BAB 32

 

WAFIQ melepaskan keluhan mendengarkan kata-kata babanya. Sebelum ini babanya setuju dengan permintaannya untuk menggunakan khidmat Hafiz sebagai pembantu peribadinya. Namun harini tiba-tiba saja babanya berubah fikiran.

               “Kenapa haritu baba setuju?”

               “Baba tak tengok lagi budaknya,” jawab Encik Sharif seraya duduk di sofa yang disediakan di ruangan anak sulungnya itu.

               “Dah tu kenapa dengan Hafiz? Fiq tengok dia okay je. Baik, hormat orang lain. Apa yang tak kena?” tanya Wafiq yang pelik sendiri.

               “Baba tak tahu lah. Tapi baba rasa dia ada something dalam diri dia, yang tak nak orang lain tahu,” ujar babanya meluahkan sangkaannya terhadap Hafiz.

Wafiq menggelengkan kepala perlahan.

               “Something apa nya ba? Dia bukannya kenal kita pun. Dia tolong Fiq waktu kena samun haritu pun tak nak ambik duit. Lagipun kenapa baba tak bagitahu yang baba nak interview dulu ke nak tengok dulu. Ni Fiq dah hire dia dah. Takkanlah nak berhentikan dia ba? Kesian la dia. Dia berharap sangat dengan kerja ni,” jelas Wafiq yang merasa terhutang budi dengan Hafiz.

Encik Sharif melepaskan keluhan sendiri. Dia mengerti perasaan anaknya. Namun, dia tidak berani untuk mengambil risiko. Dia takut sekiranya segala sangkaannya itu benar.

               “Baba! Fiq cakap dengan baba ni,” ujar Wafiq setelah melihat reaksi babanya yang hanya mendiamkan diri.

               “Ye! Baba dengar lah! Macam ni lah, kalau kamu rasa kamu boleh percayakan Hafiz. Teruskan. Baba takkan larang. Cuma baba nak kamu hati-hati. Mungkin dia baik sekarang tapi nanti kita tak tahu. Hati orang ni cepat berubah sebab iri dan dengki. Nak berkawan dengan semua orang boleh tapi pilih-pilih orang untuk percaya,” nasihat Encik Sharif.

               “Baba janganlah buat Fiq rasa serba salah. Nanti Fiq ambik dia kerja, baba masam muka pulak dengan Fiq,” pujuk Wafiq yang risau sekiranya babanya akan marah dengan keputusannya.

Encik Sharif mengukirkan senyuman nipis.

               “Tak adalah! Baba okay! Tapi ingatlah pesan baba. Jangan buat apa-apa terburu-buru.”

Wafiq hanya mengangguk mendengarkan nasihat babanya.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang mendengar perbualan di antara mereka

 

AMIRA menelefon Fikry untuk bertanya khabar. Dia sendiri hairan bila Fikry tidak memberi khabar pada dia tentang Raiq. Selalunya Fikry akan segera menelefon dia setiap kali jadi sesuatu pada anak angkatnya itu. Namun kali ini lain pula perangai Fikry.

               “Hello sayang!” sapa Amira setelah panggilannya diterima oleh Fikry.

               “Ya. Ada apa call I? Bukan you ada shoot ke?” tanya Fikry yang sibuk mengubah suhu penghawa dingin di kamar hospital yang didiami oleh anaknya.

               “I nak call you pun tak boleh ke? I rindu la dengan you tu sebab I call,” ujar Amira dengan nada yang gedik.

Fikry melepaskan keluhan di dalam hati. Dia sedar yang dia sudah lama tidak meluangkan masa dengan Amira. Namun, dia memang sibuk dengan urusan kerja dan hanya beberapa hari lepas saja dia ada kelapangan. Itupun digunakan untuk menyenangkan hati anaknya dengan bercuti ke pantai bersama dengan Ainna.

