BAB 39

 

                        JAM menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Wildan tersentak mendengar suara pintu ruangan ICU dibuka. Melihat seorang jururawat keluar dari pintu itu, Wildan segera berjalan mendekatinya,

            “Nurse, sorry. Patient nama Ahmad Wafiq macamana? Dah sedar ke?” tanya Wildan dengan riak wajah yang agak serius.

            “Ahmad Wafiq? Masuk sini sebab apa?” tanya jururawat itu lagi.

            “Emmm.. Accident. Masuk waktu Zohor tadi,” jawab Wildan lagi. Mungkin jururawat itu bekerja shif malam, jadi dia tidak terlalu tahu tentang pesakit yang ada di situ.

            “Oh! Yang kena langgar lari tu ke?” tanya jururawat itu lagi.

Wildan menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Dah, dia dah sedar dah tadi. Doktor kata patient makin better lepas masukkan darah dalam tubuh dia. Mungkin siang tadi dia lemah sebab hilang banyak darah kot,” ujar jururawat itu lagi.

            “Dia macamana? Ada patah di mana-mana or any luka yang teruk?” tanya Wildan lagi.

            “Yang tu saya tak sure encik. Mungkin kejap lagi, encik boleh jumpa dengan doktor. Tanya dia macamana keadaan patient. Sebab saya pun baru je masuk shif malam so saya tak tahu details pasal patient,” cadang jururawat yang muda itu.

Wildan menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Tapi encik jangan risau, patient dah lepas waktu kritikal dah. Doktor kata kejap lagi nak pindahkan ke wad biasa. Encik ni?”

            “Saya adik dia,” jawab Wildan sambil melepaskan nafas lega mendengar khabar yang disampaikan oleh jururawat itu.

Jururawat itu menganggukkan kepalanya perlahan sebelum meminta diri untuk pergi dari situ.

‘Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Thankyou Fiq, kau kuat. Kau mampu harungi kesakitan kau untuk kami. Aku tak boleh nak imagine macamana keadaan ibu dengan baba kalau kau tak bangun. Kalau kau tak sedar or even you leave us. Aku tak mampu nak imagine macamana perasaan ibu dengan baba kalau kau tak ada. They really need you, lebih dari dorang perlukan aku. And more than I need you. Kau kena janji dengan aku, bila kau bangun nanti kau akan kuat. Kau akan bersemangat untuk terus pulihkan diri kau sendiri. Aku yakin kau boleh Fiq. Aku yakin. Kau akan sihat macam biasa,’ desis Wildan sendiri seraya melabuhkan duduk di kerusi sebelum mengeluarkan telefon bimbit untuk menghantarkan pesanan. Mungkin untuk memaklumkan ahli keluarganya yang lain tentang perubahan positif abangnya.

 

FIKRY tersedar dari tidurnya kerana suasana kamar yang agak dingin. Melihat suhu penghawa dingin yang agak tinggi, dia turun dari katil untuk menurunkan suhu. Fikry melihat ke arah pintu kamar setelah sedar dengan ketiadaan Ainna. Dia segera berjalan keluar dari kamar yang ditempati olehnya dan Ainna untuk mencari isterinya. Jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi.  

Melihat pintu bilik Wafiq terbuka, Fikry yakin isterinya yang ada di dalam bilik itu. Kakinya perlahan-lahan melangkah menghampiri kamar abang iparnya untuk melihat keadaan isterinya. Kakinya terhenti dari terus memasuki kamar setelah melihat Ainna yang sedang menangis teresak-esak di meja kerja Wafiq.

Hatinya luluh melihat Ainna yang menangis sesegukan dengan tangan kirinya memegang dada seolah-olah kesedihan yang ditanggung itu terlalu berat. Kakinya perlahan-lahan mendekati Ainna sebelum tangannya diletakkan di bahu isterinya tanda menguatkan.

Ainna yang terkejut dengan kehadiran Fikry, mula kalut menyapu sisa air mata di pipi mulusnya. Dia segera meletakkan bingkai gambar abang sulungnya di atas meja sebelum wajahnya dipalingkan ke arah suaminya,

            “Kenapa awak keluar? Ada nak apa-apa ke?” tanya Ainna dengan nada suara yang bergetar.

