BAB 37

 

AINNA hairan membaca pesanan ibunya yang bertanya akan keadaannya. Jarang sekali ibunya bertanya khabarnya secara tiba-tiba seperti itu. Melihat mesej itu dihantar sejak pagi tadi, Ainna segera membuat panggilan untuk menghubungi ibunya. Namun, dia merasa hampa bila panggilannya tidak dijawab oleh Puan Rozita.

Selepas beberapa minit, satu panggilan masuk di telefon bimbitnya. Melihat nama kontak babanya di skrin, dia mengerut dahi sendiri. Biarpun dirinya hairan, dia tetap menjawab panggilan telefon dari babanya,

            “Assalamualaikum baba,” salam Ainna dengan nada yang lembut.

            “Waalaikumussalam. Kamu ada call ibu ya tadi?” tanya Encik Sharif dengan suara yang lemah.

            “Haah. Adik baru tengok chat dari ibu. Itu yang adik terus call, tapi ibu tak angkat. Baba okay ke?” tanya Ainna yang sedar akan perubahan suara babanya.

            “Baba dekat hospital ni dik.”

Jawapan Encik Sharif yang ringkas membuat Ainna mulai tidak tenang. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Risau sekiranya penyakit jantung babanya kembali teruk.

            “Baba kenapa? Baba sakit ke?”

            “Tak… Baba okay,” jawab babanya.

Namun, belum sempat Encik Sharif menghabiskan kata, Ainna sudah pun menjawab,

            “Okay apanya? Suara baba lemah saja ni. Cuba baba bagitahu adik apa yang dah jadi? Ibu mana?” tanya Ainna dengan suara yang agak keras.

            “Baba cuma terkejut sikit saja. Along kamu ni accident,” jawab Encik Sharif dengan suara yang perlahan. Dengar jelas yang dia kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya.

            “Along accident? Bila? Kat mana?” tanya Ainna sambil memegang dadanya yang berdegup kencang.

            “Pagi tadi. Dekat area office saja.”

            “Sekarang ni along macamana? Teruk ke?” tanya Ainna lagi. Kukunya mulai menekan-nekan kukunya yang lain, menunjukkan yang dia dalam keadaan takut dan tidak tenang.

            “Along masuk ICU. Doktor kata along hilang banyak darah dan mungkin ada injured pada kaki along,” cerita Encik Sharif dengan suara yang tersekat-sekat.

            “Ya Allah! Along!” ucap Ainna sambil menitiskan air mata. Tidak sanggup dia mendengar cerita babanya. Dia yakin ibu dan babanya dalam keadaan sangat sedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa abangnya. Selama ini dia boleh mengharapkan abangnya untuk menjaga kedua orang tua mereka, namun tidak untuk kali ini. Ibu dan babanya hilang tempat sandaran mereka.

            “Baba tak tahu nak buat apa ni adik. Darah ibu tak sesuai dengan along, darah baba pulak sesuai tapi doktor tak berani nak ambik risiko dengan penyakit baba. Baba buntu, baba takut,” tangis babanya.

Ainna menahan esakan tangisnya. Hatinya terasa sungguh sakit dan sebak dengan keadaan babanya. Tidak pernah lagi dia melihat babanya selemah itu.

            “Baba tenang. Adik balik Johor sekarang. Nanti adik ajak angah sekali. In sya Allah kami boleh bantu along. Baba jangan stress sangat. Ibu dengan along perlukan baba. Adik yakin along akan okay! Along akan sihat macam dulu. Along kuat baba. Adik yakin along adik akan sihat macam dulu,” pujuk Ainna untuk menenangkan babanya.

Encik Sharif hanya menjawab ringkas seraya mematikan panggilan.

 

FIKRY yang baru sahaja balik melangkah masuk ke dalam bilik, hairan melihat Ainna kembali mengemas pakaiannya dan dimasukkan ke dalam bagasi kecil miliknya. Setahu dia, Ainna masih cuti sehingga hujung minggu ini.

