BAB 29

 

               WILDAN menghulurkan beberapa helai tisu kepada Isya yang ada di tempat duduk sebelah penumpang. Setelah melihat Isya yang sedikit tenang, Wildan menghadapkan tubuhnya ke arah Isya.

               “Okay, sekarang boleh bagitahu saya?”

Beberapa detik kemudian, Wildan menggelengkan kepala melihat Isya yang masih mendiamkan diri dan menutupi masalahnya dari Wildan.

               “Okay, kalau awak tak nak bagitahu takpe, saya call Mak Long,” ugut Wildan sambil membuka kekunci telefon bimbitnya. Sengaja ingin mengugut sepupunya itu.

Isya segera menahan Wildan. Jari-jarinya digenggam perlahan sambil mencuba untuk mengawal nafasnya yang sedikit teresak. Mungkin disebabkan dia menangis terlalu kuat tadi.

               “Emm, minggu lepas saya ada gaduh sikit dengan Johan. Dia salah faham pasal saya dengan Shahrul,” ujar Isya untuk memulakan cerita.

               “Shahrul kawan uni awak tu?” tanya Wildan yang memang sudah tahu dengan kedekatan Isya dan Shahrul. Namun, dia percaya yang hubungan mereka hanya sekadar teman biasa. Lelaki itu juga sudah pun memiliki teman wanita ketika dia dan Isya sama-sama menjalinkan hubungan dulu.

Isya hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan pertanyaan Wildan.

               “Then, Johan pukul awak sampai macam ni?” tanya Wildan sambil memerhatikan lebam yang ada di wajah Isya.

               “Sape je yang tahu pasal hal ni?” tanya Wildan lagi selepas pertanyaannya tadi tidak dijawab oleh Isya.

               “No one,” jawab Isya ringkas sambil jarinya bermain-main dengan tisu yang ada ditangannya.

Wildan hanya mengerling tingkah laku Isya. Dia tahu betul dengan sikap Isya yang akan menyibukkan jari-jemarinya ketika gadis itu dalam keadaan tertekan atau cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Sikap itu sama persis dengan sikap adiknya.

               “Awak nak keep benda ni sampai bila?” tanya Wildan dengan mata yang masih tidak lari dari memandang wajah Isya.

               “I don’t know,” jawab Isya dengan muka selambanya.

Jawapan Isya yang seolah-olah pasrah dengan keadaan mencetuskan tawa kecil di bibir Wildan. Sejak dari dulu lagi gadis itu hanya redha atas segala yang terjadi padanya. Langsung tidak ada usaha untuk mempertahankan hak atau keinginannya sendiri.

               “Saya tak faham lah dengan awak ni. Isya, awak tu bukannya hidup dalam family saya. Your parents love you so much! Kalau awak bagitahu benda betul pun, mak long dengan pak long will be fine. Saya yakin dorang akan marahkan Johan balik.”

               “Sebelum ni Johan okay saja. Tak pernah pun marah apatah lagi sampai nak pukul. Cuma sebab dia salah faham pasal saya dengan Shahrul je, dia jadi out of control,” jelas Isya untuk mempertahankan tunangnya. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman kelat.

               “Salah faham pun bukan maksudnya dia boleh pukul awak sampai macam ni! Dia kena la tahu batas dia. Dia baru tunang je, bukannya suami awak lagi,” bebel Wildan.

               “Awak jadi tak nak hantar saya? Kalau tak, saya balik dengan grab je,” ujar Isya yang cuba untuk menghentikan perbualan antara dia dan Wildan.

               “Ye lah, saya hantar. Pakai seat belt,” ujar Wildan seraya menggerakkan kereta miliknya.

Beberapa minit kereta meluncur di lebuhraya, Wildan bersuara,

               “Lain kali kalau ada hal macam ni lagi, bagitahu orang. Tak pun bagitahu saya. Orang macam Johan ni tak boleh biar, lama-lama naik lemak. Sekarang lebam di muka, terseliuh kaki, nanti lain pulak jadinya,” nasihat Wildan dengan nada yang keras.