Fikry menatap wajah isterinya dengan mata yang simpati,

            “No, I am fine. Don’t worry about me. Risaukan diri sendiri dulu,” ujar Fikry seraya melabuhkan duduk di atas katil, menghadap isterinya.

            “It’s fine for you to cry. It’s okay for you to feel sad, disappointed and in need of shoulder to cry on. Awak tak perlukan kuatkan diri awak untuk orang sekeliling. Awak tak perlu pura-pura kuat sedangkan awak terlalu sakit, terlalu sedih. Saya tahu awak kuat, tapi tak salah pun kalau awak menangis untuk orang yang awak sayang. Tak salah untuk awak bagitahu and share kesedihan dan kesakitan awak dengan orang lain. I know it’s hurt. I understand you well,” sambung Fikry setelah melihat isterinya termenung dan murung.

            “Saya okay. Saya cuma risaukan along sikit,” jawab Ainna sambil menundukkan wajah seolah-olah menyembunyikan kesedihannya.

            “Saya tahu kita kahwin bukan atas rasa sayang, rasa cinta. Tapi tolong, hargai saya sebagai suami awak. Share masalah awak dengan saya. Rasa sakit, rasa sedih awak. Perkahwinan ini bukan saja tentang bahagia dan senang, I believe you know that well. I am here for you, Ainna. I will always be,” ujar Fikry seraya memegang lembut tangan isterinya.

Ainna terkedu mendengar kata-kata suaminya. Tidak pernah dia mendengar kata-kata manis keluar dari mulut suaminya. Selalunya dia menganggap Fikry sebagai seorang suami yang perlu dihormati dan dipenuhi keperluannya, namun sekarang dia melihat sosok seorang teman atau sahabat yang boleh dikongsikan kisah dan masalah bersama. Entah kenapa hatinya merasa sebak dan kembali menitiskan air mata.

Fikry yang melihat keadaan isterinya turut sama merasa sakit yang ditanggung oleh Ainna. Perlahan-lahan tubuh isterinya didakap kemas. Tangannya mengelus lembut belakang badan Ainna dengan tujuan memujuk. Tubuhnya dapat merasakan tangan Ainna yang perlahan-lahan membalas pelukannya.

Fikry mengukirkan senyuman nipis dan nafas lega. Setidaknya Ainna sekarang sudah percaya dengannya.

 

WILDAN setia di samping Wafiq yang masih lena dalam tidurnya. Tangannya juga masih lekap dengan tangan abangnya, seolah-olah untuk menunjukkan yang dia setia dengan abangnya setiap waktu. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar melihat Wafiq yang terbaring kaku di atas katil dan bergantung pada oksigen di hidungnya.

            “Fiq, bangunlah! Kau nak marah aku kan? Kau nak marah aku sebab aku duk sebelah kau kan? Kau nak marah aku sebab aku nangis depan kau kan? Bangunlah! Marah aku!” ujar Wildan dengan nada yang agak tinggi.

Setelah beberapa detik dia membisu dan menenangkan diri,

            “Fiq, kau ingat tak dulu, kau selalu bagi barang-barang kau pada aku. Kau pergi mana-mana mesti kau ingat aku. Balik bawa barang untuk aku. Kau balik sekolah mesti tunggu aku depan kelas sebab nak keluar pagar sama-sama. Kau selalu bela aku bila aku kena buli, aku kena marah dengan budak kelas aku. Kau tak pernah tinggal aku sorang kan Fiq? Tapi…” ujar Wildan sebelum memberhentikan kata-katanya dan menahan rasa sakit di dadanya.

Perlahan-lahan dia memejamkan mata dan menahan suaranya dari keluar. Dia tahu selama ini dia terlalu sakit dengan kelakuan abangnya, namun dia tidak boleh menyatakan rasa sakitnya di waktu ini. Wafiq perlukan semangat untuk terus kuat melawan tidurnya dan bangun semula. Jadi, abangnya tidak boleh mendengar sesuatu yang membuat abangnya merasa tertekan. Wildan berusaha mengatur nafas,

            “Terima kasih Fiq sebab dulu kau selalu ada dengan aku. Selalu buat aku rasa aku adalah orang paling beruntung sebab ada kau sebagai abang aku. Terima kasih ajar aku untuk jadi abang yang baik untuk adik, terima kasih sebab kau selalu berusaha tunjuk contoh yang baik pada aku, pada adik. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk hilang kau Fiq. Seteruk mana pun kita gaduh, semarah apa pun aku pada kau, tak pernah sekali pun aku mintak kau hilang dari hidup aku. Tolong balik pada aku, balik pada ibu dan baba. Kami sangat perlukan kau, baba really need you.”