            “Awak nak balik rumah sewa ke?” tanya Fikry sambil melabuhkan duduk di atas katil. Tubuhnya yang terasa penat diurut perlahan.

            “Awak dah balik? Sorry, saya tak perasan,” ujar Ainna sambil memandang wajah Fikry sekilas.

            “You are crying? Why?” tanya Fikry dengan nada yang lembut sambil tangannya memegang lengan Ainna dengan lembut.

Ainna tidak menjawab pertanyaan Fikry tapi air matanya berjuraian turun dan sekaan menahan esakan tangis.

Fikry mulai cuak melihat keadaan isterinya. Dia turun dari katil dan menarik isterinya ke dalam pelukan. Dia hairan sendiri. Fikirannya juga tertanya-tanya sebab isterinya menangis seteruk itu. Setahunya tadi mereka pulang ke rumah dalam keadaan yang biasa saja. Isterinya masih boleh bergelak ketawa di dalam kereta. Walaupun jauh di benak fikirannya, dia ingin tahu sebab isterinya menangis namun bibirnya terkunci untuk bertanya. Hanya kedengaran suaranya yang memujuk Ainna supaya lebih tenang.

Selang beberapa minit, emosi Ainna sedikit stabil dan lebih tenang berbanding tadi. Ainna melepaskan dirinya dari pelukan Fikry seraya bersuara,

            “Along accident.”

            “Accident? Ya Allah! Teruk ke kena?” tanya Fikry yang terkejut dengan berita yang baru saja didengarinya.

            “Sekarang ni doktor keep along dalam ICU,” cerita Ainna ringkas sambil mengusap pipinya yang basah.

            “Ya Allah! ICU? Ibu dengan baba macamana?” tanya Fikry lagi. Dia mengurut dahinya perlahan. Jika Wafiq sampai masuk ke ICU maksudnya abang iparnya itu memang dalam keadaan yang sangat teruk. Melihat Ainna yang menangis teresak-esak membuat dia semakin risau dengan keadaan abang iparnya.

            “Saya cakap dengan baba tadi. Dengar suara baba macam lemah sangat. Ibu saya tak tahu, saya tak sempat cakap dengan ibu lagi,” jawab Ainna perlahan sambil tangannya melipat baju ke dalam bagasi.

            “Ya Allah kesiannya ibu dengan baba. Ni awak nak balik Johor ke?” tanya Fikry lagi.

Ainna menjawab pertanyaan Fikry dengan anggukan.

            “Okay.Kita balik Johor. Wildan dah tahu ke?” tanya Fikry lagi.

            “Belum. Dari tadi lagi saya try call angah, tapi dia tak angkat. Kita balik Johor? Awak kan kerja esok, tak payahlah! Saya balik sorang saja,” jawab Ainna.

            “Dah! Saya kata kita balik, kita balik. Cepat kemas baju, saya nak kemas beg saya dengan Raiq,” arah Fikry dengan nada yang tegas.

            “Nanti saya try call anak buah Wildan,” sambung Fikry lagi seraya berlalu ke ruang pakaian untuk mengemas bajunya dan Raiq.

Ainna terdiam mendengar suara Fikry. Dia akhirnya akur dan mengemas pakaiannya dengan cepat. Nombor Wildan dicuba sekali lagi namun masih belum berjawab. Mungkin abangnya itu sibuk menguruskan hal kerja dan tidak perasan dengan panggilannya.

 

HAFIZ berjalan ke arah Encik Sharif yang sedang duduk di ruang menunggu sambil membimbit plastik roti dan sebotol air mineral. Dia melabuhkan duduk di sebelah majikannya dan menghulurkan air kepada Encik Sharif.

Encik Sharif mengucapkan terima kasih selepas menggelengkan kepala tanda menolak pelawaan Hafiz.

            “Encik, encik tak boleh macam ni. Dari tengahari lagi encik duduk sini dengan perut kosong. Saya faham kalau encik risaukan Wafiq, tapi encik kena jaga kesihatan encik jugak. Datin pun perlukan encik sekarang ni,” pujuk Hafiz sambil menggenggam lembut tangan Encik Sharif.

