BAB 42

 

AINNA menyentuh lembut bahu abangnya. Wildan yang dari tadi termenung jelas menunjukkan riak wajah yang terkejut. Wajahnya diangkat untuk melihat orang yang sudah menyapanya sebelum bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Tangan kanannya menepuk lembut tempat duduk di sebelahnya, menunjukkan dia mengajak adik perempuannya untuk duduk di sampingnya.

            “Mana Raiq?” tanya Wildan yang sedari tadi tidak melihat bayang-bayang anak buahnya itu.

            “Balik dengan mama Fikry,” jawab Ainna ringkas. Melihat anggukan dan mendengar keluhan perlahan dari bibir abangnya, Ainna mengukirkan senyuman hambar.

            “Angah tak nak balik dulu ke?”

Wildan memalingkan wajahnya ke arah Ainna sebelum mengukirkan senyuman nipis.             

            “I am fine. Angah tak letih pun,” jawab Wildan seolah-olah mengerti apa yang ingin disampaikan oleh adiknya.

            “Angah balik la dulu tidur kejap, along kan dah okay. Biar adik yang jaga sini. Esok pagi angah datang la sini balik,” pujuk Ainna.

            “Takpe lah angah stay sini. Lagi pun ahad ni angah dah kena balik KL.”

            “Awalnya. Baru nak bermanja dengan angah,” adu Ainna sambil melentokkan kepalanya di bahu Wildan.

Wildan melepaskan tawa kecil.

            “Ye ye je kau nak bermanja dengan angah. Angah tengok setiap minit berkepit dengan Fikry je. Siap peluk lagi. Hmmmh! Aku yang single jugak la makan hati asyik tengok je korang bersweet-sweet depan pintu pagi tadi,” usik Wildan.

Ainna melepaskan tawa kecil.

            “Angah jealous eh! Eeee angah ni kalau jealous bagitahu! Adik leh je peluk angah ni!” ucap Ainna sambil memeluk abangnya dengan sangat erat.

            “Ish!! Kita kat hospital ni! Tak malu ke orang tengok?” tanya Wildan sambil tangannya turut sama membalas pelukan Ainna.

Ainna melepaskan tawa sedikit kuat.

            “Are you okay?” tanya Wildan tanpa melepaskan pelukan di antara mereka.

            “Of course I am. Much okay than you, angah,” ucap Ainna dengan lembut.

Wildan mengukirkan senyuman hambar.

            “Glad to hear that. Adik dengan Fikry macamana? Okay?” tanya Wildan sambil melepaskan pelukan antara mereka dan menatap wajah mulus adiknya.

Ainna mengangkatkan kening ketika mendengar pertanyaan abangnya sebelum melepaskan tawa perlahan.

            “Angah expect apa?” tanya Ainna sambil mengalihkan pandangannya ke arah pintu masuk ruang abangnya.

            “Nothing much. Maybe something yang berubah dalam hubungan korang?” tanya Wildan lagi.

Ainna mengukirkan senyuman nipis.

            “As a friend, yes. Kalau lebih dari tu, tak and I don’t think that we will,” jawab Ainna sambil menyibukkan tangannya dengan skirt labuhnya.

            “Kenapa tak? Adik dengan Fikry kan sama-sama single,” ujar Wildan yang seolah-olah ingin mengorek rahsia Fikry dari adiknya.

Ainna terdiam seketika sebelum menjawab, 

            “Bukan senang nak sayang orang angah. Tambah lagi adik dengan Fikry bukannya kenal lama.”

            “Adik yakin Fikry single?” tanya Wildan lagi.

Ainna memandang wajah redup abangnya seraya melepaskan tawa,

            “Angah ni kenapa? Tiba-tiba jadi busybody,” jawab Ainna sengaja untuk menyelamatkan dirinya dari pertanyaan Wildan.

            “Maksudnya Fikry ada girlfriend la kan? Siapa? Since when?” tanya Wildan dengan riak wajah yang mulai berbeza.

Ainna mula rasa tidak sedap hati. Dia risau hubungan abangnya dan Fikry akan rosak disebabkan hal itu. Sebelum ini pun Wildan ada memberitahunya bahawa Wildan bersetuju dengan perkahwinan mereka kerana Fikry itu bukanlah kekasih ataupun tunang sesiapa. Wildan sangat takut jika masa lalu Ainna dengan Adi akan berlaku pada Ainna dan juga Fikry.

            “Taklah! Angah ni! Kenapa jauh sangat ni?”