Wildan mengukirkan senyuman nipis,

            “Fiq, kau tahu tak, selama aku hidup, aku tak pernah tengok baba selemah ni. Aku tak pernah tengok baba setakut ini. Ibu tak pernah sakit sebab risaukan kita adik beradik. Tapi harini, aku nampak kasih sayang ibu dan baba pada kau terlalu kuat. Terlalu kuat Fiq. Ibu dengan baba takkan mampu hidup tanpa kau, Fiq. Kau beruntung sebab kau ada ibu dengan baba yang terlalu sayang dengan kau, tak macam aku.”

            “Dulu, masa kes Azim, ibu dengan baba tak menangis seteruk ni untuk aku. Ibu dengan baba tak tunggu aku sampai lewat malam di lokap dulu, ibu dengan baba langsung tak jenguk aku di balai polis. Jangankan balai polis, sekolah pun dorang tak nak pergi. Tapi aku okay,” ujar Wildan sambil menahan air mata dan sesak di dadanya sebelum kembali menyambung kata,

            “Sebab ibu dengan baba buat aku macam tu lah, aku jadi Wildan yang sekarang. Wildan yang kuat, Wildan yang boleh jaga dan protect adik dia, Wildan yang tahu erti kasih sayang, dan Wildan yang tak mudah mengalah dalam segala hal. Mungkin bagi orang lain kejadian dulu adalah satu peristiwa malang dalam hidup aku, tapi realitinya, kejadian itu banyak mengajarkan aku tentang kehidupan. Mengajarkan aku cara untuk aku adaptasi dengan sekeliling. Kau tak perlu rasa bersalah atas apa yang dah jadi, kalau kau nak tebus balik dosa kau dengan aku, bangun, dan mintak maaf pada aku atas semua yang sudah kau lakukan. Selagi kau tak bangun dan mintak maaf sendiri, I won’t forgive you,” ujar Wildan tegas.

            “Kalau kau sedar mesti kau akan gelakkan aku kan?” tanya Wildan sambil melepaskan tawa dan menyeka air mata yang menitis di pipinya. Tangannya mengusap lembut tangan abangnya,

            “Aku, Wildan, adik kau, yang selama ni baran, sombong, penyendiri, pendiam boleh menangis depan orang yang selama ini selalu aku marah. Kau hebat Fiq, aku ingat aku takkan pernah menangis untuk orang lain selain dari baba dengan adik. Tapi rupanya aku salah.”

Kedengaran suara pintu kamar wad dibuka, Wildan tersentak sebelum mengawal emosi dan nada suaranya. Wajahnya ditoleh setelah mendengar suara ibu dan babanya di pintu.

 

AINNA bersiap-siap untuk ke hospital usai memastikan anak dan suaminya sudah pun selesai bersarapan pagi. Untung saja Raiq hari ini tidak terlalu banyak merengek seperti dua tiga hari sebelumnya. Disebabkan si kecil itu demam, dia jadi lebih manja dan menginginkan perhatian dari Ainna.

            “Ainna, dah siap?” tanya satu suara dari arah luar.

            “Dah. Sorry lama, saya isi bekal makanan untuk bawa ke hospital.”

            “Tak pe. Saya pun baru je siap. Kalau dah, jomla,” ajak Fikry.

Ainna hanya mengangguk dan keluar dari dapur mengikuti langkah Fikry.

Fikry segera masuk ke dalam kereta sambil mendukung Raiq manakala Ainna mengunci pintu rumah. Ainna memberhentikan tangannya dari membuka pintu kereta setelah melihat ada kereta yang menghalang kereta suaminya dari keluar. Ainna mengerutkan dahi melihat kereta itu sebelum kakinya melangkah menghampiri pagar rumah untuk menyapa si pemilik kereta,

            “Sorry, encik cari siapa ya?” tanya Ainna dengan senyuman di bibir.

            “Emm ni rumah Dato’ Sharif?” tanya lelaki yang bertubuh kurus dan tinggi lampai itu.

