BAB 19

 

“INGAT dah lupa jalan balik rumah,” sindir Encik Sharif selepas melihat wajah Wildan yang muncul di sebalik pintu rumah.

Wildan hanya mendengar dan menunjukkan muka selambanya. Dia kemudian melangkahkan kaki ke tangga selepas menghadiahkan senyuman pada Fikry yang sedang duduk bersama ahli keluarganya yang lain.

               “Itulah abang ipar kamu, Fikry. Bukannya nak duduk bersembang dengan orang. Asyik dengan kerja dia je. Keluar lepak dengan kawan bila balik berkurung je dalam bilik. Mana ada nak duk bersembang dengan orang ni,” ujar Encik Sharif yang kesal dengan kelakuan Wildan. Dia risau sekiranya kelakuan Wildan akan mengguris perasaan Fikry yang masih baru dalam keluarga mereka.

Fikry hanya mengukirkan senyuman nipis mendengarkan kata-kata mertuanya. Dia sedar yang Wildan tidak seperti biasanya. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri dan duduk jauh dari ahli keluarga yang lain. Mungkin Wildan masih marah dengan ahli keluarganya kerana merahsiakan tentang Fahmi daripada dia dan juga Ainna. Desis hati kecilnya.

               “Angah penat tu baba. Tadi dia ada meeting dengan client. Mungkin baru settle la tu kot,” bohong Ainna yang ingin menjaga air muka abangnya di hadapan suaminya.

               “Tak meeting pun dia selalu keluar lepak. Dengan kita ni mana nak duduk berborak,” jawab Encik Sharif dengan nada yang sinis.

Ainna mengerling ke arah Fikry yang sedang fokus pada kaca televisyen.

‘Macamana nak duduk sekali kalau tiap kali kumpul ramai-ramai, mesti nak menyindir, banding-bandingkan kerja. Ingat angah tu robot ke nak pekakkan telinga je,’ bisik Ainna dengan perasaan yang kesal.

               “Kau kerja apa, Fikry?” tanya Wafiq sekadar untuk mengubah topik perbualan antara mereka.

               “Photographer je long,” jawab Fikry seraya membetulkan duduk dan memandang abang iparnya.

Jawapan Fikry sedikit memeranjatkan Encik Sharif. Baru dia ingat yang isterinya pernah memberitahunya yang anak kedua Faridah itu kerja sebagai jurugambar. Profesi yang selama ini sangat tidak disukainya.

               “Oh! Okay la tu. Dengan ekonomi sekarang ni ada kerja pun dah Alhamdulillah sangat dah,” jawab Wafiq dengan mata yang mengerling ke arah babanya.

               “Tapi tak hebat macam along dengan baba. Business juta-juta,” jawab Fikry dengan nada yang lembut. Dia perasan riak wajah bapa mertuanya sedikit berubah ketika mendengar tentang pekerjaannya. Dia mengerti yang tidak semua orang faham akan kerja yang dilakukan kerana dikelilingi dengan model wanita yang seksi.

               “Takde nya sampai juta-juta. Sama bidang dengan Wildan la. Dia pun photographer jugak. Kerja area KL tu je,” jawab Wafiq yang masih tidak tahu tentang hubungan antara Fikry dan Wildan yang sudah lama terjalin.

               “Kitorang memang ada job sekali. Tapi aku tak sehebat Wildan la. Dia dah master di berapa buah negeri dah. Aku ni baru nak merangkak je,” jawab Fikry merendah diri.

Kata-kata Fikry agak memeranjatkan ibu dan babanya. Sungguh mereka tidak tahu yang anaknya sudah mampu membina empayar hingga ke beberapa buah negeri sedangkan Wildan baru memulakan karyanya sekitar tiga tahun yang lalu. Ibunya mengerling ke arah Ainna yang sedang meriba Raiq.

