagi orang yang terdekat kepada adiknya. Ainna bakal mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawab adiknya juga akan bertambah jadi dia rasa seperti ada jarak antara mereka berdua. Mungkin bagi orang lain, benda itu biasa namun bagi cukup sulit buat Wildan.                “Angah sayang adik sampai bila-bila. Tak kira adik dah jadi wife orang, ada family sendiri sekalipun, adik tetap adik angah. Adik yang selalu angah sayang dan protect. Tak kira apa pun yang jadi, I will always be with you. Angah mintak maaf sebab tak mampu mempertahankan apa yang adik nak,” bisik Wildan perlahan sambil memimpin adiknya berjalan menghampiri pintu dewan. Hani yang ada di belakang mereka kelu seribu bahasa. Kata-kata Wildan yang ringkas itu m

BAB 15

  P UAN ROZITA menegur Ainna yang sedang asyik merenung kolam ikan di halaman rumahnya.                “Adik buat apa sorang sorang kat sini? Hani mana?” Ainna memalingkan wajah memandang ibunya. Dia berusaha mengukirkan senyuman nipis.                “Saja ambik angin. Hani tengah otp. Ibu kenapa keluar?” tanya Ainna dengan suara yang perlahan seperti seseorang yang hilang semangat.                “Ibu tengok adik duduk luar sorang-sorang tu yang ibu keluar,” jawab Puan Rozita dengan senyuman terukir di wajahnya. Jelas menunjukkan yang ibunya sedang bahagia ketika itu. Mana tidaknya, hanya tinggal beberapa jam saja lagi, ibunya akan berbesan dengan sahabat baiknya sendiri. Itu yang menjadi cita-cita ibunya sejak dari dulu lagi.                “Adik, ibu nak cakap sikit boleh?” tanya Puan Rozita setelah kata-katanya tadi hanya dibiar sepi oleh Ainna.                “Apa pula mintak izin nya ibu. Cakap je la, apa?” tanya Ainna dengan wajah yang masih menatap ibunya.