BAB 7

 

JAM menunjukkan pukul 11 pagi namun Ainna masih belum keluar dari biliknya. Hani sudah puas mengetuk pintu bilik Ainna kerana risau dengan keadaan gadis itu yang tidak keluar bilik sejak dari semalam. Dia hanya kalut sendiri memandangkan dua lagi teman serumahnya sudah keluar sejak dari pagi lagi. Tambahan pula, rumah itu tidak ada kunci pendua untuk bilik tidur. Dia rasa seperti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Ainna tidak pernah berperangai seperti ini, malah jika gadis itu ada apa-apa masalah pasti dia akan menceritakannya pada Hani atau mengajaknya keluar untuk melepaskan tekanannya.

               “Ainna! Kau okay tak?!” jerit Hani dari luar bilik sambil tangannya berusaha memulas tombol pintu berkali-kali. Disebabkan tiada sahutan dari dalam bilik, Hani sekali lagi mencuba menelefon gadis itu. Namun, masih juga tiada jawapan. Hani akhirnya terpaksa meminta pertolongan dari jiran sebelah rumahnya, Abang Jali untuk menendang pintu bilik Ainna. Dia hampir mati kutu memikirkan cara untuk membuka pintu bilik Ainna.

Ketika pintu terbuka, kelihatan Ainna terbaring lesu di atas sejadah dengan keadaan bertelekung. Hani segera mendapatkan Ainna dan memangku gadis itu di ribanya. Ainna hanya membuka sedikit matanya dan bibirnya seperti berusaha untuk mengeluarkan kata-kata. Namun, disebabkan tubuhnya yang terlalu lemah, suaranya juga tidak terdengar dengan jelas. Hani segera meminta Abang Jali untuk mengangkat Ainna ke keretanya. Dia berniat untuk membawa Ainna ke hospital.

Ketika menunggu Ainna di ruangan kecemasan di hospital, Hani menghantar pesanan kepada Wildan untuk mengkhabarkan lelaki itu tentang keadaan adiknya. Nasib baik Wildan pernah meminta dia untuk menyimpan nombor telefon lelaki itu kerana risau sekiranya terjadi apa-apa pada Ainna. Beberapa minit kemudian, telefonnya berdering,

               “Hani! Kenapa dengan Ainna? Macamana boleh pengsan?” tanya Wildan bertalu-talu. Jelas menunjukkan yang dia risau dengan keadaan adik bongsunya itu.

               “Hani pon tak tahu, ngah. Semalam waktu dia balik rumah, dia okay je. Hani tengok takde sakit pon. Tapi lepas dia masuk bilik semalam, sampai pagi dia tak keluar bilik. Selalunya dia akan keluar untuk breakfast dengan kitorang,” ujar Hani yang masih tertanya-tanya kenapa Ainna boleh pengsan seperti itu. Semalam Ainna balik dalam keadaan baik-baik saja. Malah gadis itu asyik bercerita tentang aktiviti hariannya dengan Raiq dan Fikry yang jelas menunjukkan yang Ainna sedang bahagia. Ainna juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak sihat.

               “Semalam pon dia takde cakap apa-apa masa otp dengan angah. Takpe lah ni angah dah otw. Nanti apa-apa update tau!” ujar Wildan yang sedang fokus pada pemanduannya. Meeting yang akan berlangsung setengah jam lagi, terpaksa ditangguhkan. Baginya, keadaan Ainna sekarang lebih penting.

               “Okay angah. Drive safe!” ujar Hani seraya mematikan panggilan telefonnya. Dia berjalan ke arah katil Ainna setelah mendengar jururawat memanggil pewaris kepada sahabatnya itu.

               “Macamana dengan Ainna, nurse?” tanya Hani seraya meletakkan beg tangannya di atas meja kecil di tepi katil.

               “Kawan awak masih dalam keadaan lemah. Tapi, saya dah masukkan air dan bagi vitamin pada dia. Mungkin kejap lagi dia sedar la tu. Awak jangan risau, nothing serious. Maybe dia penat dengan kerja or kurang makan,” ujar jururawat itu dan meminta diri untuk beredar dari situ.