Ainna pula hanya menunjukkan muka selenganya. Dia tahu yang ibu dan babanya pasti terkejut mendengar kenyataan dari suaminya tentang kejayaan Wildan itu. Namun, berbeza dengannya yang memang sudah arif tentang semua kegiatan abangnya dari bidang kerjaya. Dia tahu yang abangnya sudah membina cawangan studionya sendiri di empat buah negeri dan kesemuanya mendapat sambutan yang cukup tinggi.

               “Merangkak pon, rumah, kereta semua ada. Kalau lari aku tak tahu la kau beli apa,” gurau Wafiq seraya melepaskan tawa dan cuba menutupi riak wajah yang terkejut mendengar pencapaian adik lelakinya itu. Sedikit sebanyak dia merasakan seolah-olah kedudukannya sedikit tergugat.

 

AMIRA merebahkan tubuhnya di katil. Segala penatnya selama hampir seminggu itu terasa berbaloi dengan bayaran yang diterimanya. Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan yang berwarna oren. Nama Fikry dipanggil untuk memberi khabar bahawa kerjanya sudah selesai. Disebabkan dia ingin memberi komitmen yang penuh dengan kerjanya itu, dia terpaksa mengabaikan kekasihnya untuk beberapa hari.

               “Hello, sayang!” suara Amira menyapa si pemanggil.

               “You, kenapa call I malam-malam ni?” tanya Fikry dengan nada suara yang perlahan.

               “Kenapa? Selalunya memang I call waktu ni kan,” jawab Amira yang mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul 11:30 malam.

               “I kan kat kampung ni.”

               “Selalunya boleh je. You tak rindu I ke sayang? I ni penat tau baru je sampai rumah tapi I terus call you, nak dengar suara you. I miss you so much baby,” ujar Amira dengan nada yang gedik.

Fikry melilau melihat keadaan sekeliling. Mujurlah Amira menelefonnya ketika dia sudah naik ke tingkat atas. Jadi ibu dan baba tidak curiga dengan panggilan yang diterima pada lewat malam begitu.

               “Rindu la. Tapi sekarang ni I tak boleh nak cakap lama-lama. Tadi kakak I suruh ambik Raiq bawak masuk dalam bilik,” bohong Fikry. Tidak mungkin untuk dia menceritakan hal sebenar pada Amira.

               “Oh! Lain kali cakap la macam tu. Okay I janji kejap je. Tapi kalau you nak cepat, you pergi la ambik Raiq dulu, I can wait for you,” ujar Amira lagi.

               “Takpe lah. Cakap je la dulu.”

               “You kenapa suara slow ni? Sampai macam ni sekali ke you takut family you dengar?” tanya Amira lagi.

               “Taklah! I tengah kumpul dengan family I yang lain. Segan la nak cakap kuat-kuat,” bohong Fikry lagi.

Fikry mengerling ke arah pintu bilik isterinya. Risau sekiranya wanita itu tahu yang dia sedang berbual dengan Amira melalui telefon. Walaupun dia dan Ainna tidak menjadi pasangan suami isteri yang saling cinta, namun dia tidak mahu melakukan sesuatu secara terang-terangan dan akhirnya mengguriskan hati wanita itu.

               “Iky,” tegur satu suara dari belakangnya.

Fikry yang terkejut mendengar suara yang menegurnya segera menoleh ke belakang dengan telefon bimbit yang masih melekat di telinga kanannya.

               “Eh! Baba tak tidur lagi?” tanya Fikry yang cuba mengawal riak wajahnya yang sedikit cuak dan segera mematikan panggilannya dengan Amira. Risau sekiranya bapa mertuanya bertanya sesuatu yang boleh menimbulkan kecurigaan Amira terhadapnya.

‘Baba? Since when Fikry panggil ayah dia baba? Uncle dia kot,’ desis Amira di dalam hati seraya melepaskan keluhan berat kerana panggilannya dimatikan oleh Fikry.

               “Belum. Baba nak turun minum air. Tengok kamu ada sini tu yang baba tegur. Kamu buat apa luar malam-malam buta ni.”