Isya hanya mengangguk mendengarkan nasihat Wildan. Dia tidak boleh membantah di saat lelaki itu sedang serius. Nanti makin memancing emosi Wildan kepada dia.

 

AINNA yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, segera menghampiri telefon bimbitnya yang berbunyi. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis melihat nama yang tertera di skrin sebelum menekan tombol hijau.

               “Umi!” kedengaran suara Raiq dari corong telefon. Wajah Raiq yang sembab membuat Ainna semakin rasa serba salah.

               “Ya sayang. Raiq dah lama sampai?” tanya Ainna sambil mengukirkan senyuman nipis.              

               “Baru je. Tadi Raiq tidur lepas bangun je terus Raiq mintak dengan papa nak video call umi,” jelas Raiq.

Ainna menganggukkan kepala perlahan. Dia menghela nafas lega melihat keadaan Raiq yang sudah sedikit tenang berbanding tadi.

               “Umi, kenapa umi tak ikut balik sini je?” tanya Raiq dengan wajah yang cemberut.

               “Mana boleh sayang. Umi kan kerja,” jelas Ainna sambil mengukirkan senyuman nipis.

               “Alaaa! Umi berhenti saja la kerja. Nanti biar papa yang bayar gaji umi. Boleh kan papa?” tanya Raiq sambil melihat papanya yang ada di dapur.

               “Boleh! Pujuk umi tu Raiq,” jerit Fikry sebelum kakinya melangkah menghampiri Raiq dan menunjukkan wajahnya di skrin telefon.

Ainna menggelengkan kepala perlahan. Sengaja betul Fikry menjerat dirinya.

               “Mana boleh. Nanti bos umi tak ada pekerja. Kesian bos umi kena buat kerja sorang-sorang.”

               “Lepastu umi tak kesian dengan papa dengan Raiq ke? Raiq nak tidur dengan umi, nak makan dengan umi, nak gi school dengan umi,” pujuk Raiq lagi. Fikry mengelus lembut kepala anaknya seraya mencium perlahan. Matanya sempat memerhati reaksi Ainna atas permintaan Raiq.

               “Sayang. Jangan macam ni. Nanti kalau umi cuti, umi pergi sana okay? Umi teman Raiq dengan papa, boleh?” tanya Ainna dengan nada yang lembut. Masih dalam usaha memujuk anaknya.

Raiq menunjukkan wajah cemberutnya lagi. Mungkin berharap Ainna akan mengabulkan permintaannya.

               “Dahlah. Tak hensem dah buat muka sedih macam ni. Kat sini kan ada papa. Raiq dah tak sayang papa ke?” tanya Fikry dengan menunjukkan riak wajah yang merajuk. Padahal dia sedang berusaha untuk memujuk anaknya. Kesian pula melihat Ainna yang sudah mulai serba salah dengan permintaan anak mereka.

               “Raiq sayang lah! Tapi Raiq nak jugak umi ada sini. Fifi dengan Aiman selalu menunjuk makanan yang mama dorang masak, Raiq pun nak tunjuk jugak. Nak bagi dorang rasa ayam goreng umi!”  jelas Fikry dengan riak yang teruja selepas melepaskan pelukannya dari Fikry.

Ainna melepaskan tawa kecil mendengarkan cerita anaknya.

               “Okay, nanti umi masak banyak-banyak. Raiq bagi Fifi dan Aiman makan,” ujar Ainna mengiyakan permintaan anaknya.

               “Tapi umi tak ada sini. Macamana nak masak?” tanya Raiq dengan menunjukkan riak wajah yang muram.

Fikry melepaskan keluhan perlahan.

               “Dahlah. Raiq belum solat kan? End dulu ya? Nanti malam nanti kita call umi pulak,” pujuk Fikry dengan nada yang lembut.

               “Malam ni kita cakap pulak ya sayang?” pujuk Ainna setelah melihat wajah suram anaknya.

Raiq akhirnya mengangguk dan mematikan panggilan.

 

WILDAN mengangkat telefon bimbitnya yang sedari tadi tidak berhenti berdering. Sudah dapat diagak siapa pemanggilnya bila panggilan masuk tanpa henti.