Hani menghela nafas lega. Syukurlah gadis itu tidak ada penyakit yang serius. Sungguh dia risau melihat keadaan Ainna yang terbaring lemah tadi. Sejak kenal dengan Ainna, dia tidak pernah melihat Ainna selemah itu. Malah, ketika gadis itu berpisah dengan Adi pon, Ainna masih boleh menjalani rutin hariannya seperti biasa walaupun dia tahu ianya tidak mudah untuk Ainna.

Hani mengambil telekung yang dipakai oleh Ainna dan menyarungkan tudung untuk menutupi rambut gadis itu. Disebabkan risau melihat keadaan Ainna tadi, dia tidak sempat untuk membuka telekung terlebih dahulu. Itu pun nasib baik dia ada meletakkan tudung di dalam keretanya. Hani duduk di atas sofa berdekatan sambil mengeluarkan telefon untuk memaklumkan keadaan Ainna kepada Wildan. Setidaknya kuranglah sikit rasa risau Wildan terhadap Ainna.

 

FAHMI merebahkan tubuhnya yang sedikit lenguh. Dia mengeluh perlahan mengingatkan permintaan mamanya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat mamanya.

               “Ma. Fahmi taknak la. Fahmi tak kenal pon dia, macamana nak kawin?” ujar Fahmi sambil meraup wajahnya.

               “Ainna tu baik Mi. Mama dah banyak kali jumpa dia. Orangnya pon cantik, manis. Tenang je mama tengok dia.”

               “Tak nak la ma! Please ma. Fahmi nak fokus kerja dulu. Taknak kawin lagi,” ujar Fahmi dengan nada memujuk.

               “Ala jangan macamtu. Mama mintak tolong dengan Fahmi. Please sayang. Fahmi pun bukannya ada calon lagi kan,” Ujar Puan Faridah dengan nada yang lembut. Dia menaruh harapan yang tinggi untuk berbesan dengan sahabatnya itu dan dia juga berkenan Ainna jadi menantunya.

Fahmi hanya diam mendengarkan pertanyaan dari mamanya. Dia menghela nafas seraya berkata,

               “Bagi Fahmi masa boleh?”

               “Okay boleh. Tapi jangan lama sangat tau! Plannya bulan depan nak tunang,” ujar Puan Faridah dengan nada gembira.

               “Hah?! Bulan depan? Ma! Ni nak kawin ke nak gi shopping mall? Fahmi tak decide lagi nak ke tak kan!” ujar Fahmi dengan nada yang sedikit tinggi.

               “Alaaaa please sayang. Mama harapkan kamu je. Tolongla mama. Mama tak pernah mintak apa pon dari kamu. Kali ni boleh la Fahmi dengar cakap mama. Ya sayang?” ujar Puan Faridah dengan nada yang lembut.

Fahmi sekali lagi mengeluh perlahan. Tidak mungkin dia mengecewakan mamanya tapi dia tidak mungkin menikah. Untuk umur yang baru menginjak 24 tahun, dia masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang. Dia masih belum puas menikmati zaman bujangnya. Fahmi menggelengkan kepala dan cuba memikirkan cara untuk menolak permintaan mamanya.

 

AINNA memegang kepalanya yang sakit. Dia melihat Hani yang terlelap di sofa sebelah katilnya.

               “Hani..” panggil Ainna perlahan.

Hani tersedar mendengar panggilan Ainna lalu segera bangun menghampiri gadis itu.

               “Kau okay? Ada sakit mana-mana tak?” tanya Hani sambil memegang lengan gadis itu.

               “Aku okay. Sakit sikit je. Kau buat apa sini?” tanya Ainna yang merasa bersalah kerana telah menyusahkan sahabatnya itu.

               “Aku jaga kau lah! Kau tak nak tanya ke kau kat mana?” tanya Hani sekadar ingin bergurau.

               “Kat hospital la. Kau ingat aku hilang ingatan ke?” tanya Ainna sambil membetulkan tudungnya.

               “Takde lah. Biasanya kan kalau orang baru bangun dari pengsan mesti dia tanya ‘aku kat mana, kenapa aku ada sini’ ujar Hani sambil mengukir senyuman nipis. Sengaja ingin menghiburkan gadis itu. Dia masih tidak berani untuk bertanya tentang sebab Ainna jadi begitu kerana risau ianya terlalu peribadi atau mungkin itu masalah yang berkaitan dengan keluarga. Kalau masalah keluarga, Ainna memang menutupinya dari Hani.