               “Tengah otp dengan kawan tadi ba. Ni pun nak masuk tidur dah,” ujar Fikry sengaja untuk menjauhkan diri dari bapa mertuanya. Risau sekiranya nanti perbualan mereka semakin panjang semakin banyak pula kebohongan yang perlu dia ciptakan.

Encik Sharif hanya mengangguk dan berjalan meninggalkan menantunya untuk turun ke dapur.

 

               “SEJAK bila awak dengan dia?” tanya Ainna dengan nada yang sedikit tinggi. Dadanya yang berombak api kemarahan sedaya upaya ditahan.

               “A few months ago.”

               “A few months ago? Dan awak tak pernah terfikir untuk bagitahu saya perkara sebenar? Untuk jujur dengan saya?”

               “It’s quite complicated Ainna. Saya tahu kalau saya bagitahu awak perkara sebenar, you won’t accept this.”

               “Then you choose to keep this as a secret? Awak niat nak sembunyikan semua ni, nak memperbodohkan saya sampai bila, Adi? Awak takut saya takkan terima semua benda ni. Then do you think that I will be fine if I know this from others?”

               “Apa salah saya Adi? Apa yang saya dah buat sampai awak sanggup buat saya macam ni? Fatin is my bestfriend, Adi!” tanya Ainna lagi dengan mata yang menatap wajah lelaki yang selama ini mengisi ruang hatinya.

               “Awak terlalu baik Ainna. Saya tak boleh teruskan relay ni..”

               “What? Alasan sampah! Then Fatin ni apa? Jahat? Oh!! Yaaa jahat la kan? Sanggup rampas boyfriend kawan baik sendiri. Match la kan?! And one more thing, kalau kau tak boleh nak teruskan relay kita, kenapa kau tak mintak break?! Kau ingat kalau kau mintak break aku akan nangis, broken? Aku tak sebodoh tu la Adi!” tegas Ainna sambil ketawa sinis sebelum sempat Adi menghabiskan kata-katanya.

Adi hanya mendiamkan diri tanpa memandang wajah Ainna sedikit pun. Kelihatan jelas di wajah lelaki itu yang dia tidak rasa bersalah walau sedikit pun.

               “Kenapa Fatin? Kenapa mesti Adi? Aku tak kisah tau kalau orang lain yang ambik Adi dari aku, sebab aku tahu bila dia jauh dari aku, maksudnya dia bukan yang terbaik untuk aku. Tapi kenapa mesti kau? Kau tahu tak macamana aku sayang kau, aku percayakan kau? Tapi sanggup kau buat aku macam ni? Mana nilai persahabatan kita selama ni? Selama ni kau anggap aku ni apa?” sambung Ainna lagi setelah mengalihkan pandangannya pada gadis yang sedang berdiri di sebelah Adi.

               “Kau takkan faham Ainna. Ni semua melibatkan perasaan. Aku tak mintak dan aku tak boleh halang rasa sayang yang muncul antara aku dan Adi. Kau tak boleh nak salahkan kami, Ainna.”

Ainna mengukirkan senyuman sinis mendengar kata-kata sahabat yang amat dipercayainya itu.

               “Aku faham rasa sayang tu boleh ada tapi korang takkan sampai couple kalau korang betul-betul nak jaga perasaan aku. Aku ni memang bodoh sebab anggap kau sahabat terbaik yang aku pernah ada. Sedangkan korang sebenarnya tengah tikam belakang aku,” ujar Ainna dengan panjang lebar dan menahan air mata yang ada di tubir matanya.

               “Ainna aku mintak maaf. Aku tak terniat nak sakitkan hati kau,” pujuk Fatin dengan riak wajah yang serba salah.

               “Woww!! Alasan kau! No, it’s okay Fatin. I don’t think that I need your apology sebab aku tahu lelaki yang baik untuk perempuan yang baik and lelaki yang jahat untuk perempuan yang..” Ainna tidak menghabiskan kata-katanya sambil memandang Adi dan Fatin silih berganti.