            “Ya, dengan siapa ya?” tanya Ainna lagi.

            “Oh! Saya John. John Korga. Dia ada di rumah tak?” tanya lelaki itu lagi.

            “Emm baba tak ada. Encik ada buat janji ke dengan dia?”

Lelaki itu hanya menggelengkan kepala untuk menjawab pertanyaan Ainna.

            “Encik ada hal penting ke? Kalau hal kerja, boleh bagitahu saya, nanti saya sampaikan pada baba. Buat masa sekarang ni baba memang busy sikit,” jawab Ainna lagi dengan mata yang masih setia memerhatikan lelaki di hadapannya.

Melihat jawapan bisu dari lelaki itu, Ainna menyambung kata,

            “Kalau tak pun, saya call baba. Tanya dia bila boleh jumpa encik. Encik okay?”

Melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menghampiri mereka, lelaki bernama John itu segera meminta diri untuk beredar.

            “Tak apalah, saya datang lain kali,” ujarnya seraya menjatuhkan brek tangan.

            “Tapi…” belum sempat Ainna menghabiskan kata-katanya, lelaki itu sudah pun meluncurkan keretanya pergi.

Fikry yang baru saja keluar dari pintu pagar, melihat kereta BMW berwarna biru gelap itu dengan hairan. Kelihatan seperti lelaki itu sengaja pergi setelah melihat Fikry menghampiri dia dan Ainna.

            “Siapa tu?” tanya Fikry dengan mata yang masih memerhatikan kereta itu.

            “Entah. Dia kata nak jumpa baba je. Bila saya kata nak call baba tanya bila boleh jumpa, terus dia pergi,” jawab Ainna tanpa mengesyaki apa-apa tentang lelaki itu.

Fikry mengerutkan dahi sebelum mengikuti langkah isterinya ke kereta. Entah kenapa dia rasa lelaki tadi agak aneh.

 

SUASANA syarikat lebih tenang berbanding suasana di hospital. Hafiz sempat mengunjungi Wafiq di hospital usai menikmati sarapannya pagi tadi. Mendengarkan tentang Wafiq yang sudah pun sedar membuatkan dia sedikit tenang.

Setelah hampir sejam dia menemani majikan dan isterinya di hospital, Encik Sharif menyuruhnya untuk pulang ke syarikat dan menghadiri mesyuarat bagi pihak Wafiq. Entah kenapa alam seolah-olah membuka jalan yang lebih luas buatnya. Encik Sharif bukan sahaja mempercayainya atas urusan peribadi tetapi juga atas urusan kerja yang dianggap jauh lebih besar berbanding kerjanya sebagai pembantu peribadi Wafiq.

Hafiz mengukirkan senyuman lebar apabila mengingatkan permintaan majikan merangkap bapa kandungnya sendiri.

            “Hai, Hafiz. Kenapa ni? Pagi-pagi dah senyum sendiri?” tanya Maria, setiausaha kepada Wafiq.

            “Eh! Kak. Tak ada ape lah. Meeting tu habis pukul berapa kak?” tanya Hafiz sambil membetulkan duduknya di sofa yang berhadapan dengan meja kerja Wafiq.

            “Kita meeting lunch hour. So maybe dalam pukul 2 or 2:30 dah settle, in sya Allah. Kenapa? Hafiz ada nak pergi mana-mana ke?” tanya wanita yang bernama Maria itu lagi.

            “Tak ada lah. Saya ingat lepas meeting ni saya nak pergi hospital. Pagi tadi saya tak sempat jumpa Wafiq pun. Saya duk sana kejap, bos terus suruh saya balik office. Risau pulak dengan keadaan Wafiq. Nak call tanya boss takut mengganggu dia pulak,” ujar Hafiz dengan riak wajah yang risau.

Maria mengukirkan senyuman nipis.

            “Hafiz ni baru saja kenal bos. Tapi dah sedekat itu ya dengan bos?” tanya Maria yang kagum dengan sikap Hafiz. Walaupun lelaki itu masih muda namun rasa hormatnya pada majikan terlalu besar.