               “Assalamualaikum angah!”

               “Waalaikumussalam. Amboi! Semangat betul ya orang baru balik honeymoon ni,” usik Wildan.

               “Honeymoon?”

               “Ye lah! Baru balik holiday dengan Fikry kan?” tanya Wildan yang memang sudah tahu tentang rancangan Fikry.

               “Hmm sekarang ni angah asyik contact dengan Fikry saja kan? Dah lupa adik dah?” tanya Ainna dengan nada yang sedih. Sengaja ingin bermanja dengan abangnya.

               “Malas aku layan kau ni. Hah! Ada apa call?”

               “Pehal? Dah tak boleh nak call dah sekarang?” tanya Ainna menunjukkan seolah-olah dia marah dengan abangnya.

Wildan mengukirkan senyuman mendengar pertanyaan Ainna. Sejak akhir-akhir ini mereka sudah jarang meluangkan masa bersama samada keluar bersama ataupun berbual melalui telefon. Mungkin kerana dia asyik sibuk menguruskan masalah yang terjadi pada keluarganya sehingga dia lupa tentang adiknya sendiri.

               “Tak boleh lah! Orang nak date pun tak senang!”

               “Sape entah nak dengan angah tu,” ujar Ainna malas melayan gurauan abangnya.

               “Eh! Ramai! Adik saja yang tak tahu. Model sini beratur nakkan angah.”

               “Hmm, yelah!” jawab Ainna malas nak melayan.

               “Canne holiday? Best?”

               “Biasa saja. Lagi best kalau ada angah! Angah bila nak datang sini?” tanya Ainna sudah merindui kebersamaan mereka.

               “Kenapa? Rindu angah eh?” tanya Wildan sambil melepaskan tawa kecil.

               “Hmm, tak. Angah busy ke sekarang?” Risau pula sekiranya dia mengganggu kerja Wildan.

               “Sekarang baru nak tanya? Yang kau keep on calling tu kau tak fikir pulak aku busy ke tak?”

               “Ish! Angah ni! Adik spam call sebab adik tahu angah kat rumah. Kalau kat studio ke tengah shoot ke mesti angah laju saja angkat,” ujar Ainna yang memang sudah arif tentang abangnya yang satu itu.

               “Hmm. Ye lah! Kenapa? Adik ada masalah?” tanya Wildan dengan nada yang lembut.

Ainna mula membuka cerita tentang keadaan Raiq ketika Fikry memberhentikan Ainna di rumahnya. Wildan yang tadinya asyik bergurau mulai serius mendengarkan cerita adiknya. Dia tahu Ainna mempunyai hati yang lembut, apatah lagi dengan budak kecil seperti Raiq. Jadi, tidak hairan bila Ainna menangis saat bercerita padanya. Wildan juga buntu untuk menjawab pertanyaan adiknya tentang pekerjaan yang sedang dia lakukan sekarang. Dia sendiri risau nantinya bakal membebankan adiknya sendiri.

               “Angah pun tak tahu la dik. Tapi, angah rasa better adik jangan berhenti. Adik dengan Fikry pun tak tahu lagi macamana nanti. Sekarang ni susah tau dik nak cari kerja. Lagipun, tempat kerja adik sekarang kan dah okay. Sayang la kalau adik nak resign,” ujar Wildan menjelaskan apa yang sedang dia fikirkan.

               “Itu lah yang adik fikir. Tapi ngah, kesian tau tengok Raiq. Tu bukan first time ngah. Selalunya Raiq akan call adik sebelum tidur. Fikry kata selagi tak dapat cakap dengan adik memang dia merengek saja. Tertidur dalam keadaan menangis. Adik pun pelik padahal kitorang baru je kenal tapi sampai macam tu sekali dia nak dengan adik.”

               “Budak baru nak rasa ada mak, dik. Biasa lah tu. Macam ni lah, try adik tanya bos adik. Kan adik kata company adik tu ada di banyak tempat. Mana lah tahu ada di area Sungai Buloh tu. Boleh la mintak transfer sana,” cadang Wildan.