               “Suka hati awak la nak kata apa Ainna.Since sekarang awak dah tahu tentang hubungan saya dan Fatin, I don’t think that I need to stay with you anymore. Saya dah tak perlu berpura-pura untuk sayang awak lagi,” ujar Adi seraya menarik tangan Fatin untuk beredar dari situ.

Ainna mengukirkan senyuman nipis menutupi rasa sakit yang terlalu mendalam.

               “Fatin. Apa yang kau buat harini menyedarkan aku yang betapa rapatnya seseorang itu dengan kita, bukan beerti dia adalah orang yang baik dan orang yang akan selalu dampingi kita dalam segala masalah. Kejadian terburuk dalam hidup aku bila aku kehilangan sahabat baik aku sebab jantan tak guna macam ni,” tegas Ainna sambil mengerling ke arah Adi yang menunjukkan muka menyampah mendengar kata-katanya.

               “Ainna. Aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya ikut kata hati aku untuk teruskan hubungan aku dengan Adi. Ainna dengarlah aku dulu,” ujar Fatin dengan nada yang lembut mungkin untuk memujuk Ainna supaya mendengar penjelasan darinya dan mengerti keadaannya.

Ainna melepaskan pegangan tangan Fatin dan berlalu meninggalkan dua orang yang sudah sangat menghancurkan hatinya.

Ainna mengeluh seraya melabuhkan duduk di meja makan dengan tangan yang memegang segelas air sejuk. Kejadian itu seringkali menghantui hidupnya setiap kali dia teringatkan Adi dan juga Fatin. Bagaimana riak wajah Adi dulu yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah sangat melukakan hatinya.

 ‘Aku memang dah maafkan kau tapi tak mudah untuk aku lupakan semua benda. Aku dah berusaha untuk lupakan semua yang dah jadi, but I can’t. Kalau diberi pilihan samada memaafkan atau melupakan, aku memilih untuk melupakan segala sesuatu yang terjadi. Kerana memaafkan tidak sesulit melupakan. Maaf itu lebih mudah dari menghentikan rasa sakit yang ada. Sakit dikhianati, dicurangi dan dibohongi oleh kedua-kedua malaikat aku suatu ketika dahulu. Mungkin kata orang, ini hal yang biasa. Namun, setiap orang ujiannya berbeza-beza. Dan ujian yang menurutku paling sakit adalah dikhianati oleh orang yang paling aku sayangi,’ desis hati kecilnya dengan takungan air mata.

 

RAIQ yang baru keluar dari pintu rumah bersama dengan papanya menjerit memanggil Ainna.

               “Umi!!!”

Jeritan si kecil mengembalikan Ainna ke alam nyata. Dia mengukirkan senyuman melihat anaknya yang memakai satu set baju dan seluar berwarna biru gelap.

               “Aloo anak umi dah siap mandi? Wanginyaaa,” puji Ainna sambil mencium pipi anak lelakinya.

Fikry hanya mengukirkan senyuman melihat layanan mesra isterinya kepada Raiq. Dia dapat rasakan kasih sayang yang tulus yang dicurahkan oleh Ainna kepada anaknya. Berbeza dengan kekasihnya yang seringkali bertengkar dengannya setiap kali berbicara tentang Raiq.

               “Papa yang mandikan Raiq. Umi kenapa duk sini sorang-sorang? Umi nangis ke?” tanya Raiq yang melihat tubir mata Ainna yang sedikit basah.

Fikry yang mendengar pertanyaan dari anak lelakinya, melabuhkan duduk berhadapan dengan isterinya untuk melihat samada ianya benar ataupun tidak.

Ainna segera menyapu sisaan air di matanya sambil menyembunyikannya dari Fikry. Dia kemudiannya menghadiahkan senyuman nipis kepada Raiq.

