Bab 36

 

     HAFIZ memberhentikan kereta di seberang jalan berhadapan dengan sebuah kafe yang sentiasa dikunjungi oleh Wafiq. Memandangkan waktu itu belum lagi waktu rehat pejabat jadi kawasan itu tidaklah terlalu sibuk. Wafiq turun dari kereta dan melintas jalan untuk ke kafe itu. Hafiz sempat mengukirkan senyuman ketika Wafiq menyuruhnya untuk tunggu di dalam kereta.

Setelah hampir 15 minit menunggu, Wafiq keluar dari kafe sambil membimbit dua gelas air di tangannya. Melihat tempat kereta yang diparkir oleh Hafiz sebentar tadi, Wafiq mengerutkan dahi. Matanya melilau mencari kereta miliknya sambil kakinya terus melangkah ke arah tempat parkir.

Tanpa Wafiq sedari, ada sebuah kereta Hilux meluncur laju ke arahnya dan terus melanggar Wafiq tanpa sempat dia mengelak sepenuhnya. Wafiq rebah di tepi jalan dan terus tidak sedarkan diri. Beberapa orang yang ada di kafe tersebut segera berlari mendapatkan Wafiq. Kereta yang tadinya melanggar Wafiq sudah jauh pergi.

Hafiz segera memarkirkan kereta di tepi jalan dan segera turun mendekati Wafiq yang sudah pun terbaring di atas jalan.

            “Wafiq! Fiq! Bangun weh!” jerit Hafiz dengan nada yang agak kuat sambil tangannya cuba menyedarkan majikannya.

            “Adik kenal ke orang ni?” tanya seorang lelaki tua yang duduk berhadapan dengannya.

            “Dia bos saya pak cik. Ni kenapa? Apa yang dah jadi?” tanya Hafiz dengan suara yang risau.

            “Bos adik kena langgar lari. Orang tu dah hilang ke mana pun tak tahu. Pak cik tengok anak ni dah jatuh atas jalan dah,” jelas lelaki tua itu dengan bersungguh-sungguh.

            “Langgar lari? Pak cik Nampak tak kereta apa? Plat number ke?” tanya Hafiz lagi.

            “Pak cik tak nampak la pulak sebab kereta tu pun laju saja pergi.”

            “Yang lain?” tanya Hafiz lagi.

            “Diorang ni lagi lah tak nampak sebab pak cik yang sampai sini dulu,” jelas lelaki tua itu lagi.

            “Ni kena panggil ambulance ni,” suara seorang lagi lelaki yang ada bersama mereka.

            “Tak apa. Saya bawak dia pergi hospital. Sesiapa boleh tolong saya angkat dia masuk kereta?” pinta Hafiz dengan nada yang lembut. Wajahnya juga seakan sangat risau dengan keadaan majikannya yang sudah pun berlumuran dengan darah di kepala. Mungkin kerana bentukan pada jalan tar.

            “Boleh boleh!” jawab mereka serentak seraya membantu Hafiz mengangkat Wafiq dan masuk ke dalam kereta.

Hafiz segera masuk ke dalam kereta dan meluncurkan kereta majikannya meninggalkan Kawasan itu dengan laju usai mengucapkan terima kasih pada semua yang membantunya.

 

PUAN ROZITA yang baru sahaja selesai mengemas rumah melabuhkan duduk di atas kerusi meja makan yang ada di ruangan makan rumahnya. Tangannya mengambil gelas putih dan menuangkan air teh sejuk ke dalam gelas. Baru saja dia ingin meneguk air, gelas itu terlepas dari tangannya. Puan Rozita agak terkejut mendengar bunyi pecahan kaca.

Jantungnya tiba-tiba berdegup agak kencang. Selang beberapa detik, kakinya perlahan-lahan turun dari tempat duduk dan berjalan ke arah ruang keluarga untuk menelefon seseorang. Entah kenapa hatinya rasa ada sesuatu yang buruk terjadi pada orang terdekatnya namun dia tidak tahu siapa. Jarinya mengetik nombor suaminya sebelum meletakkan telefon di telinga,

            “Assalamualaikum abang,” tegur Puan Rozita sambil menenangkan hatinya.

            “Waalaikumussalam. Ada apa awak call saya? Ada apa-apa ke kat rumah?” tanya suaminya yang mungkin masih risau dengan kejadian semalam.

