BAB 1

 

 

                              “Eh! Kak Yana!” tegur Ainna dengan nada yang sedikit kuat sambil menyentuh lengan baju wanita di hadapannya.

               “Maaf, siapa ya?” ujar wanita itu lembut.

Ainna tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu. Ye la macamana nak kenal sudah hampir setahun dia tidak bertemu mata tambahan pula waktu itu Ainna pakai penutup muka. “Ainna kak, kita satu bilik dulu waktu belajar di Uitm Seremban,” jawab Ainna yang masih dengan senyuman di bibir.

               “Oh! Ainna! Maaf la akak tak kenal, makin slim dan bergaya Ainna sekarang ya.”

               “Alaaa akak ni masih lagi suka bodek eh! Terima kasih, akak pon apa kurangnya makin vogue! Ni anak akak ke?” tanya Ainna sambil matanya melirik ke arah budak lelaki yang dipimpin oleh Yana.

               “Eh taklah! Kamu ni! Takkan akak kawin tak ajak Ainna. Ni anak buah akak.”

               “HAHAHAHA mana lah tahu. Hai comel awak nama apa?” Tanya Ainna dengan nada lembut sambil tangannya memegang lembut pipi si comel itu.

               “Raiq Faiqal,” jawab si kecik itu dengan suara yang perlahan tapi masih boleh di dengar oleh Ainna.

               “Oh Raiq.. Alooo comelnya. Akak datang ni berdua je ke?”

               “Eh tak! Dengan mama, entahla mana dia pergi tadi,” jawab Yana sambil wajahnya di alih ke sekeliling kawasan mereka. “Ni Ainna meh la lunch sekali ke tengah dating ni?” Tanya Yana dengan nada bergurau.

               “Eh tak pe la kak, lain kali je la. Ainna datang sini teman ibu beli barang. Nanti….,” perbualan mereka terhenti dek kerana bunyi telefon Ainna dari dalam tas tangannya. “kejap ya kak,” izin Ainna untuk angkat telefon.

Usai berbual di telefon, Ainna minta diri untuk ke tempat ibunya dan sempat bertukar nombor telefon dengan Yana.

Yana hanya menghantar gadis itu dengan pandangan dan senyuman yang tidak lekang di bibir. Sesungguhnya gadis ini banyak membantu dia sewaktu belajar dulu dan dia sendiri pernah berniat untuk menjodohkan adiknya, Fikry dengan Ainna. Namun apakan daya, tamat sahaja ijazah dulu, dia sudah loss contact dengan gadis ini. Yana berharap pertemuan mereka kali ini dapat mengeratkan lagi hubungannya dan Ainna walaupun Ainna tidak boleh jadi adik iparnya.

 

AINNA berehat di sofa untuk melepaskan penat berjalan kerana menemani ibunya membeli-belah. Puan Rozita kemudiannya duduk di sebelah Ainna sambil meletakkan hasil belanjanya dari pasaraya tadi.

               “Adik.. Esok kawan ibu ada buat kenduri, kita pergi eh?,” Tanya Puan Rozita sambil memandang Ainna dengan wajah yang lembut.

               “Alaaaa.. Kenduri apa, bu? Malas la adik. Ibu pergi dengan abah saja la. Adik baru je balik, penat tak hilang lagi,” jawab Ainna sambil tangannya mengambil biskut di atas meja. Sengaja dia bagi alasan penat walhal seorang Ainna mana pernah kenal erti penat walaupun perjalanannya untuk balik ke kampong mengambil masa lebih kurang 9 jam.

Puan Rozita tersenyum mendengar jawapan itu. Memang dia tahu itulah yang akan keluar dari mulut anak gadisnya. Memang dari kecil lagi Ainna tidak suka ke tempat yang ramai dan sesak. Tambahan lagi tempat kenduri. “Alaaa abah ada meeting esok, tengahhari dah bertolak pergi sana. Bolehla teman ibu kejap. Dia kawan baik ibu dari sekolah lagi. Adik pon belum jumpa dia kan, Cik Dah,” ujar Puan Rozita dengan nada memujuk.

               “Hmmm, ye la. Kalau adik tak nak ikut, ibu suruh abah pujuk adik jugak kan. Okay lah, adik nak masuk bilik dulu,” izin Ainna seraya mengambil beg tangannya dan berlalu ke bilik.