Ainna melepaskan keluhan perlahan. Jika difikirkan balik, segan pula rasanya dengan majikannya itu. Sudahlah dia banyak membantu Ainna walaupun baru beberapa bulan saja Ainna bekerja di bawahnya. Risau pula dia dikatakan pijak kepala majikannya sendiri. Namun, dia juga tidak tenang melihat keadaan Raiq seperti itu. Tidak pasal-pasal dia diburu rasa serba salah setiap hari.

               “Nantilah adik cuba fikir dulu,” jawab Ainna ringkas.

               “Ye lah. Dik, nanti angah call balik ya. Ada client call,” ujar Wildan seraya mematikan panggilan setelah menerima salam dari adiknya.

 

FIKRY tersenyum melihat Raiq yang masih lena di dalam selimut. Mungkin kerana si kecil itu tidur lewat jadi agak liat untuk bangkit dari tidurnya. Puas dia dan Ainna memujuk Raiq untuk tidur semalam, namun si kecil itu tetap tidak berhenti merengek. Sehinggakan isterinya terpaksa menemani anaknya melalui telefon sehingga tertidur. Fikry menggelengkan kepala mengingatkan kerenah anaknya semalam. Mungkin kerana sudah dua hari Raiq meluangkan banyak masa bersama Ainna, jadi Raiq masih ingin bermanja dengan isterinya.

               “Raiq.. Bangun sayang. Kita dah lambat ni nak pergi taska,” ujar Fikry sambil manyarungkan tshirt berwarna hitam.

Melihat Raiq yang masih tidak berganjak dari baringannya, Fikry mengatur langkah menghampiri anaknya. Tangannya perlahan-lahan menepuk paha anaknya dengan lembut untuk membangunkan si kecil itu. Namun, Raiq masih tidak sedar. Fikry pelik sendiri. Selalunya Raiq sangat senang bangun pagi kerana dia bersemangat untuk ke taska dan bertemu dengan rakan-rakannya.

               “Raiq, bangun. Dah lewat ni. Nanti Cikgu Sofia marah,” ujar Fikry sambil mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul 7:30 pagi. Fikry menarik selimut dari tubuh Raiq sebelum mencium lembut pipi anaknya. Dia terkejut bila bibirnya bersentuhan dengan pipi Raiq yang sedikit panas. Tangannya segera diletakkan di dahi si kecil itu.

               “Raiq, Raiq demam ke?” tanya Fikry seraya beristighfar perlahan. Dia segera mendukung Raiq sebelum berjalan keluar dari kamar dan menuju ke pintu rumah. Dia sempat mengambil dompet dan telefon bimbitnya sebelum mengunci pintu rumah. Kakinya laju diatur ke arah kereta dan meletakkan Raiq di tempat duduk sebelah penumpang.

Keretanya meluncur laju untuk membawa anaknya ke hospital. Riak wajahnya yang risau memang tidak boleh dikawal. Anaknya sangat jarang sakit, kerana itulah dia terlalu risau melihat keadaan Raiq yang sangat lemah begitu. Tambahan pula, Raiq hanya tidur dan tidak membuka mata pun. Mungkin juga kerana terlalu lemah.

               “Ya Allah, budak ni. Kenapa yang sampai demam macam ni,” rungut Fikry sambil memerhati anaknya yang kelihatan sangat lemah di sebelahnya. Muka anaknya yang pucat dan bibirnya berubah sedikit kebiruan menyebabkan Fikry makin tidak keruan. Kereta yang dipandunya dipecut laju.

              

WAFIQ tersenyum melihat Hafiz yang sudah pun menunggunya di lobi bangunan.

               “Semangat betul kau! Pukul berapa lagi duk sini?” tegur Wafiq sambil berjalan ke arah Hafiz yang sedang duduk di sofa yang disediakan di lobi.

               “Eh! Bos! Takde la lama sangat. Pukul 8 tadi,” jawab Hafiz seraya berdiri sebagai tanda hormat pada Wafiq.