               “Sorry la, I busy sikit sekarang ni,” ujar Fikry dengan nada yang perlahan.

               “Haaa tahu pun yang you tu busy. Busy mengalahkan menteri! Nak keluar date dengan I sekejap pun tak boleh kan?” tanya Amira dengan suara yang manja. Mungkin ingin menarik perhatian Fikry untuk memujuknya.

               “Apa you ni? Jangan la perli I,” ujar Fikry dengan nada yang mendatar.

               “You, I dengar you tak pergi event majalah ‘Couple’ tu. Kenapa?”

Fikry diam sendiri. Itulah masalah dalam hubungan mereka. Lingkungan pertemanan dan pekerjaan dia dan Amira sangatlah sempit. Jadi setiap apa yang dia lakukan pasti akan sampai ke telinga Amira dalam masa yang singkat. Otaknya mula berfikir untuk memberikan alasan. Dia risau sekiranya dia memberitahu Amira tentang keadaan Raiq, akan timbul isu jika gadis itu datang untuk melawat anaknya. Padahal selama ini Amira langsung tidak pernah bertanyakan khabar Raiq apatah lagi untuk menjenguk anaknya itu. Tapi biasalah, manusia bila sudah ada rahsia pasti fikiran mereka akan berekspektasi sesuatu yang diluar jangkauan.

               “You! I tanya ni. Yang you diam ni kenapa?” tanya Amira setelah pertanyaannya tadi dibiarkan sepi oleh lelaki itu.

               “Hah?! Oh! Sorry sorry. I tengah cuci pinggan tadi,” bohong Fikry.

               “Kenapa you tak join event tu?” ulang Amira.

               “Emm.. Ni Raiq tak sihat sangat. I risau la nak tinggal dia dengan maid I. You pun tahu la dia ni banyak kerenah bila demam,” ujar Fikry tanpa ada niat untuk menceritakan tentang Raiq yang ditahan di dalam wad. Namun, dia perlu beritahu tentang kesihatan Raiq kerana pihak majalah tahu akan hal itu. Dia yakin mereka akan bertanya tentang Raiq kepada Amira nanti.

               “Oh! Bila lagi sakit? Kenapa I tak tahu pun?”

Fikry melepaskan tawa perlahan.

               “You ni peliklah! Bila I call bagitahu you pasal Raiq, you marah-marah, tak nak ambik kisah la apa lah. Ni bila I tak bagitahu, you tanya pulak?” tanya Fikry yang sebenarnya cuba menyembunyikan kesalahannya. Sebenarnya dia tidak memberitahukan hal itu pada Amira kerana risau Amira akan datang melawat anaknya dan bertemu dengan Ainna.

Amira yang merasa tersindir dengan kata-kata Fikry terdiam sendiri.

               “Hmm tak apalah macam tu. I need to go,” ujar Amira.

               “You nak datang jenguk Raiq tak?” tanya Fikry yang risau sekiranya nanti Amira dan Ainna akan bertemu di hospital.

               “Emm I busy la you. Ni I nak siap-siap pergi butik nak fitting baju untuk event tu nanti. Sorry, I hang up dulu,” ujar Amira dengan nada yang lembut.

               “Okay, assalamualaikum,” ujar Fikry seraya mematikan panggilan dan menarik nafas lega.

              

WILDAN bersemangat menerima panggilan dari Jep. Sudah agak lama dia menunggu khabar tentang penyelidikan Jep terhadap surat ugutan itu.

               “Hello bro!” sapa Jep dengan nada yang bersemangat.

               “Amboi! Semangat betul kau ya? Ada apa-apa info ke?”

               “Tak ada lah weh! Aku dah suruh budak aku jadi mata-mata di rumah baba kau dalam seminggu ni. Tapi dorang takde nampak sesiapa yang mencurigakan pun,” lapor Jep selepas melepaskan tawa kecil mendengar sindiran Wildan.