            “Saya risau Hafiz. Saya risaukan anak saya, saya risaukan isteri saya. Isteri saya tahu Wafiq accident pun dia pengsan, macamana kalau dia tahu Wafiq sekarang ni dalam ICU? Apa saya nak buat?” tanya Encik Sharif dengan riak wajah yang kusut. Terpancar jelas riak wajahnya yang risau dan takut.

Hafiz mengetap giginya dengan keras. Dadanya terasa sesak, hatinya terasa bagai disiat dengan kasar. Kolam matanya mula bertakung,

‘Kenapa? Kenapa kau boleh sayang bini kau, boleh sayang anak kau sampai macam ni? Kau menangis sebab risaukan mereka. Sedangkan aku dengan mak aku dulu? Bukan kata nak tengok tangisan kau, tengok muka kami pun kau tak nak! Kenapa kau boleh jadi sekejam tu dengan kami? Tapi tak dengan anak dan bini kau yang sekarang! Apa dosa kami?’ rungut Hafiz di dalam hati.

Dia segera berdiri dan duduk agak jauh dari majikannya. Air matanya yang jatuh dihapus perlahan.

Encik Sharif yang terkejut melihat Hafiz berdiri secara drastic, memerhatikan gerak tubuh pekerja barunya. Dia tersenyum kelat melihat Hafiz yang terlalu risaukan keadaan anaknya sehingga menitiskan air mata.

            “Anak saya beruntung dapat kenal orang sebaik kamu, Hafiz. Kamu baru saja kenal dengan Wafiq tapi kamu boleh sesedih ni tengok keadaan anak saya. Terima kasih sebab jadi sahabat yang baik untuk anak saya. Malah sampai ke saat ini pun, kamu masih setia teman saya kat sini,” ujar Encik Sharif yang masih belum melepaskan pandangannya dari Hafiz.

Hafiz mengusap air matanya dan berusaha untuk mengawal emosinya. Dia risau Encik Sharif nampak riak wajahnya yang menahan amarah. Mendengarkan kata-kata majikannya, Hafiz sedikit sebanyak mengukirkan senyuman di dalam hati.

            “Wafiq sudah terlalu baik dengan saya, encik. Tak adil jika saya tinggalkan encik sekeluarga di saat-saat begini. Saya tahu encik perlukan seseorang untuk kuatkan encik di saat ini,” pujuk Hafiz yang masih setia berdiri membelakangi majikannya.

            “Saya tahu anak saya anak yang baik. Sebab itulah Allah mempertemukan dia dengan orang yang baik macam awak. Saya yakin dengan segala kebaikan yang anak saya buat, dia akan sembuh. Dia akan kembali pada saya macam dulu,” ujar Encik Sharif lagi.

Hafiz mengangguk perlahan.

‘Tunggu sampai kau tahu siapa aku. Aku nak tahu sebaik mana aku di mata kau. Orang sekeji kau takkan jumpa orang-orang yang baik. Kau takkan selamanya beruntung.’

Melihat seorang doktor keluar dari ruangan ICU, Hafiz mendekatinya untuk bertanya tentang keadaan Wafiq. Dia juga melarang majikannya untuk berdiri sengaja ingin menunjukkan yang dia risaukan keadaan majikannya.

            “Encik, anak-anak encik yang lain masih lambat lagi ke? Saya risau keadaan Wafiq makin teruk kalau kita tunggu dorang sampai,” tanya Hafiz dengan nada yang cemas usai berbicara dengan doktor yang merawat Wafiq.

            “Anak perempuan saya baru saja bertolak sejam lepas. Mungkin nak maghrib baru sampai,” jawab Encik Sharif.

            “Wildan?”

            “Saya pun tak tahu. Mungkin dia pun dalam perjalanan kot sebab saya minta Ainna yang sampaikan pada dia,” jawab Encik Sharif lagi.

Hafiz mengangguk perlahan.