            “Eh! Tak ada apa-apa. Saya cuma nak tanya khabar abang saja. Abang okay ke? Ada apa-apa yang jadi ke kat office?” tanya Puan Rozita dengan suara yang terdesak. Mungkin tidak dapat mengawal rasa risaunya.

Encik Sharif mengerutkan dahi mendengarkan pertanyaan isterinya. Hairan bila isterinya menelefon hanya kerana hal itu.

            “Saya okay. Awak ni kenapa? Awak masih ingat hal semalam ke?” tanya Encik Sharif yang berfikir bahawa isterinya masih takut sekiranya lelaki semalam bukan datang untuk pecah masuk rumah mereka.

Puan Rozita mula melepaskan nafas lega. Namun, masih belum sepenuhnya lega. Dia harus tahu keadaan anak-anak yang lain juga. Mungkin anak-anaknya yang dalam kesusahan.

            “Iyalah. Saya risau lah. Awak tu sudahlah tak kuat mana. Buatnya orang tu serang awak macamana,” bohong Puan Rozita. Sengaja dia menutupi ketidaktenangan hatinya. Dia tidak mahu apa yang ditakutinya akan menganggu emosi dan kesihatan suaminya. Sudahlah kejadian semalam seolah-olah menganggu malam suaminya.

            “Awak nak risaukan saya kenapa? Saya ni di pejabat. Ada ramai staff yang boleh jaga saya. Awak tu patut risaukan diri awak. Sorang-sorang di rumah,” pujuk suaminya.

            “Ish! Abang ni. Saya risau lah suami dengan anak-anak saya.”

Encik Sharif melepaskan tawa kecil mendengar jawapan isterinya.

            “Haa ye lah! Ikut suka awaklah Ita oi! Ni saya nak sambung kerja. Awak nak terus on call dengan saya ke? Dengar saya meeting?” gurau Encik Sharif.

            “Tak ada masa lah saya. Baik saya tengok sinetron lagi bagus. Ni Wafiq ada kat office ke?” tanya Puan Rozita untuk mengetahui keadaan anaknya samada selamat ataupun tidak.

            “Tak ada. Dia ada meeting luar kot pagi ni. Tak masuk office dari pagi lagi,” jawab Encik Sharif yang belum nampak batang hidung anak sulungnya dari pagi lagi.

            “Oh! Okay, takpelah. Saya letak dulu. Assalamualaikum,” ujar Puan Rozita seraya mematikan panggilan.

Jarinya mengetik nombor Wafiq namun dia membatalkan niatnya untuk membuat panggilan kerana risau akan menganggu urusan kerja anak sulungnya. Nombor Ainna diketik dan mesej dihantar.

 

RAIQ ketawa keriangan kerana sudah boleh pulang ke rumah. Ainna yang sibuk mengemas pakaian anaknya juga turut sama tersenyum melihat celoteh anaknya. Tangannya berhenti mengemas dan matanya menatap anak lelakinya. Langsung tidak menyangka si kecil yang dulunya hanya orang asing boleh menjadi seorang kanak-kanak yang sangat dia sayangi hingga sempat membuat dia risau sekiranya si kecil itu menemukan ibu baru dan melupakannya. Dan paling tidak disangka, dia lah yang menjadi ibu kepada si kecil itu dan dia boleh terus menyayangi Raiq tanpa takut untuk berpisah lagi. Namun, bibirnya yang tadi tersenyum nipis mulai memudar.

‘Aku yakin ke aku takkan berpisah dengan Raiq? Aku bukan mak kandung dia. Aku bukan isteri yang papa dia nak. Aku bukan satu-satunya wanita dalam hidup Fikry. Macamana kalau suatu hari nanti, Fikry dan aku bercerai? Apa aku nak bagitahu Raiq? Macamana aku nak jelaskan pada dia yang aku kahwin dengan papa dia sebab nak jaga maruah keluarga? Macamana dia nak faham? Atau akhirnya aku memilih untuk dibenci oleh anak yang selama ni aku jaga dan aku sayang?’ desis Ainna sendiri. Memikirkan hal itu membuatkan dadanya sebak.

Raiq yang hairan melihat uminya sedih segera mendekati Ainna,

            “Umi okay?” tanya Raiq dengan nada yang lembut.

Ainna baru saja kembali ke alam nyata. Jarinya segera menyeka air mata yang jatuh ke pipi.

            “Okay. Umi okay. Raiq dah ready nak balik?” tanya Ainna mengalihkan perhatian anaknya.