            “Saya ni ke mana Wafiq pergi, semua saya ikut kak. Mana mungkin saya tak dekat, tak risaukan dia kak. Saya pun dah anggap dia macam family saya sendiri dah, tapi saya sedar saya ni kuli je kak. Mana nak sama level dengan orang macam Wafiq tu,” jawab Hafiz dengan wajah yang sedikit menunduk.

            “Apa pulak kamu kata macam tu. Kalau Hafiz betul-betul kenal dengan Encik Wafiq, Hafiz takkan cakap benda macam ni. Bos kita tu majikan yang paling baik yang pernah akak kerja. Kalau ikutkan akak dulu bukannya tahu apa-apa pun pasal kerja ni tapi bos yang ambik akak dari receptionist jadi assistant dia. Bos yang guide akak dari tak tahu apa-apa sampai ke hari ni. Bos tak pernah bandingkan pun harta dan pangkat ni Hafiz. Hafiz jangan lah rasa rendah diri macam tu,” jelas Maria yang sudah pun duduk berhadapan dengan Hafiz.

Memang dia akui, Wafiq seorang majikan yang sangat baik. Hampir 5 tahun dia bekerja di bawah Wafiq, tak pernah sekali pun Wafiq menunjukkan sikap yang tidak baik. Tidak kiralah dari segi kerja atau urusan peribadi. Kerja sebagai setiausaha pada majikan yang berjawatan besar memang sulit namun ianya menjadi lebih ringan dengan bantuan dan kerjasama dari Wafiq. Wafiq selalu memudahkan kerjanya.

Hafiz mengukirkan senyuman nipis mendengarkan cerita wanita yang ada di hadapannya. Entah kenapa cerita Maria langsung tidak melembutkan hatinya terhadap Wafiq. Malah makin menambahkan bara kemarahannya terhadap majikannya itu.

            “Tak semua yang kita nampak itu yang betul,” ujar Hafiz perlahan.

            “Apa? Hafiz cakap apa? Akak tak dengar,” tanya Maria yang tidak mendengar ucapan Hafiz tadi.

            “Tak saya cakap, kita tak boleh nak judge seseorang tu dari apa yang kita tengok. Saya masa first time jumpa Wafiq dulu pun saya ingat dia sombong, tapi rupanya tak. Dia yang bagi saya kerja, tolong saya sampai ke hari ini. Saya beruntung dipertemukan dengan orang yang baik macam Wafiq tu kak,” alih Hafiz sambil menunjukkan senyuman yang hambar.

Maria turut sama tersenyum dengan kata-kata Hafiz.

            “Hafiz pun orang yang baik. Sebab itu lah Allah mempertemukan Hafiz dengan Encik Wafiq untuk saling bantu antara satu sama lain.”

‘Aku dah penat dengar orang baik, orang tak baik. Kalau dunia tengok orang berdasarkan hasil kerja saja, macamana dunia nak kenal peribadi mereka? Apa yang sudah dorang buat dulu, yang sudah menghancurkan bukan saja satu nyawa tapi dua nyawa, memusnahkan masa depan anak yang masih muda. Aku takkan berhenti selagi aku tak balas apa yang sudah kau buat, aku takkan berhenti selagi kau tak terima apa yang sudah aku sekeluarga terima,’ desis Hafiz sendiri.

 

ENCIK SHARIF dan Puan Rozita keluar dari ruangan doktor dengan wajah yang hampa. Anak-anak dan menantunya yang menunggu di hadapan bilik itu mulai merasa ada sesuatu yang membuat ibu dan babanya bersikap sedemikian. Ainna kemudiannya berjalan menghampiri ibu dan babanya,

            “Baba, along macamana? Apa kata doktor?” tanya Ainna dengan bersungguh-sungguh.

Puan Rozita yang mendengar pertanyaan Ainna, mula mengeluarkan air mata yang dari tadinya ditahan.

Melihat respon ibunya yang seperti itu dan riak wajah babanya yang agak kusut, makin membuatkan diri merasa tidak tenang. Jantungnya juga berdetak agak kencang. Wajahnya perlahan-lahan berpaling pada abangnya, Wildan. Suaminya yang berdiri tidak jauh darinya juga turut dipandang sekilas.

            “Baba..” tegur Wildan lagi. Mengharapkan babanya lebih kuat untuk menceritakan perbualan antara doktor yang merawat abangnya dengan kedua orang tuanya. Silap dia juga, sepatutnya dia berkeras untuk masuk menemui doktor sendiri dan berbicara tentang kesakitan yang ditanggung oleh abangnya.