               “Banyaklah kau! Ni aku kena warded ke? Doctor kata apa?” tanya Ainna yang mula rimas dengan keadaan hospital.

               “Tak warded pon. Tunggu air ni habis, kau boleh balik la. Doctor kata kau penat sikit je lepastu badan kau dehydrated. Ni aku dah call angah kau tau! Dia dah otw sini,” ujar Hani seraya mengambil telefon bimbitnya di dalam beg. Risau sekiranya ada mesej dari Wildan.

               “Kenapa kau bagitahu angah?” tanya Ainna sedikit terkejut. Dia risau kerja abangnya akan terganggu disebabkan masalahnya. Ainna seorang yang berdikari. Dia sebolehnya tidak ingin menyusahkan keluarga untuk apa-apa masalah sekalipun. Sebab itu dia tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarga, tambahan pula ibu dan babanya juga tidak bertanya tentang perihal itu. Namun, berbeza dengan Wildan. Dia sedikit terbuka dengan lelaki itu, mungkin disebabkan abangnya itu selalu bertanya tentang keadaannya dan juga dekat dengannya.

               “Ye lah! Dah kau pengsan tetiba. Aku ni takut la kau ada penyakit kronik ke. Takkan aku nak handle kau sorang-sorang. Buatnya kau kena operate ke apa ke,” ujar Hani dengan nada yang sedikit tinggi. Dia tahu yang Ainna pasti tidak setuju dengan tindakannya untuk memaklumkan pada Wildan. Namun, dia sudah berjanji pada lelaki itu yang dia akan memaklumkan pada Wildan sekiranya terjadi apa-apa pada Ainna.

Ainna hanya mengeluh perlahan seraya berusaha untuk bangun dari baringnya dengan dibantu oleh Hani.

 

WILDAN yang memakai baju t-shirt berwarna hijau gelap dan memakai sneakers hitam itu berjalan menghampiri katil Ainna.

               “Angah,” tegur Ainna seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abangnya.

               “Adik okay tak ni? Adik sakit mana-mana?” tanya Wildan sambil menghela nafas perlahan. Nafasnya agak tercungap-cungap disebabkan dia parkir kereta agak jauh.

               “Takde dah. Sakit kepala sikit je. Nanti okay la ni. Sorry angah. Adik susahkan angah,” ujar Ainna dengan mata yang berkaca-kaca. Dia rasa sedih bukan hanya kerana tmenyusahkan Wildan tapi juga kerana masalah perjodohan itu. Dia yakin yang Wildan belum tahu tentang hal itu. Jarang ibunya memberitahu Wildan sendiri tambahan pula hal itu tidak berkaitan pun dengan Wildan.

Wildan menarik tubuh Ainna ke pelukannya.

               “Ish! Apa pulak cakap macam ni. Adik tak susahkan angah pon. Adik kan adik angah. Memang tanggungjawab angah la untuk jaga adik. Jangan sedih-sedih. Lagipun angah takde buat apa pun harini,” bohong Wildan. Dia tidak mahu adiknya merasa makin bersalah jika tahu yang dia sudah meninggalkan kerjanya semata-mata untuk melawat Ainna.

Hani meminta diri untuk keluar membeli makanan. Dia ingin memberi ruang kepada dua beradik itu. Mungkin Ainna ingin menceritakan masalahnya pada Wildan dan rasanya seperti dia tidak perlu ada bersama mereka. Melihat dari tangisan Ainna, dia yakin yang gadis itu menangis bukan kerana sakit. Tapi ada masalah lain.

Ainna tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia membalas pelukan Wildan seraya memeluk tubuh lelaki itu dengan erat. Berharap mampu mengurangkan bebanan fikiran yang dialaminya. Makin lama pelukannya, makin kuat tangisan Ainna.

Wildan yang merasa hairan dengan tingkah laku Ainna hanya mendiamkan diri. Wildan yakin ada sesuatu yang terjadi kepada adiknya itu. Ainna jarang sekali menangis seteruk itu.