 

FIKRY masih sibuk dengan photoshoot walhal jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Kedengaran suaranya mengeluh agak kuat sambil tangan kirinya perlahan lahan memegang belakang leher, mungkin untuk mengurangkan lenguh.

               “Eh Fikry, awalla dah mengeluh,” tegur sahabatnya, Izzue.

               “Takde lah aku penat sikit. Semalam Raiq buat perangai la,”luah Fikry sambil matanya merenung ke arah kamera di depannya.

               “Haaaa itu lah kau! Aku suruh cepat kahwin kau tak nak. Raiq tu nak kasih sayang seorang ibu je,” ujar Izzue dengan nada tegas.

               “Kahwin?! Kau ingat Amira nak ke kahwin dalam masa terdekat ni? Lambeeeet lagi! Tambah lagi nak jaga Raiq. Memang jauh panggang dari api la,” jawab Fikry sambil tersenyum nipis.

               “Dah tu, kau tahu Amira tak boleh nak jaga Raiq, kau stay jugak dengan dia. Kau tak pikir ke macamana nasib Raiq bila korang married nanti? Tak kesian dengan dia kena duduk dengan atuk nenek saja? Tak dapat kasih sayang mak dengan ayah dia?,” ujar Izzue dengan nada keras. Sejujurnya Izzue memang geram dengan sikap Fikry yang satu itu. Terlalu manjakan Amira, sampai Raiq yang ditatang bagai minyak yang penuh pon dipinggirkan bila ada hal berkaitan dengan Amira. Kadang rasa menyampah pun ada bila tengok Amira si gedik tu.

               “Hmm dahlah, takde masa aku nak pikir, biar je la dulu,” jawab Fikry dengan nada malas.

               “Lantak kau lah! Aku cakap ni untuk kebaikan kau, anak kau. Kalau tak nak pikir sekarang nak pikir bila? Anak kau makin hari makin besar,” bebel Izzue sambil kakinya melangkah ke wardrobe untuk melihat model penggambaran mereka.

Fikry hanya memandang Izzue dengan hati yang kosong. Jauh di sudut hati dia mula berfikir tentang masa depan Raiq kalau ditakdirkan dia dan Amira berjodoh.

 

SEORANG wanita berjalan ke arah pintu dan menyambut salam Puan Rozita dengan senyuman lebar.

“Ita!! Naik la. Kenapa berdiri depan tangga pulak? Naik sini,” ajak wanita itu sambil berjalan ke arah sofa di ruang tamu rumahnya.

               “Besarnya rumah kau, Dah!” ujar Puan Rozita sambil matanya melilau sekitar rumah.

               “Besar pun, aku tak pandai nak hias macam kau. Ni anak kau ya, Ita?” Tanya wanita itu sambil tangannya dihulur kepada gadis di sebelah Puan Rozita.

               “Haaa lupa pulak aku! Anak aku la ni, satu satunya anak perempuan aku,” jawab Puan Rozita sambila memegang tangan anaknya.

               “Ohhh cantiknya! Macam kau muda muda dulu, Ita! Nama apa? Dah kerja?”

               “Panggil je Ainna, acik. Alhamdulillah dah kerja dah,” jawab Ainna dengan nada lembut.

               “Oh Ainna! Eh duduk lah dulu ya. Aku nak gi dapur kejap,” ujar wanita itu seraya berjalan menuju ke dapur.

Puan Rozita juga turut ke dapur untuk menghulurkan bantuan mana yang patut dan menitipkan tas tangannya pada Ainna.

 

RAIQ berlari ke arah Ainna seraya berkata, “Aunty ni siapa?” ujar Raiq sambil wajah comelnya memandang Ainna.

               “Eh!! Raiq!! Raiq buat apa kat sini?” Tanya Ainna kebingungan.

               “Ini rumah nenek Raiq. Aunty siapa? Aunty buat apa sini?”

               “Alooo dah lupa aunty dah? Nama aunty, Ainna. Raiq boleh panggil Tyna okey? Tyna teman ibu Tyna datang sini” jawab Ainna sambil tangan mengangkat Raiq ke atas ribanya.

‘Maksudnya Kak Yana tu anak Cik Dah la. Kecik betul dunia ni,’ bisik Ainna dalam hati.

