Posts

Showing posts from February, 2021

BAB 5

  W ILDAN mengeluh kasar seraya mencampakkan telefon bimbitnya ke katil. ‘Dahlah jarang tanya khabar, jarang whatsapp. Sekali mesej aku nak tuduh yang bukan-bukan. Tak bapak, tak abang sama je! Argh!’ bisik hati Wildan yang kesal selepas menerima mesej dari Wafiq yang bertanya sekiranya Wildan ada buat masalah dengan sesiapa disebabkan ada orang yang mengintip rumah Encik Sharif. Kalau masalah saja mesti puncanya dari Wildan. Padahal bukan dia saja yang bermasalah Wafiq juga. Cuma Wafiq sedikit bijak menangani masalah supaya tidak diketahui oleh ibu dan babanya. Tapi ketika Wildan yang ditimpa masalah, kedua orang tuanya dan Wafiq sendiri sering membuat kesimpulan sendiri tanpa mendengarkan penjelasan darinya. Memori silam seakan-akan kembali meghantuinya. “Kenapa kau pukul dia?! Aku ajar ke pergi sekolah pukul orang?! Tak cukup didikan aku selama ni? Cuba tengok abang kau tu, takde buat masalah macam kau! Dia pun lelaki jugak tapi tak menyusahkan aku!” gertak satu suara yang ada

BAB 4

  A inna yang baru selesai solat subuh, bangun menghampiri sebuah meja kecil di bucu katilnya dan membuka laci meja. Dia mengeluarkan sebuah album yang ada di situ dan membuka helaian demi helaian. Segala memori seakan-akan muncul kembali. Tanpa disedari kolam matanya mula bertakung namun bibirnya masih mengukir senyuman kelat. ‘It has been three years, Ainna. Kenapa kau tak boleh lupakan semua benda ni? Walaupun mereka dah sakitkan hati kau, mereka juga lah yang dah banyak tolong kau! Mungkin mereka tak betul-betul ikhlas berkawan dengan kau, tapi mereka dah banyak ubah diri kau untuk jadi orang yang lebih baik. Dan lepas mereka pergi pun, kau boleh hidup sendiri, mampu jadi diri kau yang sekarang, yang jauh lebih baik dari yang dulu. Jauh lebih baik dari waktu yang mereka ada bersama kau. Setiap orang ada salah dia dan mungkin ini masanya untuk kau belajar lupakan mereka, lupa dan maafkan semua salah mereka dengan kau.’ rintih Ainna di dalam hati sebelum menutup kembali album yang

BAB 3

  F ikry berjalan laju menuju ke sebuah restoran yang telah dijanjikan bersama dengan salah seorang clientnya. Nasib baik dia parkir keretanya berdekatan dengan restoran tersebut. Jadi tidaklah terlalu kalut. Dia terlalu leka membeli sampai lupa untuk melihat jam. Sedar-sedar saja dia sudah terlewat 5 minit. Mungkin bagi orang lain 5 minit itu satu masa yang singkat tapi bagi orang yang berkerjaya seperti clientnya, pasti 5 minit itu terlalu berharga. Risau pula sekiranya dia dianggap tidak berdisiplin dan tidak menghargai masa. Fikry berjalan ke arah sebuah meja setelah melihat client yang dia berjanji sudah ada di tempat duduk itu.                “Encik Wildan?” tanya Fikry sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang duduk sambil memegang telefon bimbitnya. Fikry berusaha bertenang dan menarik nafas perlahan lahan. Nampak sangat dia seorang yang tidak professional dalam bekerja.                “Yes, I am. And you are Fikry, right?” tanya Wildan sambil tersenyum melihat Fikry