               “Taklah! Umi berpeluh sikit. Tadi umi siram pokok,” bohong Ainna tanpa menatap mata tajam suaminya yang mencium kebohongannya.

               “Oh! Jom lah umi kita masuk makan,” ajak Raiq sambil menarik tangan Ainna.

Ainna segera berdiri namun ditahan oleh Fikry.

               “Raiq sayang. Raiq masuk tolong Tok Ibu kat dapur boleh? Papa nak cakap dengan umi kejap,” ujar Fikry dengan nada yang lembut.

Raiq mengangguk seraya meninggalkan dua orang itu di halaman rumah. Wajah Ainna yang sedikit muram ditenung dalam.

               “Awak kenapa ni?” tanya Ainna yang tidak selesa dengan renungan tajam suaminya.

               “Do you have anything to share? Or I need to know anything?” tanya Fikry yang sedar isterinya seperti sedang memikirkan sesuatu.

               “Takde lah. Tahu apa?” tanya Ainna yang berpura-pura tidak mengerti.

Fikry mengukirkan senyuman nipis. “Mana lah saya tahu. Awak yang nak share,” jawab Fikry ringkas.

               “Takde ape lah. Perasaan awak je tu.”

               “Awak ingat Ainna. I am your husband. I need to know every single thing about you. Kalau ada masalah, ada yang nak meluah. Bagitahu lah saya. Mungkin saya tak membantu tapi at least saya dapat kurangkan sedikit kekusutan awak,” nasihat Fikry yang melihat isterinya masih canggung dengannya padahal sudah hampir seminggu mereka bergelar suami isteri.

               “Takde apa la. Awak tu je yang fikir lebih-lebih. Jom lah breakfast, nanti lambat pulak bertolak balik.”

‘Saya tak tahu apa yang awak tanggung dan sedalam mana rasa sakit yang ada dalam diri awak. Tapi yang saya yakin dengan diri saya, saya takkan pernah biarkan awak menanggung rasa sakit ini sendiri selagi awak bergelar isteri saya yang sah. Saya mungkin bukan lelaki yang baik but I know what a duty of a husband.’

 

PUAN ROZITA mengerutkan dahi melihat wajah bingung suaminya seperti sedang memikirkan sesuatu.

               “Abang fikir apa ni? Ada masalah ke?” tanya Puan Roizta dengan tangannya yang memegang lembut tangan suaminya.

Encik Sharif sedikit terkejut mendengar pertanyaan isterinya, dia mengukirkan senyuman nipis bagi menutupi masalah yang menganggu di fikirannya.

               “Takde apa lah. Saya cuma fikirkan masalah pejabat,” bohong Encik Sharif.

               “Saya jadi isteri abang bukan setahun dua tau bang. Abang tak boleh nak tipu saya,” ujar Puan Rozita yang seakan tahu suaminya sedang menyembunyikan sesuatu.

               “Kamu ni Ita. Abang tak ada apa-apa lah. Ada masalah sikit je, nanti settle la. Kamu tak payah nak risau sangat lah,” pujuk suaminya lagi.

               “Abang taknak bagitahu saya?”

               “Takde apa-apa yang penting pun. Nak bagitahu buat apa,” jawab Encik Sharif lagi.

Puan Rozita hanya mengangguk mendengar jawapan suaminya seraya keluar dari bilik tidur mereka. Dia berusaha untuk memahami keadaan suaminya yang mungkin sedang banyak berfikir.

‘Mustahil untuk sesiapa pun berbual dengan kawannya di telefon pada lewat malam denagn keadaan berbisik. Apa mungkin dia ada perempuan lain? Kalau ada, kenapa dia bersetuju untuk kahwin dengan anak aku? Kalau betul semalam tu dia bercakap dengan perempuan, macamana nasib Ainna nanti? Ya Allah, ni ke karma atas dosa-dosa yang aku lakukan sebelum ni? Aku tak nak anak aku terkena lampias karma yang Kau aturkan buat aku,’ desis hati kecil Encik Sharif.

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23