Posts

Showing posts from April, 2021

BAB 18

                 A INNA sedang sibuk membantu ibunya menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga yang lain. Suasana pagi itu juga kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya. Puan Rozita mengerling ke arah anak perempuannya yang menunjukkan muka tidak berperasaan.                “Fikry tak balik ke semalam?” tegur ibunya memecah kesunyian antara mereka. Ainna hanya menggeleng perlahan.                “Whatsapp, call pun takde?”                “Takde,” jawab Ainna sambil menyusun pinggan di atas meja.                “Baru first day kahwin dah buat perangai. Dah lah anak dia, kamu yang jaga. Langsung tak reti nak berterima kasih. Kalau ye pun tak nak datang, at least whatsapp la tanya khabar,” bebel ibunya sendiri. Ainna hanya melepaskan keluhan berat. Dia tidak menyalahkan tindakan Fikry kerana sedar yang pernikahan itu pun bukan atas kehendak lelaki itu. Yang dia geram itu dengan ibunya yang masih dengan sikap suka menyalahkan orang lain.                “Bukan dia pun y