Posts

Showing posts from June, 2021

BAB 28

  H AFIZ melayangkan beberapa keping gambar ke muka adiknya, Hafiza. Wajahnya kelihatan bengis dan cuba untuk menahan marah. Sungguh dia tidak mengerti dengan sikap adik perempuannya itu. Sudah beberapa kali dia melarang Hafiza untuk tidak masuk campur dalam hal itu, namun adiknya tetap membantah arahannya. Hafiz sangat tidak suka ada orang lain yang turut serta dalam rancangannya kerana takut apa yang dilakukan oleh Hafiza malah merosakkan segala rancangan yang sudah diatur olehnya. Hafiza mengambil kepingan gambar di atas lantai. Dia menelan liur perlahan sebelum matanya memandang belakang tubuh abang sulungnya, Hafiz. Tangannya dikepal kuat bagi menguatkan dirinya sendiri dalam melawan amarah abangnya.                “Aku dah kata jangan masuk campur dalam hal ni! Yang kau degil sangat ni kenapa? Dah tak nak dengar cakap aku lagi dah?” tanya Hafiz tanpa memandang wajah adiknya.                “Bu.. Bukan macam tu abang. Fiza takde niat nak lawan abang,” jawab Hafiza dengan sua

BAB 27

                 M emandangkan Jep tidak ada apa-apa memberi khabar tentang penyelidikan mereka, Wildan terpaksa mengikut cadangan dari sahabatnya untuk bertanya kepada Wafiq. Dia sebolehnya tidak mahu ada campur tangan ahli keluarganya yang lain kerana risau nantinya hal itu akan sampai ke pengetahuan babanya. Namun, memang dia akui tidak mudah untuk Jep mencari tahu tentang hal itu. Mereka tidak ada apa-apa maklumat samada tentang musuh babanya ataupun juga pengirim surat itu. Disebabkan itulah dia membuat keputusan untuk bertanya Wafiq akan hal itu. Dia yakin Wafiq mengetahui sesuatu memandangkan abangnya itu lebih dekat dengan baba mereka berbanding dia dan Ainna. Telefon bimbitnya mendail nama ‘along’ sebelum ditekapkan ke telinga. Beberapa detik menunggu, ada suara garau dari corong telefon,                “Hello, assalamualaikum.”                “Waalaikumussalam, long. Kau kat ne?” tanya Wildan.                “Dalam kereta, on the way balik. Kenapa?” tanya Wafiq yang p

BAB 26

  A INNA tersenyum melihat Raiq dan Fikry yang asyik bermain air di gigi pantai. Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi dan suasana di sekitar kawasan itu masih sunyi dari himpunan orang asing. Ainna menarik nafas dalam selepaskan melabuhkan duduk di sebuah kerusi batu yang disediakan untuk pengunjung di pantai itu. ‘Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Engkau sudah berikan. Aku terlalu banyak meminta dan merungut atas segala ujian yang kau berikan. Namun, jarang sekali untuk aku mengucapkan syukur dan rasa terima kasihku pada Mu. Terima kasih untuk ujian yang sudah Kau berikan padaku, yang akhirnya menjadi aku sekuat sekarang. Terima kasih untuk kebahagiaan ini, yang mungkin hanya sementara saja,’ bisik Ainna di dalam hati sambil matanya masih mengekori tingkah laku anak dan suaminya. Jujur jika ditanya sampai bila hubungannya dan Fikry, dia sendiri tidak ada jawapan untuk hal itu. Jika diberi pilihan, pasti jawapannya adalah untuk kekal menjadi isteri kepada Fikry. Mungkin un