            “Kalau encik izinkan, boleh tak saya sumbangkan darah saya pada Wafiq? Tapi saya tak pasti darah saya sesuai atau tak dengan Wafiq. Saya risau keadaan dia makin teruk kalau kita tunggu anak-anak encik yang lain sampai,” ujar Hafiz dengan nada yang lembut sambil menatap wajah tua majikannya.

Encik Sharif terkedu mendengar pelawaan Hafiz untuk membantu anaknya. Dia segera memeluk tubuh Hafiz dengan erat. Kedengaran suaranya yang sebak,

            “Terima kasih Hafiz! Terima kasih sudi bantu anak saya! Saya bersyukur sangat kamu sudi membantu. Saya izinkan kalau kamu ikhlas nak bantu anak saya!” ucap Encik Sharif berkali-kali tanda berterima kasih dengan Hafiz. Walaupun dia sendiri belum tahu samada Wafiq boleh menerima darah Hafiz atau tidak, tapi lelaki di hadapannya itu sudi menawarkan bantuan nyawa buat anaknya. Itu sudah menjadi bukti betapa ikhlasnya Hafiz terhadap Wafiq.

Hafiz hanya menepuk lembut belakang badan majikannya tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

 

PAAN tercungap-cungap di hadapan studio. Penat dia berlari dari kedai makan ke studio setelah mendapat khabar dari Fikry tentang kejadian yang menimpa abang sahabatnya. Melihat keadaan dalam studio agak bising, dia mengerti yang Wildan pasti belum siap sesi fotografi dengan model dari seberang itu.

Paan segera masuk ke dalam studio dan mendekati sahabatnya, Wildan.

            “Awal kau Paan? Bungkus ke?” tanya Wildan setelah sekilas memandang wajah Paan. Tangannya sibuk mengajarkan anak buahnya tentang posisi kamera untuk mengambil gambar.

            “Dann. Kau sini kejap,” panggil Paan sambil menarik lengan Wildan supaya ada jarak dengan pekerja yang lain.

            “Apa? Kau kenapa? Aku tengah shoot ni,” jawab Wildan tanpa memberi sepenuh perhatian pada Paan.

            “Dan! Dengar lah apa aku nak bagitahu ni!” jerit Paan dengan suara yang agak tinggi.

            “Kenapa?” tanya Wildan dengan dahi yang berkerut dan riak wajah yang agak marah. Mungkin kerana Paan sudah menganggu kerjanya.

            “Abang kau accident. Sekarang ni dia di ICU,” ujar Paan ringkas.

Wildan mengerutkan dahi mendengar berita yang disampaikan oleh sahabatnya. Dia menarik lengannya dari genggaman tangan Paan seraya melabuhkan duduk di atas sofa yang ada di situ. Mungkin untuk memproseskan fikirannya dengan berita yang baru diterima. Beberapa pasang mata yang terdengar bicara Paan juga turut memerhatikan Wildan.

            “Abang aku? Wafiq?” tanya Wildan seolah-olah tidak percaya.

Paan hanya mengangguk sambil meletakkan tangannya di bahu Wildan tanda memberi kekuatan pada sahabatnya.

            “Abang aku masuk ICU?” tanya Wildan lagi.

            “Ya, Dan. Fikry baru saja call aku tadi. Itu yang aku terus balik studio nak bagitahu kau. Ainna dari tadi cuba call kau, tapi kau tak angkat,” cerita Paan lagi.

            “Macamana Wafiq boleh accident? Bila?” tanya Wildan lagi.

            “Aku pun tak tahu details sebab Fikry call tadi pun dengan kelam kabut. Bunyi macam nak balik Johor. Yang aku tahu dia accident pagi tadi, kena langar lari,” jelas Paan lagi.

Wildan meraup wajahnya berkali-kali.

            “Aku nak balik!” ujar Wildan seraya ke arah biliknya dan mengemas barang-barangnya manakala Paan membuntuti langkahnya.

            “Aku teman kau Dan.”