            “Ye ke umi okay? Kenapa umi nangis? Umi tak suka ke Raiq balik?” tanya Raiq tanpa menjawab pertanyaan uminya.

            “Eh! Apa pulak anak umi tanya macam tu. Mestilah umi suka. Kita boleh pergi makan KFC, makan sate, umi boleh masak ayam goreng untuk Raiq. Sayang nak makan apa? Balik ni kita ajak papa beli barang lepastu umi masak okay?” tanya Ainna memujuk anaknya.

Raiq tersenyum girang mendengar pertanyaan ibu sambungnya itu.

            “Nak nak nak!”

            “Amboi! Kemain happy ni. Tak nak ajak papa?” tanya Fikry yang baru saja masuk ke kamar wad sejurus mengambil ubat di farmasi.

            “Ish! Papa ni sibuk lah! Raiq nak kawan dengan umi je. Tak nak ajak papa. Kan umi kan?” jawab Raiq.

            “Eeeee! Mulut! Geramnya papa dengan dia ni!” ujar Fikry seraya menggeletek si kecil hingga Raiq ketawa mengekek.

Ainna tersenyum nipis dan menggelengkan kepala perlahan. Kakinya diatur untuk ke kamar mandi untuk mengambil barang-barang.

            “Okay okay okay. Raiq ajak papa sekali,” jawab Raiq yang menyerah kalah dengan gurauan papanya.

Fikry ketawa kecil mendengar kata-kata anaknya.

            “Papa. Tadi kan umi nangis,” ujar Raiq setelah hampir seminit suasana kembali sunyi.

            “Umi nangis?” tanya Fikry hairan.

Raiq mengangguk perlahan sambil tangannya sibuk mengambil robot-robotnya untuk diletakkan di dalam beg.

Fikry memandang Ainna yang baru saja keluar dari kamar mandi. Melihat riak wajah dan mata gadis itu langsung tidak menunjukkan yang dia baru saja menangis.

‘We have been married for almost a month, bangun dan tidur di katil dan bilik yang sama. Tapi aku masih tak tahu macamana kehidupan kau, apa masalah kau dan macamana diri kau yang sebenarnya,’ bisik Fikry sambil memerhatikan isterinya.

 

FAHMI pelik melihat Dahlia yang bercakap telefon secara sembunyi-sembunyi. Kakinya melangkah mendekati kekasihnya dengan perlahan. Telinganya sempat menangkap beberapa patah perkataan dari Dahlia sebelum gadis itu berpaling dan perasan akan kehadirannya. Melihat wajah Dahlia yang agak pucat membuatkan Fahmi yakin yang Dahlia sedang membuat masalah yang baru.

            “Hmmm apa pulak kali ni?” tanya Fahmi seraya menghela nafas berat.

            “Apa, apa? Mana ada apa-apa!” jawab Dahlia dengan nada yang agak keras.

Fahmi menunjukkan tawa sinis.

            “Nak kencing kaki kencing. Tak payah nak menipu lah! Tengok muka you pun I dah tahu,” ujar Fahmi perlahan.

            “Sweetnya! You tengok muka I pun you dah tahu apa yang I buat? Caringnya you dengan I sayang,” ujar Dahlia dengan nada yang manja. Kakinya perlahan-lahan mendekati Fahmi.

Fahmi memandang tindakan Dahlia sebelum mengundur beberapa langkah ke belakang.

            “Tak payahlah! I takde mood ni. Kalau kena sembur kan marah pulak,” jawab Fahmi.

            “You ni! Bila dengan I je tak ada mood. I ajak keluar je tak ada mood. Dah benci sangat ke dengan I? Dah bosan dengan I?” tanya Dahlia dengan nada yang agak tinggi.

Fahmi memerhatikan Dahlia sebelum menghela nafas berat dan menggelengkan kepala perlahan.

            “Boleh tak sehari je diam. Tak payah nak persoalkan benda yang sama lah. Semak tahu tak benda sama saja setiap hari! Ingat tak bosan ke? Tak bingit dengar you membebel je tiap hari? Tolonglah!”

            “Oh! Semak?! You semak dengan I? Eh! You ingat sikit, you ada kat sini sebab siapa? You ingat kalau you sorang-sorang kat sini, you boleh hidup ke sampai ke harini? You boleh jadi orang besar macam harini?” tanya Dahlia dengan nada yang tinggi.

Fahmi melepaskan nafas berat seraya berjalan meninggalkan Dahlia. Mungkin malas memanjangkan pergaduhan mulut antara mereka.