               “Ke dorang dah tahu kita tengah siasat benda ni? Abang aku pun tak ada bagitahu apa-apa pasal hal ni.”

               “Boleh jadi.”

Wildan melepaskan keluhan perlahan. Beerti semakin lama untuk dia tahu orang yang sudah berani mengancam keluarganya.

               “Makin lama la Jep.”

               “Benda macam ni susah Dan nak kesan cepat. Kalau ada plate number yang full senang.”

Wildan mengangguk perlahan. Dia faham yang kesnya ini agak sulit untuk dikesan.

               “Wildan satu lagi. Boleh tak kau snap surat tu, hantar pada aku?”

               “Bolehlah! Nanti aku send jap gi. Kau nak buat apa?” tanya Wildan.

               “Emm takde apa pun. Aku nak tunjuk dengan team aku. Mana tahu ada apa-apa hint dengan surat tu,” ujar Jep yang masih belum tahu apa kegunaan surat itu. Namun, dia yakin pasti ada sesuatu yang boleh dia dapatkan darinya.

               “Jep, aku sebenarnya ada syak sorang ni. Tapi aku tak yakin orang ni sama ke tak dengan yang selalu ke rumah aku tu. Sebab budak ni bukan problem dengan baba aku, tapi dengan abang aku,” ujar Wildan menjelaskan isi hatinya sendiri.

               “Memang takde kaitan dengan baba kau?” tanya Jep untuk mendapatkan kepastian.

               “Takde rasanta. Sebab dulu pun baba aku banyak tolong dia. Mustahil lah kalau dia ada nak berdendam dengan family aku,” jelas Wildan yang memang tahu akan bantuan babanya terhadap pembedahan Azim dulu.

               “Itulah kalau pun dia nak berdendam, sepatutnya dengan abang kau lah. Bukannya ayah kau. Lagipun abang kau tak ada terima apa-apa ugutan kan?” tanya Jep.

               “Dia tak ada bagitahu lah pulak. Takde la kot. Tak tahu la Jep maybe rakan kerja baba aku dulu ke. Tak pasti jugak sebab tu yang aku nak kau cari tahu dulu. Aku nak dengar cerita sebenar dari dia,” jelas Wildan seraya mengurut kepalanya perlahan. Makin lama boleh pecah kepalanya memikirkan masalah itu.

               “Hmm mungkin jugak. Baba kau kan orang berkerjaya, ramai yang busuk hati dengan dia,” jelas Jep. Padahal jauh di sudut hatinya dia yakin yang surat itu tidak berbohong. Dia yakin si penghantar surat itu telah dianiaya oleh baba Wildan suatu ketika dahulu. Namun, jika dia menyatakan apa yang dia rasa kepada Wildan pasti kelihatan sangat kurang ajar. Walaupun dia tahu yang Wildan sendiri pun merasakan hal yang sama persis dengannya.

Wildan membisu mendengarkan kenyataan Jep. Tidak ada niat untuk menyokong ataupun membantah.

               “Anyway takpelah. Aku ada hal ni, nanti ada apa-apa update, aku roger.”

               “Okay baik. Thankyou Jep,” ujar Wildan seraya mematikan panggilan setelah mendengar jawapan dari Jep.

 

HAFIZ termenung sendiri di lobi utama syarikat. Fikirannya berputar kejadian pagi tadi di ruangan kerja Wafiq. Dia yang ingin menghantar dokumen Wildan yang tertinggal di dalam kereta, tanpa sengaja mendengar perbualan antara Wafiq dan bapanya, Encik Sharif. Majikannya itu seolah-olah ragu dengan kebaikan yang sudah dia tunjukkan pada Wafiq. Namun, mendengar dari tutur kata Wafiq, dia yakin yang dia sudah pun menakluki kepercayaan lelaki itu.

Otaknya ligat mencari cara agar dia boleh mendapatkan kepercayaan Sharif. Dia tahu lelaki itu tidak mudah ditipu. Kerana lelaki itu juga seorang yang sangat licik sehingga dia dengan senang memperdayakan orang lain.