               “Adik nak makan?” tanya Wildan selepas Ainna melepaskan pelukannya. Dia tidak bertanya punca Ainna menangis kerana tidak mahu terlalu memaksa gadis itu. Walaupun hatinya meronta ingin tahu masalah yang dihadapi oleh Ainna tapi dia risau pertanyaannya akan membuat adiknya kembali menangis seperti tadi.

Rasa sedih Ainna sedikit hilang selepas menangis di pelukan abangnya. Ainna berusaha mengukirkan senyuman nipis seraya menggeleng perlahan.

               “Okay, adik tidurlah dulu. Nanti dah boleh balik, angah kejut,” ujar Wildan seraya membetulkan bantal supaya adiknya berbaring.

Ainna mengeluh seraya menggelengkan kepalanya.

               “Angah.. Adik nak cerita boleh?” tanya Ainna dengan suara yang perlahan. Dia sendiri ragu samada ingin menceritakannya pada Wildan ataupun tidak. Sekiranya dia tidak berkongsi, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk waktu itu. Tapi jika Wildan tahu masalah perjodohan itu, pasti Wildan membantah. Paling mengganggu fikirannya, Wildan akan bergaduh lagi dengan ibu dan babanya.

               “Mestilah boleh. Adik nak cerita apa?” tanya Wildan dengan nada yang lembut seraya melabuhkan duduk di atas katil.

Ainna melepaskan keluhan berat. Fikirannya bercelaru.

               “Emm.. Sebenarnya semalam adik terjumpa dengan Adi,” ujar Ainna perlahan. Dia harus menutupi hal perjodohan itu dari Wildan. Dia tidak ingin Wildan marah kepada ibu dan babanya kerana telah menyebabkan dia sakit kerana memikirkan hal itu.

Wildan mengerutkan dahi perlahan. Riak wajahnya yang tenang tadi berubah menjadi merah. Dia menghela nafas dalam.

               “So, adik jadi macam ni sebab dia?” tanya Wildan dengan nada yang menahan marah.

Ainna menggeleng perlahan. Pertemuannya dengan Adi langsung tidak mengganggu fikirannya. Dia tidak terkesan pun dengan kehadiran Adi. Malah, dia puas kerana dia bertemu dengan Adi ketika dia bersama dengan Fikry dan Raiq. Dia memang berterima kasih dengan Fikry kerana mengakui Raiq adalah anaknya.

               “Then? Kenapa adik jadi macam ni?” tanya Wildan yang masih menahan marah.

               “Adik pun tak tahu. Maybe sebab penat kot. Adik kurang tidur dua tiga hari ni, busy dengan kerja. Lepastu semalam teman kawan adik dari pagi sampai malam,” bohong Ainna. Dia tidak mahu sekiranya dia berbohong yang sakitnya disebabkan Adi, nanti Wildan cari masalah baru dengan lelaki itu. Dan Adi pasti berfikir yang Ainna masih belum lupakan Adi.

Wildan merengus perlahan. Sungguh dia benci mendengar nama lelaki itu. Dia mula sangsi dengan jawapan Ainna. Dia dapat merasakan yang Ainna sakit disebabkan Adi, bukan kerana sibuk dengan kerjanya. Namun, dia mencuba untuk mempercayai kata-kata Ainna.

               “Dia nak apa? Ke dia ada ganggu adik?” tanya Wildan dengan menunjukkan muka selamba. Dia perlu berusaha menahan emosinya. Dia tidak mahu Ainna terlalu banyak berfikir.

               “Taklah! Dia ada la kata adik ni takleh move on dengan dia lah, nak ajak minum bagai. Tapi kebetulan Fikry ada situ. Dia pun datang tegur adik. Then Adi ingat Fikry tu boyfriend adik kot. Dia terus blah,” ujar Ainna sedikit bohong. Dia tidak mahu Wildan salah faham sekiranya dia tahu yang Ainna keluar bersama Fikry semalam.

Wildan mengerutkan dahinya, “Fikry?”

Ainna mengangguk seraya berkata, “Fikrylah! Kawan kerja angah tu. Yang kita jumpa kat kafe malam tu.”

Wildan hanya mengangguk perlahan. Fikirannya masih terganggu dengan Adi. Dia dapat rasa yang Ainna ada menyembunyikan sesuatu darinya.