            “Eh! I am talking to you, Fahmi! I am asking you! Answer me lah!” bentak Dahlia dengan nada yang kuat.

Melihat Fahmi yang buat tidak tahu dengannya membuat emosinya semakin membara. Tangannya segera menarik lengan baju Fahmi untuk menghadapnya. Tangannya menampar pipi Fahmi dengan agak kuat,

            “You memang benci sangat ke dengan I? Dah tak nak tengok muka I? Okay, fine! Kalau you memang tak suka dengan I, then kita break! I nak tengok sejauh mana you boleh hidup tanpa I! I nak tahu sape di luar sana nak terima you kalau orang tahu siapa sebenarnya you! Hei! You ingat mak yang you sayang sangat tu boleh terima ke kalau dia tahu siapa you? Kalau dia tahu anak dia sebenarnya bukan pegawai polis, tapi pengedar dadah. Pengedar yang bukan biasa-biasa, international business! You ingat mak bapak you nak ke terima sampah macam you?!” tanya Dahlia dengan nada yang tinggi. Wajahnya agak merah mungkin jelas menunjukkan yang dia benar-benar emosi dengan Fahmi.

Fahmi mengepal kedua-dua belah tangannya dengan agak kuat sehingga ada bekasan kuku di tapak tangannya sebelum tangan kanannya menumbuk dinding batu yang ada di sebelahnya. Dia sudah tidak mampu mengawal emosi sekiranya nama kedua orang tuanya disebut dan disabitkan dengan dosa yang dia lakukan.

            “I sampah? Liya! Kalau I sampah! You apa? Your dad? Your family? Your family business? Yaaa I mengaku I sampah! I tahu kat luar sana takkan ada orang yang akan terima orang yang sejijik I. I jual dadah, I mengaku kerja polis semata-mata nak tutup dosa yang I buat. Tapi setidaknya I tak pernah bunuh orang. I tahu I banyak dosa. Dengan parents I, dengan abang kakak I, dengan family, dengan kawan-kawan I. Dan dengan you jugak,” jawab Fahmi sambil memandang wajah Dahlia yang sudah pun redup seolah-olah sedang menahan tangis.

            “Tapi tak pernah sedetik pun dalam hidup I, I tak menyesal dengan apa yang I dah buat. I nak berubah, you pun tahu macamana I berusaha untuk berubah. Tapi semua orang tak nak lepaskan I. Semua orang tak nak I berubah. I penat Liya. I penat gaduh dengan you, I penat menipu, I penat jadi jahat. I tak tahu apa akan jadi pada I kalau family I tahu hal sebenar. I mampu untuk terus hidup atau tak, I masih akan terus berdiri depan you atau pun tak. I tak tahu. Kalau mati tu bukan satu dosa, dah lama I bunuh diri,” jawab Fahmi dengan suara yang bergetar dan air mata yang bertakung.

Dahlia yang tadinya marah seolah-olah sedikit tenang dan berlembut hati dengan Fahmi. Kakinya melangkah perlahan-lahan mendekati Fahmi dan menepuk lembut belakang Fahmi.

            “I penat Liya. I penat. Tolong lepaskan I. I janji, I takkan cerita apa-apa pun pada sesiapa. Please Liya. I sakit!” ujar Fahmi sambil teresak-esak menangis dengan suara yang tersekat-sekat.

Dahlia memegang dadanya yang terasa sesak. Jiwa wanitanya juga tewas melihat lelaki yang dicintainya terlihat begitu sakit bila bersama dengannya. Ya, dialah penyebab Fahmi ada di situ dan dia jugalah yang membuat Fahmi sesakit itu. Namun, dia juga tidak mahu melepaskan Fahmi. Dia tidak mahu kehilangan lelaki sebaik dan sehebat Fahmi.

            “I am sorry. I am so sorry. But, I can’t. I love you, Fahmi. I sayangkan you. I tak nak kehilangan you,” ujar Dahlia sambil memusingkan badan untuk meninggalkan Fahmi.

            “You are not in love with me. You are just obsessed of me. Kalau you betul sayangkan I, you takkan paksa I untuk terus ada dengan you. You takkan sanggup tengok I sakit macam ni Liya,” ujar Fahmi seolah-olah untuk memujuk Dahlia supaya membantunya untuk melepaskan diri dari ayah Dahlia.