               “Hafiz. Kenapa termenung saja ni?” tegur Wafiq yang sudah pun membuka sut yang dipakai.

Hafiz segera berdiri mendengarkan teguran majikannya. Dia perlu menunjukkan yang dia sangat patuh pada Wafiq supaya Wafiq tidak termakan dengan amaran babanya.

               “Tak ada apa lah. Dah siap ke?” tanya Hafiz menutupi resah hatinya.

               “Haah. Jom lah balik. Sorry lah, aku lambat sikit. Tadi aku siapkan dokumen untuk meeting besok,” ujar Wafiq seraya melangkahkan kaki untuk keluar dari bangunan itu.

               “Takpe. Aku ingatkan kau memang balik waktu ni,” ujar Hafiz yang melihat jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 6 petang.

               “Taklah! Selalunya aku orang paling awal blah! Settle semua kerja balik la,” jelas Wafiq sambil mengukirkan senyuman nipis.

               “Takpe, kau anak bos. Kuli macam aku ni mana boleh senang-lenang macam kau,” ujar Hafiz seraya membukakan pintu kereta buat Wafiq.

Wafiq mengucapkan terima kasih seraya masuk ke tempat duduk belakang kereta miliknya.

               “Tak baik kau kata macam tu. Kau kat sini bukan saja PA aku tau, kau dah jadi macam family aku dah. Lagipun, aku tak pernah anggap pekerja aku sebagai kuli. Kita semua satu organisasi. Jatuh bangun syarikat adalah jatuh bangun kita sama-sama. Tidak ada yang membezakan antara kita pun, Fiz. So jangan la nak rasa rendah diri,” nasihat Wafiq seraya menghadiahkan senyuman kepada Wafiq yang sudah pun masuk dan duduk di tempat duduk pemandu.

               “Dulu aku selalu fikir orang kaya ni sombong, pentingkan harta dan darjat. Tapi masih ada lagi orang kaya yang baik macam kau sekeluarga,” puji Hafiz sambil hatinya memuji dirinya sendiri yang boleh terus menahan emosi setiap kali mengeluarkan kata-kata yang manis buat Wafiq dan babanya.

               “Apa yang ada dengan pangkat dan harta Fiz? Bukan boleh bawak mati pun,” ujar Wafiq sambil wajahnya dihadapkan ke luar tingkap.

Hafiz senyum sinis mendengarkan jawapan Wafiq.

‘Kau dengan bapak kau sama saja. Berlakon baik mengalahkan ahli ulama’ tapi sanggup melakukan segala cara untuk mendapatkan apa yang korang nak. Siapa yang menanam, dialah yang menuai. Apa yang sudah kau buat, itulah yang akan kau tanggung,’ desisnya sendiri.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

 

AINNA membuka pintu kamar perlahan-lahan. Melihat keadaan Raiq yang khusyuk menonton kartun, dia menghela nafas lega. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir bila Fikry melihatnya, memberi tanda supaya lelaki itu tidak mengeluarkan suara. Memang sedari awal lagi dia sudah pesan pada Fikry supaya tidak mengabarkan pada Raiq tentang kedatangannya ke sana. Sengaja ingin memberi kejutan buat anaknya.

Namun, belum sempat dia bersuara, Raiq terlebih dahulu memusingkan badan ke arah pintu masuk. Ainna mengukirkan senyuman nipis bila anaknya perasan akan dirinya di ruangan itu.

               “Umi!!!!” teriak Raiq keriangan.

Ainna segera meletakkan beg tangan dan beg bimbitnya di tepi meja seraya memeluk kemas tubuh kecil anaknya.

               “Raiq rindu umi!” ujar Raiq yang membalas pelukan ibu sambungnya itu.