               “Tak payah berbos-bos la. Santai saja! Setengah jam dah kau duk sini?” tanya Wafiq untuk mendapatkan kepastian.

Hafiz mengangguk dengan menghadiahkan senyuman nipis pada majikannya.

               “Kenapa tak naik?” tanya Wafiq seraya mengatur langkah ke arah lif VVIP dan dibuntuti oleh Hafiz.

               “Segan lah. Aku kan tak tahu lagi apa jawatan aku.”

               “Emm sebenarnya jawatan kosong dalam office dah takde. Tapi, aku dah bukak special post untuk kau,” ujar Wafiq sambil mengukirkan senyuman nipis dan menekan tombol di lif.

               “Special post? Maksudnya?”

               “Aku nak kau jadi personal assistant aku.”

               “Kau kan bos! Takkanlah tak ada PA?” tanya Hafiz dengan mengukirkan senyuman nipis.

               “Sebab tu aku tekankan perkataan personal. Maksudnya memang betul-betul personal. Semua hal personal aku, kau yang uruskan. Dari family matters, problem aku di luar kerja. Apa-apa saja yang tak berkait dengan hal kerja. Lebih kurang jadi bodyguard aku la,” jelas Wafiq.

Hafiz menganggukkan kepala perlahan tanda memahami maksud majikannya. Bibirnya secara automatik mengukirkan senyuman sinis. Tidak menyangka Wafiq boleh mempercayainya dengan begitu cepat. Beerti peluangnya untuk membalas apa yang keluarga Wafiq buat pada keluarganya juga semakin luas.

               “Thanks Wafiq. Kau baik sangat, sudi nak tolong aku. So, waktu kerja aku twenty-four hours ke macamana?” tanya Hafiz lagi.

               “Tak ada lah! Kau ingat aku ni kejam?” tanya Wafiq selepas mengangguk perlahan.

               “Taklah! Mana lah tahu kau nak aku ada dengan kau setiap masa. Orang kaya kan banyak musuh,” ujar Hafiz perlahan dengan mengukirkan senyuman nipis.

               “Maksud aku musuh dalam bisnes,” jelas Hafiz lagi untuk membetulkan kata-katanya. Risau pula Wafiq akan ragu dengan dirinya.

               “Inilah sebab aku nak kau jadi PA aku. Kau kena ada dengan aku tapi no need sampai twenty-four hours. Everytime aku nak keluar kau kena ada dengan aku. Then, kalau malam tu tengok atas keperluan aku. Kalau aku rasa aku nak kau ada, I will call you,” jelas Wafiq lagi.

Hafiz mengangguk tanda faham.

               “Tugas kau basicnya tak ada apa sangat. Maybe aku cuma nak kau guard aku. Tengok kalau ada yang mencurigakan di sekitar aku. Sebab seminggu dua ni aku selalu saja terima surat dan mesej ugutan. So aku risau jugak la kalau orang tu ikut aku.”

               “Ugut? Ugut apa?” tanya Hafiz dengan dahinya yang berkerut.

Wafiq segera menghulurkan beberapa keeping surat dan mesej yang diterimanya dari nombor yang berlainan. Hafiz membacanya dengan begitu teliti. Dia yakin ugutan itu dari adik perempuannya, Hafiza. Beerti adiknya bukan sahaja menghantar orang untuk mengintip rumah mereka malahan juga sudah berani menghantar ugutan itu pada Wafiq. Hafiz melepaskan keluhan perlahan.

               “Kau tak buat report?” Hafiz menunjukkan seolah-olah dia prihatin dengan keadaan majikannya. Walhal dia sebenarnya risaukan adiknya sendiri.

Wafiq mengukirkan senyuman nipis sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi.

               “Aku tak rasa aku perlu report polis. Lagipun, surat ugutan saja. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan maybe I will. Dahlah! Tak payah risau la. Tak ada apa. Kau buat saja kerja kau. I believe myself on you,” ujar Wafiq yang masih tidak lekang dengan senyuman di bibir.

Hafiz mengangguk dan menghadiahkan senyuman kelat pada Wafiq. Surat-surat yang ada di tangannya kembali diteliti.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23