            “Tak payah! Kau duduk sini. Sape nak urus kalau kita dua-dua tak ada. Kesian budak-budak. Esok kan ada meeting penting,” jelas Wildan.

            “Tapi takkan kau nak balik sorang dalam keadaan kau macam ni? Atau kau balik dengan Fikry? Aku rasa dia tak jauh lagi ni. Nanti aku try call dia,” cadang Paan lagi sambil membuka kekunci telefon bimbitnya.

            “Tak payah! Aku boleh sendiri. Jangan risau, nanti kalau ada apa-apa aku inform,” ujar Wildan seraya berjalan keluar dari studio.

 

AMIRA sudah bersiap-siap untuk ke majlis majalah ‘Couple’ yang menjadikannya sebagai model utama untuk malam ini. Baju separas lutut berwarna ungu lembut dan dikenakan dengan kasut dan beg berwarna kelabu muda menaikkan lagi serinya sebagai model muda.

            “Amboi! Cantiknya model ni!” tegur seorang pemuda yang membawa kotak mekap di tangannya.

            “Mehhh! Lily! Kemain puji! Ada apa-apa ke?” tanya Amira sambil mengemaskan lagi kasut yang dipakainya.

            “Taklah! Betullah I puji ni! Orang cantik macam you siapa je tak nak puji kan?” bodek lelaki itu lagi.

            “Hmm ye lah! You ada nampak Yaya tak? Dari tadi I tunggu dia turun ambik beg. Sampai sekarang tak datang lagi,” ujar Amira.

            “Tak nampak lah pulak. Kejap lagi naiklah tu.”

            “Lambat la pulak kalau tunggu dia,” jawab Amira.

            “Lambat? Hello Miss! Event kita pukul 8 start. Yang you pukul 5 dah siap semua benda ni kenapa? Cepat-cepat nak jumpa sape?”

            “Nak cari boyfriend lah!” jawab Amira dengan nada yang tinggi. Sengaja memberi jawapan sinis kepada lelaki di hadapannya. Melihat gaya lelaki itu langsung tidak menunjukkan yang dia seorang lelaki. Dengan lemah gemalainya gerakan tangan dan lenggok tubuh, Amira tertawa kecil.

            “Boyfriend? Maksudnya you dengan Fikry dah…?” tanya lelaki yang disapa sebagai Lily itu.

            “Haaa! Dah! Dah! You kerja mekap orang, bukan reporter. So dah p conteng muka orang sana!” tegur Amira.

            “Ish! Nak tahu sikit saja tak boleh ke?!” bebel Lily seraya berjalan ke arah model yang selang beberapa meja dengan Amira.

Amira hanya menggeleng perlahan sebelum menghadiahkan senyuman nipis pada wanita yang baru saja duduk di sampingnya.

            “Amira, I trully sorry for what happened between you and Fikry,” ucap gadis itu selepas beberapa detik sepi di antara mereka. Riak wajahnya menunjukkan yang dia bersimpati dengan Amira.

            “Sorry?” tanya Amira yang naik hairan dengan bicara gadis itu.

            “Yaa I tahu I tak sepatutnya cakap benda ni depan you. Tapi I faham perasaan kena tinggal dengan lelaki tu macamana. I tahu you sedih dan kecewa, but you keep everything to yourself right? You ni kuat Amira,” pujuk gadis itu tanda memberi semangat.

            “Wait! Fasha! What are you talking about? I tak faham,” tegur Amira sambil tangannya diletakkan di dada.

            “I tahu Fikry dengan you dah break kan? Sebab I ada jumpa dia dengan wife dia tengah holiday,” jawab gadis bernama Fasha dengan nada yang lembut.

            “Kejap. Macamana you boleh tu wife dia? I tak faham,” tanya Amira yang masih terkejut dengan berita Fikry dan isterinya itu.