            “Angah serious ni,” jawab Wildan ringkas namun kelihatan tegasnya.

            “Tak ada lah! Yang adik tahu Fikry tu tak ada sesiapa,” jawab Ainna ringkas.

Jawapan Ainna membisukan Wildan dari terus bertanya. Beerti adiknya tidak tahu tentang kehidupan percintaan Fikry.

 

FIKRY menghantar mama dan kakaknya ke kereta sambil menghadiahkan senyuman hambar. Senyumannya hilang usai kereta milik kakaknya meluncur agak jauh dari tempatnya. Entah kenapa pertanyaan Amira petang tadi mengganggu fikirannya. Hatinya sangat tidak senang bila memikirkan perbualannya dengan Amira. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah tempat duduk yang tidak jauh darinya.

‘Kalau Mira tahu hal sebenar, boleh ke dia terima? And Ainna macamana? Boleh ke aku tinggalkan dia? Dahlah Raiq ni dah rapat sangat dengan Ainna,’ keluh Fikry sendiri.

            “Fikry. Kenapa termenung sorang-sorang kat sini?” tegur bapa mertuanya yang baru keluar dari ruang solat yang tidak jauh dari situ.

            “Eh! Baba! Terkejut Fik. Tak ada lah saja duduk sini,” jawab Fikry sambil mengurut belakang lehernya.

            “Kesian dengan kamu. Terpaksa bermalam kat sini sebab nak temankan kami,” ujar Encik Sharif sambil melabuhkan duduk berhadapan dengan Fikry.

            “Tak ada apa lah baba. Kalau balik pun tak ada bini bosan jugak,” jawab Fikry sambil melepaskan tawa kecil. Sengaja bergurau dengan bapa mertuanya.

Encik Sharif turut sama ketawa mendengar gurauan menantunya.

            “Kerja kamu macamana? Banyak hari ni tinggal,” tanya Encik Sharif. Mungkin untuk menjadikan bualan antara mereka.

            “Okay je baba. Tak pe kat sana ada kawan tolong handle. Banyak hari cuti ni best jugak baba hilang penat tubuh, penat otak. Kalau tak hari-hari asyik hadap perangai orang saja,” ujar Fikry sengaja untuk mengurangkan rasa bersalah bapa mertuanya kerana dia terpaksa meninggalkan kerjanya demi Ainna.

            “Oh ya kan. Kamu photographer mesti banyak jumpa orang. Kalau baba ni jarang sangat jumpa. Projek kecik-kecik ni dah bagi yang muda je handle,” ujar Encik Sharif perlahan.

Fikry mengangguk kepalanya tanda mengerti.

            “Ainna okay ke?” tanya Encik Sharif sambil menatap wajah menantunya.

Fikry mengangkat kepalanya untuk melihat riak wajah bapa mertuanya sebelum bibirnya menghadiahkan senyuman nipis,

            “Ainna okay. Okay sangat baba. Dia pandai uruskan hal-hal rumah. Masak, kemas rumah boleh kata semua lah dia buat. Fik bantu yang mana boleh je. Beli-beli barang tu Fik bolehla. Kalau yang lain memang ke laut.”

Encik Sharif melepaskan tawa kecil.

            “Baba dulu awal-awal kahwin pun macam tu jugak. Wife baba yang buat semua kerja rumah. Tapi bila cari duit, sama-sama semangat,” ujar Encik Sharif tanpa sedar keterlanjuran katanya.

Fikry mengangkatkan kening mendengar kata-kata bapa mertuanya.

‘Wife? Maksudnya bukan ibu je lah wife baba?’ tanya Fikry sendiri. Namun, bibirnya tidak berani untuk menanyakan tentang hal itu. Risau jika babanya rasa tidak selesa dengan pertanyaannya nanti.

            “Eh! Jomlah masuk. Dah lewat ni. Bising pulak ibu tu cari kita,” ujar Encik Sharif seraya berdiri dan berjalan meninggalkan ruang duduk sambil ditemani Fikry.

 

FAHMI menerima pesanan ringkas dari Long Malik yang memintanya untuk memungut hasil dari salah seorang penyewa di daerah Bunut Labu. Fahmi mengetap bibirnya perlahan. Sudahlah kawasan itu ditempati oleh beberapa orang ahli keluarganya.

            “Lia, kalau kau je pungut hasil dengan Bang Agus tu tak boleh ke?” tanya Fahmi sambil menghadapkan badannya dengan Dahlia.