YANA yang baru sahaja pulang dari kerja merebahkan tubuhnya di sofa. Matanya melilau ke sekeliling ruangan dan menjenguk ke dapur dan bilik tidur mamanya. Berkali-kali dia memanggil mamanya namun tidak ada sahutan dari wanita itu. Dia merasa hairan bila mamanya tidak ada di rumah waktu petang begini. Dia kembali baring di atas sofa.

               “Kamu dah balik Yana!” ujar satu suara dari arah tangga.

Yana beristighfar perlahan. Terkejut dengan suara mamanya yang sedikit tinggi.

               “Mama ni terkejut Yana. Yana balik awal harini sebab member nak tukar shif untuk esok. Mama dari mana?” tanya Yana sambil matanya melihat ke arah tangga.

               “Mama baru siap kemas bilik Fikry. Simpan mainan-mainan Raiq dalam kotak. Mama suruh bawak balik KL, Fikry tak nak,” ujar Puan Faridah seraya melabuhkan duduknya di sebelah Yana.

               “Mama nak bagitahu kat kamu ni Yana,” ujar Puan Faridah setelah dia hanya menerima anggukan dari anak perempuannya itu.

               “Bagitahu apa, ma?” tanya Yana seraya memberi perhatian pada mamanya.

               “Mama dengan Cik Ita tak jadi jodohkan kamu dengan anak dia. Tapi, mama dah plan nak jodohkan Fahmi dengan anak Cik Ita.” ujar Puan Faridah sambil menatap wajah anak perempuannya.

‘Tak habis-habis dengan masalah jodoh,’ desis hati kecil Yana seraya menghela nafas perlahan.

               “Anak Cik Ita yang mana? Bukan anak perempuan dia, Ainna sorang je ke?” tanya Yana sambil mengerutkan dahi.

               “Haa ye lah! Mama plan nak jodohkan Ainna dengan Fahmi,” ujar Puan Faridah sambil mengukirkan senyuman nipis.

Riak wajah Yana sedikit berubah. Memang dia senang mendengar yang Ainna bakal menjadi adik iparnya, namun dia berharap Ainna menjadi isteri pada Fikry, bukannya Fahmi. Dia nampak yang Ainna begitu sayang pada Raiq dan dia juga yakin yang gadis itu mampu jadi ibu yang baik buat anak saudaranya itu.

               “Dengan Fahmi ma? Are you sure?” tanya Yana dengan nada perlahan.

               “Dengan Fahmi la. Takkan dengan Fikry. Kalau Fikry memang sah lah dia tak nak. Model seksi dia tu nak campak mana,” ujar mamanya dengan nada seperti menyindir. Bukan Yana saja yang tidak suka dengan Amira, tapi mama dan papa mereka juga. Namun Puan Faridah dan suaminya bukan jenis yang melarang keinginan anak-anaknya. Sekiranya Fikry bahagia dengan Amira, Puan Faridah dan Encik Bakar harus akur dengan pilihan anaknya.

               “Lepastu Fahmi nak?” tanya Yana yang masih tidak puas hati dengan keputusan mamanya.

               “Semalam mama cakap dengan dia, dia kata perlukan masa nak fikir. Mama harap sangat dia terima permintaan mama. Lagipun dia bukannya ada girlfriend. Kalau ada girlfriend tu lain lah,” ujar Puan Faridah dengan nada yang yakin.

               “Bab kawin mestilah perlu masa ma nak fikir. Mana boleh main terjah je,” ujar Yana sambil mengalihkan pandangannya pada skrin televisyen.

Puan Faridah hanya mengukir senyuman nipis seraya berjalan ke dapur. Yana hanya menghantar mamanya dengan keluhan berat. Entah kenapa hatinya merasa tidak nyaman dengan keputusan mamanya untuk menjodohkan Ainna dengan Fahmi. Setahunya dulu Fahmi seorang kaki perempuan dan tidak pernah serius dengan seorang wanita. Tapi dia tidak tahu samada adiknya itu sudah berubah ataupun tidak kerana dia tidak pernah bertanya tentang itu kepada Fahmi. Risau sekiranya ia akan membuat Fahmi tidak selesa.