            “Last week I pergi PD then I terserempak dengan sorang perempuan ni dengan sorang budak kecik. Mulanya I tak perasan pun budak tu tapi lepas I tengok betul-betul baru I teringat yang tu anak Fikry. Dan dia panggil perempuan tu umi, means that mak dia lah! Awalnya I pelik macamana Fikry boleh holiday dengan perempuan lain and now I faham lah! Betullah gossip yang korang dah break tu kan? Tapi I tak sangka yang Fikry boleh kahwin dengan perempuan lain secepat ini,” cerita gadis itu panjang lebar. Langsung tidak perasan dengan perubahan wajah Amira.

            “You jumpa Fikry dengan perempuan lain holiday?” tanya Amira lagi.

            “Yaaa. I nampak sendiri. I siap berbual lagi dengan wife dia. Kalau tak silap I, nama dia Ainna,” jawab gadis itu lagi.

‘Ainna? So maksudnya betullah perempuan tu scandal dia? Gambar yang aku terima haritu memang dia dah jadi laki bini? Or memang diorang dah lama kahwin cuma aku je yang tak tahu?’ tanya Amira sendiri.

            “Amira? You okay tak ni? Kenapa you nampak lain?” tanya gadis itu.

            “No! I am okay. I am fine! But sorry, Fasha. I nak turun cari Yaya kejap,” ujar Amira seraya keluar dari bilik itu dan menghala ke lif.

Fasha hanya melihat Amira yang sudah pun berlalu pergi. Belum sempat dia berkata-kata, Amira sudah pun hilang dari pandangannya. Fasha melepaskan keluhan perlahan dan masih bersimpati dengan nasib Amira yang ditinggal nikah oleh Fikry.

 

SUASANA di lorong kawasan ICU itu agak sunyi. Hanya Encik Sharif dan isterinya saja ada di situ. Ainna segera berlari mendapatkan kedua orang tuanya setelah melihat mereka sedang duduk di kerusi berhadapan dengan ruang ICU.

            “Ibu! Baba!” jerit Ainna seraya duduk melutut dan memeluk kedua orang tuanya. Air mata yang tadinya hanya bertakung di kelopak mata terus jatuh berjuraian di pipi.

Fikry juga turut duduk di samping bapa mertuanya dan memeluk lembut bahu babanya. Raiq yang masih mamai setia di dukungan papanya.

            “Along macamana?” tanya Ainna setelah melepaskan pelukan dengan kedua ibu dan babanya.

            “Belum tahu lagi. Sekarang ni doktor tengah buat proses pemindahan darah pada along,” jawab Encik Sharif perlahan.

            “Adik.. Ibu takut adik. Ibu takut!” ujar ibunya sambil memegang kemas tangan anak bongsunya.

            “Shhh! Ya, ibu. Adik tahu tapi ibu kena sabar, ibu kena kuat. Adik yakin along akan okay! Adik yakin along akan keluar dengan sihat dan selamat! Ibu jangan fikir sangat nanti ibu sakit!” pujuk Ainna dengan nada suara yang lembut.

            “Kenapa baru tambah darah sekarang baba? Bukan along ke sini dari pagi lagi ke?” tanya Fikry.

            “Sebab stok darah tak ada. Darah ibu tak sesuai, darah baba pulak sesuai tapi doktor tak nak ambil risiko dengan penyakit baba,” jelas babanya lagi.

            “Macamana tiba-tiba ada stok darah?” tanya Ainna hairan.

            “Ada pekerja along yang sama darah dengan dia,” jawab ibunya.

Ainna mengangguk mendengar jawapan dari ibunya. Tangannya masih setia menggenggam lembut tangan ibunya sambil bibirnya bergerak-gerak seperti sedang berzikir. Mungkin untuk menguatkan dirinya sendiri di hadapan kedua orang tuanya.

            “Ni angah dah tahu ke?” tanya ibunya lagi.

            “Dah ibu. Tadi Fikry dah call angah, dia on the way balik,” jawab Fikry.

Ibunya hanya mengangguk perlahan.

Fikry ingin bertanya tentang kejadian sebenar yang menimpa Wafiq, namun melihat keadaan kedua mertuanya, dia membatalkan niat. Lebih baik dia tunggu keadaan reda barulah dia bertanya kejadian yang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23