            “Kenapa I pulak? Ayah suruh you kan?” ujar Dahlia sambil matanya masih tidak lekang dari telefon bimbitnya.

            “Alaaa you tolonglah! Makcik pakcik I ada area tu. I tak berani la. Please Lia,” pujuk Fahmi lagi.

            “Ish! You ni! You kata you berani kan? You kata you tak kisah kalau parents you tahu kan? So buat je lah! Nak bising nak risau apa lagi?!” bentak Dahlia seraya melepaskan dengusan nafas dengan kuat.

            “You ni kenapa? I cakap elok-elok kan? Yang nak marah-marah ni kenapa? Period?” tanya Fahmi dengan nada yang mendatar. Mungkin marah dengan sikap Dahlia terhadapnya.

            “Suka hati lah! You boleh marah-marah I. Kenapa I tak boleh?” tanya Dahlia lagi.

Fahmi melepaskan keluhan berat seraya menyandarkan tubuhnya ke sofa.

            “Tak payah macam budak-budak la Lia. I serious ni! I mintak tolong you ni,” ujar Fahmi dengan nada yang lembut.

            “Tadi you pergi mana?” tanya Dahlia sambil memfokuskan matanya ke arah Fahmi.

Fahmi melepaskan keluhan perlahan.

            “Jumpa Syam,” jawabnya ringkas.

            “Kalau you tak nak tolong I takpelah, I buat sendiri,” ujar Fahmi seraya berdiri untuk meninggalkan bilik rehat yang disediakan untuknya di kilang bawah jagaannya.

            “Kenapa you jumpa dia?” tanya Dahlia lagi.

            “Saje la kan dah lama tak jumpa,” jawabnya ringkas.

            “You ni kalau ayah I tahu macamana?” tanya Dahlia tanda prihatin dengan keadaan kekasihnya.

            “Ayah you takkan tahu kalau you tak bagitahu!” jawab Fikry ringkas sambil kakinya terus melangkah meninggalkan Dahlia.

            “You selalu macam tu tau! Kalau ayah tahu mati you!”

            “Lagi senang hidup I,” jawab Fahmi perlahan hingga tidak didengar oleh Dahlia.

 

WAFIQ membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa berat membuatkan gerakan tubuh dan matanya terhenti. Kedengaran suara Wildan dan Ainna tidak jauh darinya. Bibirnya mula mengeluarkan suara untuk meminta sedikit air untuk melegakan sakit tekaknya.

            “Air.. air,” ujarnya perlahan. Untung saja Wildan perasan akan gerakan mulutnya dan mendekatkan telingannya dengan bibir abang sulungnya. Wildan segera mencapai segelas air dan straw untuk disuakan ke arah mulut Wafiq.

            “Along.. Along dah sedar?” tanya Ainna sambil mengusap air mata yang jatuh ke pipinya.

Wafiq menguatkan dirinya untuk membuka mata. Bibirnya tersenyum nipis melihat wajah Wildan yang ada paling dekat dengannya. Matanya kemudiannya beralih ke arah Ainna yang berdiri I sebelah Wildan.

            “Along!!!” jerit Ainna seraya memeluk tubuh abangnya dengan sangat erat.

Wildan yang sebak melihat Ainna turut sama memeluk Wafiq dan Ainna. Wafiq mengukirkan senyuman hambar dan menitiskan air matanya.

‘After so long of waiting, I hope to have your hug, your sweet words, your thankful for having me. And I got all of them after being hurt. Mungkin ni balasan untuk apa yang along dah buat pada angah. But along bersyukur sebab along dapat adik along balik, along dapat angah balik,’ bisik Wafiq dengan air mata yang tidak henti menitis.

            “Ish! Apa adik ni? Along koma, adik nangis, along dah bangun pun still nak nangis ke?” tanya Wildan usai melepaskan pelukan dan mengusap air matanya yang menitis.

            “Eleh! Angah pun nangis! Lagi kuat pada adik pulak tu!” ujar Ainna sambil tangannya masih kemas memeluk abang sulungnya.

            “Kau ada nak apa-apa ke? Ada sakit mana-mana?” tanya Wildan lagi.

Wafiq hanya menggelengkan kepalanya. Awalnya kepalanya memang terasa sedikit berat namun rasa sakitnya masih boleh ditahan. Dia masih ingin melihat dua wajah yang selama ini sangat dia rindui. Sudah terlalu lama dia tidak duduk sedekat itu dengan adik-adiknya.