 

AMIRA menerima pesanan dari nombor yang tidak dikenali. Melihat isi pesanan tersebut membuat emosinya terganggu. Fikirannya mula tidak menentu seraya mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil. Seketika kemudian, dia mengambil semula telefon bimbitnya dan mencari nama Fikry di senarai kenalan untuk membuat panggilan. Hatinya yang panas tidak dapat menahan sabar untuk menunggu panggilannya dijawab. Dia mendengus kuat sebelum mematikan semula panggilan. Sekiranya betul isi pesanan itu, sungguh berani Fikry memperlakukannya seperti itu.

‘Sampai hati you buat I macam ni! Tak guna punya jantan! I ingat you lain dari jantan-jantan yang I kenal sebelum ni. Dengan I bukan main lagi tak nak sentuh, tak nak peluk, tapi main kayu tiga boleh pulak!’ marah Amira di dalam hati. Jantungnya ketika itu berdetak kencang menahan marah. Segala barang yang ada di atas meja soleknya di campak ke tepi dinding. Pergerakannya terhenti setelah telefon bimbitnya berdering tanda ada panggilan masuk.

Amira mengambil telefon bimbitnya, melihat nama yang tertera di skrin membuat api kemarahan di hatinya kembali membara. Belum sempat Fikry memberi salam, Amira sudah terlebih dulu membentaknya,

               “Hah! Baru nak angkat call! You pergi mana dari tadi?”

               “Eh! You ni kenapa?! I baru siap solat la! You tak solat ke yang tak tahu waktu solat baru masuk?” tanya Fikry yang berusaha menahan sabar seperti selalunya.

               “Oh! Kalau bab solat, cepat je tanya orang! Bab aurat, bab sentuh-sentuh semua nak jaga! Tapi bila curang, you on je kan?!” bentak Amira sekali lagi.

Fikry meraup wajah perlahan sambil beristighfar di dalam hati. Dia bingung dengan tuduhan wanita itu.

               “Apa benda you ni? Tolonglah I takde masa la nak bergaduh benda kecik macam ni. I penat tau tak? Boleh tak you bagi I tenang kejap?” ujar Fikry dengan nada yang sedikit tegas. Sebolehnya dia tidak mahu ada pergaduhan apatah lagi sampai putus. Fikry tidak mahu hubungan mereka yang terjalin lebih dari empat tahun itu berakhir dengan sia-sia.

               “What? I buat you tak tenang? Eh! Hello! Fikry! You kata I selalu buat you tak tenang? I selalu mengalah tau kalau you tak nak jumpa dengan I! You tu yang selalu sangat mengelak bila I ajak jumpa. Alasan you apa? Raiq! Raiq! Raiq! Tak habis-habis dengan anak pungut you tu! Menyampah dah I dengar!” jerit Amira dengan nada yang tinggi. Amira memang marah dengan sikap Fikry yang selalu melebih-lebihkan Raiq, padahal budak itu bukan anak kandung Fikry.

               “Amira!!! You jangan kurang ajar! I selama ni sabar tau dengan you! I faham kalau you tak boleh nak rapat, nak sayang Raiq. Tapi I tak boleh terima kalau you kata Raiq macam tu! Raiq tu anak I! Dia bukan anak pungut! Sudahlah! I malas nak bercakap dengan you. Emosi kita sama-sama tak stable sekarang ni. Nanti lain kali kita cakap lagi,” ujar Fikry seraya mematikan panggilan tanpa menunggu jawapan dari teman wanitanya. Dia tahu yang Amira pasti akan terus menyalahkan dirinya. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang antara mereka.

               “Tak guna! Tak guna kau Fikry!!” jerit Amira seraya membaling telefon bimbitnya ke dinding. Amarahnya terhadap lelaki tu semakin bertambah. Lain yang dia nak tanya, lain pula isu yang berbangkit. Perbualan yang sepatutnya membincangkan tentang kecurangan Fikry telah berbalik menjadi kesalahan dia. Jauh di lubuk hatinya, dia marahkan Raiq kerana dia merasakan kehadiran Raiq telah membina jurang yang luas dalam hubungannya dengan Fikry.