               “Ohh Tyna.. Tyna datang sini dengan ibu? Mana ibu Tyna? Tyna takde kawan?” Tanya Raiq.

Ainna tersenyum. Pandai betul budak ni bercakap. “Haah, Tyna takde kawan. Raiq nak kawan dengan Tyna?”

               “Boleh je. Tapi Tyna nak ke main dengan Raiq? Raiq ni budak lagi,” jawab Raiq sambil tangannya bermain dengan cincin di jari Ainna.

               “Laaaaa Raiq buat apa sini? Kenapa kacau aunty tu?” kedengaran suara garau, Ainna segera mendongak memandang pemilik suara. Terlihat seorang jejaka berkulit sawa matang, berpakaian baju melayu biru, berseluar hitam dan bersongkok sedang berdiri di tepi sofa di hadapannya.

               “Alaa Raiq nak main dengan Tyna je. Papa ni!” jawab Raiq dengan nada merajuk sambil tangannya menarik tangan Ainna untuk memeluknya.

               “tak pe. Raiq tak ganggu saya pun,” ujar Ainna sambil tersenyum nipis memandang lelaki di hadapannya.

               “Maaf la cik, Raiq ni memang jenis clingy siket,” ujar Fikry. Risau sekiranya gadis itu tidak selesa dengan kehadiran Raiq.

               “Eh takde lah! Saya okay je! Lagipun dia ni comel, banyak celoteh dia,” bicara Ainna sambil tangannya mencubit lembut pipi Raiq.

               “Awak ni sape eh? Tak pernah tengok sebelum ni,” Tanya Fikry sekadar mengisi kesunyian antara mereka.

               “Lupa nak kenalkan diri, saya Ainna. Anak kawan Cik Dah,” jawab Ainna sambil mata dan tangannya sibuk melayan Raiq.

               “Ohh Ainna. Saya, Harris Fikry. Panggil Fikry je,” ujar Fikry. Kagum dia melihat gadis itu melayan kerenah anaknya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman tipis.

               Ainna mengangguk sebelum bertanya tentang sahabatnya, Yana kepada Fikry.

               “Kecik betul dunia ni. Kak Yana keluar hantar kawan dia, kejap lagi sampai la tu,” jawab Fikry selepas mendengar penjelasan Ainna tentang Yana dan membalas senyuman Ainna.

Ainna mengangguk dan terus leka melayan celoteh Raiq manakala Fikry meminta diri ke luar rumah untuk menyambut tetamu yang hadir. Tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati tingkah laku mereka.

 

PUAN ROZITA dan Puan Faridah berjalan ke ruang tamu namun keduanya masih rancak berbual. Ainna hanya tersenyum memandang mereka.

               “Eh Raiq!! Raiq buat apa tu? Kenapa kacau aunty?” ujar Puan Faridah sambil matanya melirik ke luar rumah, memandang Fikry yang asyik berbual dengan kawan-kawannya.

               “Takde ape la acik. Raiq boleh jugak teman Ainna sini,” jawab Ainna lembut.

               “Alah kau ni Dah!! Biar je lah dia duduk dengan Ainna. Bukannya susah pun,” kata Puan Rozita sambil tangannya menjamah kuih di atas meja.

               “Inilah cucu yang aku cerita dekat kau tu Ita!”

               “Laaaa yeke?! Comelnya dia, Dah! Berapa tahun ni?” Tanya Puan Rozita sambil memegang tangan kecil Raiq.

               “Iya!! Itu papanya ada kat luar. Baru nak masuk 3 tahun je tu. Mulut dia mengalahkan yang besar,” kata Puan Faridah sambil ketawa kecil sebelum manjemput tetamunya untuk menjamu selera.

               Usai menjamu selera, Puan Rozita dan Ainna meminta diri untuk pulang. Puan Faridah sedikit kecewa kerana belum sempat mengenalkan putranya dengan Ainna. Ketika itu, Fikry sudah pun keluar membeli barang keperluan majlis.

Ainna berjalan menuju ke tempat pemandu dan matanya liar mencari gerangan yang sedang memerhatikan dirinya. Dia terasa seperti diperhatikan sejak awal sampai lagi namun orang itu masih juga tidak munculkan diri. ‘Perasaan aku je kot,’ bisik hati kecil Ainna.

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23