            “Aku kena buat apa ni? Ibu dengan baba tak ada kat luar ni. Aku call la dorang,” ujar Wildan sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.

            “Selalunya kan kalau dalam drama, dorang akan panggil doktor dulu kan untuk check keadaan along?” tanya Ainna dengan riak wajahnya yang polos.

Wafiq melepaskan tawa kecil. Lucu melihat gelagat adiknya yang masih tidak berhenti menangis namun masih sempat mengingati situasi dalam drama yang ditontonnya.

            “Yeke? Okay kejap!” jawab Wildan seraya segera menekan tombol merah yang ada di katil yang ditempati oleh Wafiq.

Wafiq menggeleng di dalam hati. Lucu melihat kekalutan adik-adiknya. Di saat ini dia dapat rasa kasih sayang adik-adiknya terhadapnya dan bagaimana dia boleh menjadi abang kepada mereka.

Sambil doktor memeriksa keadaan Wafiq, Wildan dan Ainna keluar dari ruangan abangnya. Ainna segera membuat panggilan untuk menyampaikan berita bahagia itu buat ibu dan babanya yang saat ini sedang beristirehat di kamar rehat ibunya.

 

PUAN ROZITA tersedar dari tidurnya disebabkan bunyi deringan telefon bimbit suaminya. Melihat Encik Sharif yang masih nyenyak di atas sofa, membantutkan niatnya untuk mengejutkan suaminya. Kakinya perlahan-lahan menuruni katil dan mengambil telefon bimbit suaminya yang ada di meja sudut bilik. Melihat nama pemanggil membuatkan hatinya berdebar-debar. Namun, tangannya perlahan-lahan menekan tombol terima panggilan,

            “Ibu! Baba! Along dah sedar! Alhamdulillah along dah bangun!” ucap Ainna dengan suara yang agak tinggi usai panggilannya dijawab.

Puan Rozita menekup mulutnya, air mata dengan sendirinya jatuh. Bibir dan hatinya tidak henti-henti mengucapkan syukur pada Allah. Kedengaran suara Ainna yang turut sama menangis makin membuatkan naluri seorang ibunya makin lembut.

            “Ibu? Ibu dengar tak?” tanya Ainna usai mendengar esakan ibunya.

            “Dengar. Nanti kejap lagi ibu dengan baba turun ya?” ujar Puan Rozita seraya mematikan panggilan.

Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah suaminya, tangan kanannya memegang lembut tangan kasar suaminya. Encik Sharif mulai sedar dengan sentuhan lembut isterinya mulai terkejut melihat isterinya yang sudah pun berlinangan air mata. Dia segera bangun dari baringannya dan membetulkan tubuh menghadap isterinya. Jantungnya juga berdetak kencang,

            “Anak kita dah sedar, bang! Anak kita dah bangun! Wafiq dah bangun!” ujar Puan Rozita sambil menangis teresak-esak sambil menyandarkan kepalanya di dada suaminya.

Encik Sharif yang terkejut dengan perkhabaran itu mengukirkan senyuman lebar dan turut sama menangis dalam pelukan masing-masing. Hampir seminit mereka sama-sama menyalurkan semangat sesama sendiri sebelum Puan Rozita melepaskan pelukan itu.

            “Jom kita turun abang. Ita nak tengok anak kita! Ita nak jumpa Wafiq!” ujar Puan Rozita dengan nada yang lembut.

Encik Sharif mengukirkan senyuman nipis mendengarkan ucapan isterinya.

            “Okaylah! Jom. Ni dah siap mekap ke? Nak jumpa Wafiq kena cantik-cantik. Tak boleh muka macam ni. Nampak sangat awak baru lepas nangis,” pujuk Encik Sharif sambil mengusap air mata di pipi isterinya.

Puan Rozita mengukirkan senyuman nipis.

            “Tak pe! Biar Wafiq tahu saya happy bila dia bangun, dia balik pada kita,” ujar Puan Rozita lagi seraya bangun dan memakai tudung sarung berwarna hitam dan mengusap air mata yang masih tersisa di pipinya.

Encik Sharif menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman nipis. Air matanya juga diusap perlahan seraya berdiri dan membetulkan pakaiannya yang agak berkedut.

            “Saya nak singgah kafe dulu la bang, nak belikan makanan untuk Wafiq. Mesti dia lapar,” ujar Puan Rozita dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Encik Sharif hanya mengangguk dan melayan permintaan isterinya walaupun dirinya sendiri sudah tidak sabar untuk bertemu dan melihat keadaan anak sulungnya itu.