               “Umi pun rindu Raiq. Sayang ada sakit mana-mana ke?” tanya Ainna usai melepaskan pelukannya dengan Raiq.

               “Ni,” ujar Raiq sambil menunjukkan tangan kanannya yang dimasukkan jarum.

Ainna mengukirkan senyuman nipis.

               “Alooo hero mana boleh sakit. Nanti kalau Raiq sakit, siapa nak jaga umi? Sikit je ni nanti kita makan ni, dah tak sakit la,” ujar Ainna sambil mengangkat plastik yang berisi makanan dan minuman.

Raiq membulatkan matanya bila melihat plastik besar yang terisi dengan makanan.

               “Wah!! Ni untuk Raiq ke?” tanya Raiq penuh semangat.

               “Ya lah. Umi beli untuk Raiq. Tapi janji dengan umi Raiq kena rajin makan ubat dan makan nasi. Okay?” tanya Ainna yang menyogok anaknya dengan pelbagai jenis coklat dan biskut.

               “Okay, Raiq janji!”

               “Ni kenapa bau masam ni? Tak mandi lagi ke?” tanya Ainna sengaja mengusik anaknya.

               “Dahlah umi! Papa ni yang busuk. Dari pagi tak mandi,” ujar Raiq.

Ainna mengukirkan senyuman mendengarkan ucapan anaknya. Sungguh lega dapat melihat anaknya di depan mata dengan wajah dan tutur kata yang ceria seperti itu. Tidak dapat dijelaskan betapa risaunya dia tadi ketika dalam perjalanan ke sini.

               “Awak kalau nak balik, balik la dulu. Malam ni biar saya temankan Raiq kat sini,” ujar Ainna yang sudah pun duduk di atas katil sambil memeluk Raiq.

               “Eh! Takpe lah. Saya nak teman Raiq. Tak tenang jugak kalau saya balik rumah. At least kalau malam dia buat perangai takde lah susahkan awak,” ujar Fikry yang risau Ainna berfikir dia tidak mempercayai Ainna untuk menjaga anaknya.

               “Emm, tapi balik la dulu. Ambik barang-barang Raiq. Bersihkan badan awak tu. Nampak penat sangat dah. Memang dari pagi ke tak balik?” tanya Ainna yang melihat wajah sugul suaminya. Di atas meja pun tidak ada peralatan lain selain dari jag air dan gelas yang disediakan oleh pihak hospital.

Fikry mengukirkan senyuman nipis.

               “Haah. Tak sampai hati nak tinggal dia dengan nurse lama-lama. Tadi pun makan roti yang Wildan bawak lepastu order footpanda saja,” cerita Fikry.

Ainna jatuh kesian melihat nasib anak dan suaminya. Seharusnya dia yang ada di sana untuk meringankan beban Fikry namun disebabkan kerja, dia sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu pada Raiq.

               “Sorry tadi saya tak angkat call awak. Saya keluar meeting pukul 12 lagi lepastu phone tertinggal di office. Waktu saya call awak tu, saya baru je sampai office,” cerita Ainna untuk memohon maaf.

               “Takpe, saya faham. Itu kan waktu kerja. Lagipun Raiq tak ada la teruk sangat. Saya call pun cuma nak maklumkan,” ujar Fikry seraya menghadiahkan senyuman nipis.

Ainna menganggukkan kepala perlahan.

               “Saya balik dulu la. Maghrib di rumah saja,” ujar Fikry seraya mengambil telefon dan kunci kereta yang diletakkan di atas meja kecil tepi katil.

Ainna hanya mengangguk perlahan seraya memesan segala kelengkapan yang perlu dibawa oleh Fikry.

               “Raiq, papa balik dulu eh? Nanti papa datang lepas Isyak. Raiq duduk dengan umi okay?”

Raiq mengangguk perlahan sebelum dahinya dicium oleh Fikry.

Melihat Fikry yang sudah pun keluar dari kamar, Ainna kembali fokus pada anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23