            “Baba, along okay kan? Along dah sedar kan?” tanya Ainna lagi.

            “Abang kamu lumpuh,” jawab babanya ringkas seraya tertunduk dan memegang kepalanya yang agak pusing.

            “Lum.. Lumpuh?” tanya Wildan dengan tergagap-gagap. Entah kenapa dia sendiri merasa lemah bila dengar berita itu.

            “Tapi.. Tadi nurse kata Wafiq dah okay. Dia dah sedar and better than before. Macamana boleh lumpuh? No! Doktor mesti salah. Doktor salah kan ba? Ibu? Doktor salah kan?!” tanya Wildan dengan nada yang agak tinggi sambil meraup wajahnya berkali-kali.

            “Tak! Doktor tu salah ba! Abang Wildan takkan cacat! Abang Wildan takkan lumpuh! Doktor tu mesti salah! Dan nak jumpa doktor tu! Dia mesti salah!” jerit Wildan lagi.

Puan Rozita agak terkejut dengan reaksi Wildan yang seperti itu. Dia fikir Wildan tidak akan sekecewa itu bila mendengar berita buruk tentang Wafiq, namun hakikatnya berbeza. Melihat Wildan yang menumbuk dinding berkali-kali dengan tangan kanannya, makin membuatkan hatinya luluh.

            “Angah… Angah.. Sabar. Angah jangan macam ni. Angah mengucap angah, istighfar!” pujuk Ainna yang sudah pun memeluk abangnya dengan sangat erat. Berharap untuk menyalurkan kekuatan pada abangnya. Air matanya juga tidak dapat ditahan lagi. Berita tentang Wafiq sudah cukup membuat dia hancur ini ditambah pula dengan reaksi Wildan yang seperti itu.

            “Tak! Angah tak percaya! Adik! Ni semua tak betul kan?” tanya Wildan lagi.

            “Angah! Angah kena kuat. Angah tak boleh macam ni. Ini semua ujian untuk along. Kita tak boleh down macam ni. Kalau kita down, along macamana? Macamana dia nak kuat kalau kita sedih macam ni?” pujuk Ainna yang masih erat memeluk abangnya.

Fikry pula sudah duduk bersebelahan dengan bapa mertuanya dan mengelus lembut belakang badan babanya. Mungkin sebagai penyalur kekuatan dan menyumbang kesabaran buat mertuanya.

            “Along lumpuh separuh badan, tapi doktor kata masih boleh dirawat. Cuma sekarang ni, along belum tahu keadaan dia. Baba risau reaksi dia bila dia tahu yang dia tu lumpuh. Baba tak sanggup nak imagine macamana hancurnya dia,” jawab Encik Sharif yang sudah pun menitiskan air mata.

            “Baba kena kuat, sekarang ni along perlukan ibu dengan baba, perlukan kita. Mungkin memang berat untuk kita terima benda yang jadi, tapi rasa kecewa kita tak sebesar rasa kecewa along dengan diri dia sendiri. Buat masa ni kita kena kuatkan diri kita dulu supaya kita boleh bagi semangat untuk along sembuh. Tunjukkan pada dia sebab kenapa dia perlu sembuh, bagi dia nampak sebab untuk dia teruskan kehidupan dia,” nasihat Fikry panjang lebar.

Puan Rozita dan Encik Sharif sama-sama mengangguk tanda setuju dengan nasihat menantunya. Ainna pula hanya mendengar tanpa memberi apa-apa respon. Tangannya masih erat memegang lengan abangnya.

            “Kita boleh masuk jumpa along kan?” tanya Ainna setelah beberapa detik keadaan sunyi di antara mereka.

Pertanyaan Ainna hanya dijawab dengan anggukan oleh babanya. Ainna yang sedari semalam masih belum sempat menemui abang sulungnya, segera berjalan masuk ke bilik yang ditempati oleh Wafiq. Ainna sempat menghadiahkan senyuman buat Wildan tanda memberikan isyarat bahawa dia baik-baik saja sekali gus memberikan semangat buat abangnya yang semakin tenang berbanding tadi.

Wildan dan Fikry hanya menghantar Ainna dengan pandangan saja.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23