 

MENDENGAR suara Wafiq yang menjerit dan bunyi barang-barang dihempas ke lantai, Wildan segera berlari masuk ke dalam ruangan rawat abangnya. Ainna yang baru saja selesai meletakkan panggilan dengan ibunya, terpinga-pinga dengan suara Wafiq. Kakinya juga melangkah untuk menemani Wildan ke dalam wad Wafiq namun ditahan oleh suaminya.

            “Bagi ruang Wildan pujuk along. Saya tahu awak tak kuat, nanti awak nangis depan along macamana? Makin along rasa dia beban untuk kita semua,” nasihat Wildan sambil tangannya memegang kemas lengan Ainna.

Ainna mulai menghadam nasihat Fikry dan membatalkan niatnya untuk masuk. Kakinya perlahan-lahan berjalan mendekati pintu ruangan Wafiq. Kedengaran suara Wafiq yang membentak-bentak doktor dan Wildan supaya meninggalkan dirinya sendiri.

            “Aku tak nak! Aku tak nak tengok sesiapa pun dekat sini! Semua keluar! Aku tak nak!” bentak Wafiq sambil membaling kaca ke dinding. Kedengaran suara kaca pecah hingga ke luar wad.

            “Doktor, bagi kami masa boleh? Nanti saya slow talk dengan dia,” ujar Wildan dengan nada suara yang lembut.

Melihat doktor dan jururawat wanita meninggalkan ruangannya, Wildan memeluk kemas tubuh abangnya. Dapat dirasakan tubuh Wafiq yang menggigil dan air mata yang berjuraian jatuh. Wildan mengetap bibirnya, membuktikan dirinya juga tidak kuat melihat keadaan abangnya. Tangan kanannya mengusap air mata yang jatuh ke pipinya. Dadanya juga sedikit bergetar kerana menahan tangis, matanya dipejamkan rapat seolah-olah mencari kekuatan dan semangat buat disalurkan untuk abangnya.

            “Fiq! Aku tahu benda ni tak mudah untuk kau! Aku tahu ni susah untuk kau! Tapi kau tak sendiri Fiq. Kau ada aku, kau ada ibu dengan baba! Kita ada adik. Kita masih ada family! Kita takkan pernah tinggalkan one another! Kami akan selalu ada untuk kau. Aku akan selalu bantu kau, tolong kau sampai kau pulih sepenuhnya. Please Fiq,” pujuk Wildan dengan nada suara yang lembut dan masih belum melepaskan pelukan di antara mereka.

Wafiq yang langsung tidak membalas pelukan Wildan menjawab,

            “Keluar! Aku nak sendiri.”

            “Fiq! Please! Jangan buat aku macam ni. Dah bertahun-tahun kita jauhkan diri, dah lama aku tak tolong kau, tak selalu ada untuk kau. Please untuk kali ni, bagi aku peluang untuk jadi adik yang baik, untuk balas semua kebaikan kau pada aku dulu. Please Fiq?” pujuk Wildan lagi.

Pujukan Wildan dibiarkan sepi oleh Wafiq. Entah kenapa kata-kata Wildan seolah-olah mengejek dirinya yang dia sudah banyak membantu Wildan. Sedangkan mereka sendiri tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Wafiq menolak Wildan dari memeluknya, matanya juga langsung tidak menatap wajah Wildan,

            “Kau tak payah nak buat aku rasa aku ni baik la Dan. Kau sendiri tahu apa yang jadi 10 tahun lepas. Apa yang jadi masa tu hanya kita dua je yang tahu. Tak payah buat bodoh lah!”

Wildan menatap wajah abangnya dengan lembut. Mungkin selama ini dia sendiri yang ego, ingin menuntut kebenaran di atas segala yang terjadi hingga dia melupakan hubungan keluarga antara dia dan Wafiq. Keadaan Wafiq yang koma berhari-hari sedikit sebanyak menyedarkannya yang ajal dan maut boleh datang bila-bila masa saja. Sekiranya Allah mencabut nyawa Wafiq ketika hubungan mereka sedang tidak baik-baik saja, satu-satunya orang yang paling menyesal adalah dirinya sendiri.

            “Aku tahu Fiq! Aku tahu semua benda. Bukan saja kes Azim tapi jugak kes lumba motor, kes aku lepak dengan mat dadah. Aku bagi pinjam motor untuk lumba haram, aku bagi duit kat budak-budak rempit. Semuanya aku tahu,” ujar Wildan dengan nada suara yang sebak sebelum membisukan dirinya seketika. Kerusi ditarik dan tubuhnya duduk menghadap Wafiq.