            “Mana you tahu I tak sakit? Mana you tahu I rela tengok you sakit macam ni? I pun sakit Fahmi! I sakit sangat! I selalu tanya pada diri I kenapa I kena dilahirkan dalam keluarga yang macam ni? Kenapa mak bapak I pengedar dadah? Kenapa bapak I gangster? Kenapa I jadi anak Malik? Kenapa bukan you yang jadi anak ayah I? Sebab sejahat mana pun you, I boleh terima you sebab I sayangkan you. But you are not me,” ujar Dahlia seraya melepaskan tawa kecil sambil mengusap air mata yang jatuh di pipinya.

            “You won’t love me. Sebaik mana pun I, you takkan sayang I macamana I sayangkan you. It’s hurt, it’s really hurt to love someone yang you tahu sampai bila-bila pun dia takkan sayang you,’ ujar Dahlia perlahan namun masih terdengar di telinga Fahmi.

 

ENCIK SHARIF pelik melihat setiausaha Wafiq muncul di biliknya. Jarang sekali wanita itu berkunjung ke biliknya. Jika ada sesuatu yang ingin disampaikan, wanita itu hanya meninggalkan pesanan pada setiausahanya yang ada di depan pintu biliknya.

            “Yes, Maria? Anything?” tanya Encik Sharif dengan senyuman manis di bibir.

            “Emmm, bos,” tegur wanita bernama Maria sambil mendekatkan diri dengan majikannya. Dia jadi serba salah untuk menyampaikan berita itu pada majikannya memandangkan kesihatan Encik Sharif yang bukanlah dalam keadaan yang baik. Risau majikannya akan terkejut dengan berita yang akan dia sampaikan nanti.

            “Yes? Kenapa? Awak ada hal apa? Wafiq belum masuk ke?” tanya Encik Sharif lagi.

            “Emmm belum bos,” jawab Maria dengan nada yang lembut.

Encik Sharif mengerling melihat jam yang ada di dinding yang menunjukkan hampir jam 2 petang.

            “Kenapa? Dia ada meeting ke kejap lagi?” tanya Encik Sharif yang berfikir Maria risau sekiranya anaknya tidak masuk ke pejabat selepas waktu makan siang.

            “Buu.. bukan bos. Emm, tadi Hafiz call saya. Dia bagitahu yang..” belum habis Maria berbicara, Encik Sharif memotong,

            “Bagitahu apa? Kenapa dengan Wafiq? Apa yang jadi?” tanya Encik Sharif bertubi-tubi. Jelas menunjukkan yang dia risaukan Wafiq.

            “Emmm. Encik Wafiq accident bos! Sekarang ni Encik Wafiq kat emergency,” jawab Maria sekali nafas. Dia menghela nafas lega setelah menyampaikan berita itu pada majikannya.

Encik Sharif sedikit terkejut dengan berita itu. Dia segera mengurut dadanya yang terasa agak sakit.

Maria juga tidak kalah risau dengan majikannya. Dia segera menghampiri Encik Sharif dan memanggil beberapa orang staff untuk membantunya.

            “Bos! Sabar bos! Bos tarik nafas! Saya yakin Encik Wafiq akan okay! Kita cuma kena tunggu Encik Wafiq keluar dari emergency saja bos!” pujuk Maria dengan nada yang lembut.

            “Apa yang Hafiz bagitahu lagi? Anak saya teruk ke kena? Dia sedar atau tak?” tanya Encik Sharif lagi.

            “Saya tak tahu bos! Hafiz cuma bagitahu itu saja. Tadi pun dengar macam dia kalut sebab dia sorang saja kan kat sana. Tapi saya dah suruh dua orang staff untuk tolong Hafiz kat sana,” jelas Maria lagi.

            “Okay! Sekarang bawa saya ke sana!” arah Encik Sharif.

            “Tapi bos belum okay lagi ni! Bos rehat dekat sini dulu. Nanti kami cuba call Hafiz tanya keadaan Encik Wafiq, ya bos?” pujuk seorang lagi wanita, mungkin setiausaha Encik Sharif

            “No! Saya nak tengok anak saya! Saya nak pergi sana! Bawa saya ke sana!” arah Encik Sharif lagi.

Maria dan dua orang lagi staff saling berpandangan dan akhirnya akur untuk membawa majikannya melawat anak sulungnya di hospital. Seorang staff lelaki memimpin Encik Sharif untuk keluar dari ruangan kerjanya dan diikuti oleh Maria dan seorang lagi staff wanita.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23