 

RAIQ yang baru sahaja masuk ke bilik tidur Fikry berjalan mendekati papanya yang masih duduk di atas sejadah.

               “Papa kenapa?” tanya Raiq seraya menundukkan kepalanya untuk melihat wajah Fikry yang menunduk.

Fikry mengangkat kepalanya dan mengukirkan senyuman nipis,

               “Papa baru siap solat, sayang. Raiq dah solat?” tanya Fikry sambil menunjukkan isyarat supaya Raiq duduk di depannya. Fikry merasa sebak melihat wajah polos si kecilnya. Sungguh dia tidak sanggup sekiranya ada yang menghina atau berkata buruk tentang Raiq.

‘Aidil. Aku minta maaf. Aku tak mampu protect Raiq untuk kau. Aku tak boleh buat apa-apa masa Mira hina Raiq. Aku memang bukan ayah yang baik untuk Raiq kan? Aku mesti dah kecewakan kau. Jujur, aku sakit Aidil, aku sakit masa dengar Mira kata Raiq anak pungut. Aku sakit, aku marah tapi dalam masa yang sama aku tak nak hubungan aku dengan Mira makin teruk. Aku minta maaf, Aidil. Raiq, sayang. Papa sayang Raiq. Papa minta maaf, sayang. Papa tak mampu jadi ayah yang baik untuk Raiq,’ bisik hati kecil Fikry yang merasa seperti dia sudah mengecewakan sahabat baiknya sendiri.

               “Papa. Papa dengar Raiq tak?” tanya Raiq sambil memegang lengan papanya. Fikry tersedar dari lamunannya.

               “Ya sayang, papa dengar. Raiq, papa sayang Raiq tau!” ujar Fikry perlahan seraya memeluk anaknya dengan erat.

Usai melepaskan pelukan, Raiq meminta untuk menelefon Ainna. Fikry mengangguk perlahan seraya mengambil telefon bimbit untuk membuat panggilan. Setelah beberapa detik menunggu, panggilannya dijawab,

               “Assalamualaikum, Ainna,” ujar Fikry dengan nada yang lembut. Namun, riak wajahnya terkejut mendengar satu suara garau yang menjawab salamnya dari corong telefon. Dia kembali melihat nama yang tertera di skrin. ‘Dah betul dah nombor Ainna. Ni sape pulak angkat,’ bisiknya perlahan.

               “Encik sape ye?” tanya lelaki itu kepada Fikry.

Fikry merasa seperti kenal dengan suara itu namun dia hanya mendiamkan diri kerana takut tersalah orang. “Emm, saya Fikry. Ainna ada?”

               “Fikry? Fikry anak Cik Dah ke?” tanya Wildan dengan nada yang sedikit kuat.

               “Haah! Ni kau ke Wildan?” tanya Fikry sekali lagi. Jadi sangkaannya tidak salah la. Dia sempat terfikir yang teman lelaki Ainna yang menjawab panggilannya.

               “Haa aku. Ainna pergi toilet kejap. Kenapa kau cari Ainna?” tanya Wildan sedikit bingung. Setahunya Ainna beritahu yang Ainna dan Fikry pernah berjumpa beberapa kali saja. Macamana Fikry boleh ada nombor telefon Ainna dan juga sampai berani menelefon adiknya. Yang mengelirukannya lagi, Ainna menyimpan nombor Fikry sebagai Raiq, bukan sebagai Harris Fikry.

               “Oh! Tak. Ni anak aku nak cakap dengan dia.”

               “Anak?” tanya Wildan yang semakin keliru. Sudahlah dia tidak tahu tentang kedekatan adiknya dengan Fikry, ini ditambah pula dengan anak Fikry yang seolah-olah rapat dengan adiknya. ‘Wah!! Ada yang tak kena ni. Kenapa adik tak cerita pape dekat aku,’ bisik hati kecilnya.

               “Anak aku, Raiq. Kau pergi tempat Ainna ke?” tanya Fikry sengaja mengubah topik. Dia mula terfikir yang dia salah kerana memaklumkan Wildan tentang Raiq. Sedangkan semalam Ainna sendiri menyembunyikan pertemuan mereka dari Wildan.

               “Haah! Adik aku tak sihat sikit,” jawabnya perlahan. Dia mengangguk perlahan mendengar nama anak Fikry.