            “Termasuklah kau upah orang ugut untuk bunuh aku,” sambung Wildan lagi.

Wafiq yang terkejut dengan ucapan Wildan memandang wajah adiknya. Tangannya tidak henti-henti mengepal keduanya dengan sangat keras.

            “Jujur memang aku tahu semua tu kerja kau, dari awal lagi aku tahu. Aku sedar Fiq, aku bukan adik yang baik. Aku bukan adik yang hebat macam adik orang lain. Aku selalu kena rely on kau atas semua yang aku nak buat. Aku tak mampu untuk buat sendiri, semua benda aku kena harapkan kau untuk bantu aku…”

Belum sempat Wildan habiskan luahannya, Wafiq menyampuk,

            “Tapi setiap kali tu jugaklah, kau yang selalu baba puji. Kau selalu baba sanjungkan. Apa-apa kau dulu, semua benda aku kena mengalah even tu bukan salah aku. Sebab apa? Sebab aku ni abang. Aku ni manusia Dan, aku ada perasaan. Aku bukan robot yang boleh terima amarah ibu dengan baba setiap hari. Setiap kali balik sekolah, kalau kau kena buli, aku yang kena marah. Sebab apa? Sebab aku ni abang, but I can’t protect my brother,” luah Wafiq dengan senyuman sinis di bibirnya.

Wildan mengukirkan senyuman hambar di bibirnya. Kolam matanya juga sudah dipenuhi dengan takungan air,

            “Mungkin dalam memori kau cuma ada tu Fiq. Tapi dalam memori aku, kau adalah abang terbaik yang aku ada. Orang lain pun kata yang aku beruntung sebab aku ada abang macam kau. Abang yang selalu utamakan adik, protect adik berbanding dari diri kau sendiri. Abang yang selalu ada untuk aku, yang selalu nasihat dan ajar aku. Mungkin bagi ibu dengan baba, kau bukan abang terbaik untuk aku dengan adik. Tapi untuk aku, kau abang terbaik. Aku tahu mungkin kau buat semua tu, protect dan care pasal aku sebab ibu dengan baba, but I know deep in your heart, you love me a lot. And I miss my brother, a lot,” luah Wildan dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Mungkin kerana sudah lama dia menyimpan ayat itu untuk dirinya sendiri.

Wafiq mengetap bibirnya perlahan. Selama ini dia membenci Wildan kerana adiknya sudah mengambil seluruh perhatian ibu dan babanya dari terus menyayanginya. Namun, berbeza dengan Wildan yang menganggapnya sebagai pahlawan dalam hidup adiknya. Sungguh dia merasa malu dengan adiknya itu.

            “Aku sayang kau Fiq. I will give you some space untuk kau tenangkan diri dan fikir secara matang. Jangan sebab temporary paralyzed ni kau nak give up dengan semua yang kau dah ada. Ingat macamana perjuangan kau untuk dapatkan apa yang kau ada. Ramai pekerja yang perlukan kau. Jangan hampakan ribuan pekerja hanya sebab emosi kau yang sensitif,” ujar Wildan seraya berjalan untuk meninggalkan ruangan Wafiq.

            “Kau tak marah?” tanya Wafiq dengan nada yang sedikit berbeza.

Wildan mengukirkan senyuman nipis.

            “Sama macam kau, aku juga manusia Fiq. Tapi aku anggap apa yang kau dah buat pada aku, apa yang aku dah tanggung dari kes Azim, adalah satu cara untuk aku tebus balik rasa marah dan sakit hati kau pada aku. Sebab ibu dengan baba pentingkan aku lebih dari kau. Jujur aku tak marah, tapi aku sedih dan sakit hati. Abang yang paling aku sayang, paling aku percaya dan orang yang aku boleh rely on, boleh tinggalkan aku terkapai-kapai sendiri. Tapi aku sedar sebesar mana pun rasa kecewa, rasa sedih aku pada kau, takkan mampu ubah apa-apa. Benda dah jadi dan mungkin ni takdir untuk aku. As you can see, I grow more,” luah Wildan sebelum memusingkan badannya menghadap Wafiq.

            “Without you, along,” bisiknya perlahan sambil menghadiahkan senyuman nipis kepada abangnya.

Bisikannya itu masih dapat didengar oleh Wafiq. Tanpa disedari, hati Wafiq sedikit tersentuh dengan kata-kata Wildan.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23