               “Tak sihat? Kenapa?” tanya Fikry sedikit terkejut. Semalam gadis itu kelihatan seperti sihat saja. Malahan dia yang terlebih aktif melayan kerenah Raiq. Adakah gadis itu sakit kerana keluar bersama mereka semalam?

               “Doctor kata dia dehydrated. Maybe sebab penat kot.”

               “Kena warded ke, Dan?” tanya Fikry dengan nada serba salah. Pasti gadis itu penat kerana seharian terpaksa melayan anak lelakinya.

               “Alhamdulillah takde la kena warded. Ni pon aku dah nak hantar dia balik, tapi singgah kedai makan jap. Fikry, aku nak tanya sikit boleh?” ujar Wildan yang tiba-tiba teringat cerita Ainna di hospital tadi.

               “Tanya apa?” Fikry risau sekiranya Wildan cuba mencari tahu tentang hubungannya dengan Ainna. Memang dia dan Ainna tidak ada apa-apa hubungan, tapi dia rasa orang yang seharusnya menjelaskan semuanya pada Wildan adalah Ainna. Dia risau kata-katanya akan membawa masalah pada gadis itu.

               “Semalam kau ada jumpa dengan adik aku dekat shopping mall kan masa dia keluar lepak dengan member dia?” tanya Wildan dengan nada serius.

               “Haah,” bohong Fikry. Nasib baik semalam Ainna bercakap dengan Wildan di depannya. Jadi dia tahu yang Ainna beritahu pada Wildan yang gadis itu keluar bersama teman sekerjanya.

               “Kau ada jumpa dengan Adi?”

Fikry mengerutkan dahi. ‘Sape sebenarnya mamat ni? Sampai Wildan pon kenal. Apa aku nak kelentong ni. Kang apa yang aku cerita lain pulak dengan Ainna cerita,’ bisiknya sendiri.

               “Kenapa dengan dia?” tanya Fikry seraya menjeling ke arah Raiq yang berbaring di atas katil sambil bermain dengan bonekanya.

               “Dia ada buat pape tak elok ke dengan adik aku? Ugut adik aku ke?” tanya Wildan perlahan. Nasib baik Ainna meninggalkan beg tangannya pada Wildan jadi dia berkesempatan untuk bertanya tentang Adi kepada Fikry. Niatnya untuk menelefon lelaki itu nanti, tapi kebetulan Fikry sudah bercakap dengannya, lebih baik dia terus bertanya langsung.

               “Setahu aku takde la pulak. Semalam yang aku dengar dia borak biasa je. Aku pergi tegur Ainna tu pun sebab aku tengok dia macam tak selesa dengan lelaki tu. Macam nak larikan diri saja,” ujar Fikry dengan jujur. Memang dia menghampiri Ainna dan Adi kerana dia lihat Ainna seperti dikejar oleh lelaki itu. Dan Ainna juga memarahi Adi kerana terus mengekorinya.

               “Oh! Macam tu. Okaylah! Thankyou Fikry. Sorry ambik masa kau,” ujarnya perlahan. Wildan sedikit tenang mendengar penjelasan Fikry tentang Adi. Mungkin betul yang Ainna sakit disebabkan penat bekerja.

               “Eh! No hal la. Nanti kirim salam Ainna,” ujar Fikry seraya mematikan panggilan. Dia tertanya-tanya apa hubungan Adi dan juga Ainna. Kenapa Wildan begitu risau dengan pertemuan mereka?

Fikry duduk di atas katil seraya mencium lembut dahi anaknya,

               “Raiq. Nanti esok kita call Tyna okay? Sekarang Tyna tak sihat. Dia kena rehat,” pujuk Fikry perlahan. Dia tidak mahu Raiq mengganggu masa rehat Ainna. Sudahlah Ainna sakit disebabkan mereka.

               “Tyna sakit apa? Teruk ke papa?”

               “Tak teruk pun. Sekarang Tyna tengah rest dekat rumah dia. Kita jangan ganggu dia dulu okay?” ujarnya lagi.

Raiq hanya mengangguk perlahan seraya sambung bermain dengan boneka-bonekanya. Fikry tersenyum nipis.

              

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 23