BAB 4

 

Ainna yang baru selesai solat subuh, bangun menghampiri sebuah meja kecil di bucu katilnya dan membuka laci meja. Dia mengeluarkan sebuah album yang ada di situ dan membuka helaian demi helaian. Segala memori seakan-akan muncul kembali. Tanpa disedari kolam matanya mula bertakung namun bibirnya masih mengukir senyuman kelat.

‘It has been three years, Ainna. Kenapa kau tak boleh lupakan semua benda ni? Walaupun mereka dah sakitkan hati kau, mereka juga lah yang dah banyak tolong kau! Mungkin mereka tak betul-betul ikhlas berkawan dengan kau, tapi mereka dah banyak ubah diri kau untuk jadi orang yang lebih baik. Dan lepas mereka pergi pun, kau boleh hidup sendiri, mampu jadi diri kau yang sekarang, yang jauh lebih baik dari yang dulu. Jauh lebih baik dari waktu yang mereka ada bersama kau. Setiap orang ada salah dia dan mungkin ini masanya untuk kau belajar lupakan mereka, lupa dan maafkan semua salah mereka dengan kau.’ rintih Ainna di dalam hati sebelum menutup kembali album yang terisi dengan memorinya ketika belajar di universiti dulu.

‘Thankyou to them for change you to a better version of yourself, Ainna. Kau kena belajar lupakan masa lalu kau,’ ujarnya sebelum menyeka titisan air mata yang membasahi pipi. Berharap usapan itu mampu mengusap seluruh memori yang ada.

Ainna sedar yang dia sudah terlambat untuk ke pejabat segera bangun untuk bersiap. Nasib baik Ainna sudah siapkan pakaian dan barang-barang keperluan ke pejabat sejak dari semalam.

               “Eh Ainna! Kau kerja ke? Aku ingat kau cuti lagi harini,” ujar Hani sambil melangkah ke dapur semula untuk mengambil pinggan untuk sahabatnya.

               “Kerjalah! Aku lambat bangun. Ni aku dah lambat dah,” tipu Ainna sambil menyarungkan stoking dan berjalan menuju ke pintu.

               “Eh!! Kau tak makan dulu ke? Ni aku ada masak bihun goreng,” tanya Hani dengan suara yang sedikit tinggi.

               “Tak sempat lah! Aku ada meeting setengah jam lagi,” ujar Ainna seraya berjalan keluar dan menutup pintu rumah.

Hani hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Ainna dan membuka telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Hani terkejut membaca isi pesanan yang diterimanya namun tangannya laju menekan skrin telefon bimbitnya seperti sedang menaip sesuatu.

 

FIKRY mendukung Raiq dan segera menuju ke kereta untuk menghantar Raiq ke taska. Risau sekiranya Raiq akan terlewat dan ketinggalan untuk mengikuti aktiviti pagi di taska tersebut. Dia fikir bas yang akan dinaiki oleh Yana akan sampai tepat waktu memandangkan bas itu dijadualkan seawal jam 7 pagi lagi namun ternyata bas itu ada masalah dalam perjalanan jadi lambat tiba di stesen kawasan mereka. Segan pula dia ingin meninggalkan kakaknya menunggu bas sendirian, jadi akibatnya dia terpaksa hantar anaknya ke taska sedikit lewat. Fikry segera memecut keretanya laju sehingga mengabaikan lampu isyarat yang disediakan. Fikry yang leka dengan pemanduannya dengan tidak sengaja telah melanggar seorang lelaki tua yang berbasikal di pinggir jalan tersebut.

               “Allah!! Apa benda pulak ni?! Kalau nak cepat ada je lah!” bentak Fikry dengan suara yang agak kuat. Dia yang masih terkejut dengan kejadian itu mulai berasa risau dengan keadaan lelaki tua yang dilanggarnya. Fikry segera melihat cermin pandang belakang sehinggakan terlupa dengan kewujudan Raiq di dalam kenderaan itu. Raiq yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu jatuh tersembam namun dia hanya merengek perlahan sahaja. Fikry baru menyedari suara rengekan anak lelakinya, segera menoleh ke tempat duduk sebelah pemandu. Dia segera mengangkat Raiq yang sudah mulai menangis teresak-esak. Setelah melihat keadaan Raiq tidak luka, Fikry keluar dari kereta sambil mendukung dan memujuk Raiq sebelum menghampiri lelaki tua yang dilanggarnya tadi.

               “Pak cik okay?” tanya Fikry sambil tangannya masih mengusap lembut belakang Raiq untuk menenangkan si kecil itu.

               “Haaa?! Ahhh pak cik takde ape. Luka sikit je. Kamu nak ke mana ni nak? Laju saja bawak kereta. Hati-hati sikit sudahlah bawa anak,” nasihat lelaki tua itu yang sedang berusaha untuk bangun dan dibantu oleh Fikry.

               “Maaf pakcik, saya nak cepat tadi. Nak hantar anak saya pergi sekolah. Macam ni lah pak cik, saya hantar pak cik pergi klinik eh? Kita check takut ada luka yang serius ke?” tanya Fikry lagi dengan riak wajah yang bersalah. Memang salah dia sebab bawa kereta dengan kelajuan yang tinggi dan lalai dalam menjaga keselamatan orang sekeliling dia.

               “Aishh takde ape la, pak cik okay. Tu haa anak kamu ada luka mana-mana ke?” tanya lelaki itu setelah melihat Raiq yang tersedu-sedu menahan tangis.

               “Takde luka pun. Mungkin terkejut je. Takpelah pak cik, saya hantar juga pak cik pergi klinik ya? Saya rasa bersalah dengan pak cik ni. Sebab saya pakcik jatuh,” ujar Fikry dengan harapan semoga lelaki tua itu menerima tawarannya. Kurang sikit rasa bersalahnya kepada lelaki itu.

Lelaki tua itu hanya mengangguk dan dibantu oleh Fikry untuk masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan itu, Raiq tidak henti-henti merengek dan meminta untuk menelefon mak longnya. Fikry yang fokus dengan pemanduannya melirik ke arah Raiq sambil menganggukkan kepala dan memberi isyarat bibir untuk menelefon sebentar lagi.

 

AINNA yang baru keluar dari bilik mesyuarat menerima satu panggilan. Ainna tersenyum nipis melihat nama yang tertera.

               “Assalamualaikum kak? Akak dah naik bas ke?” tanya Ainna sambil melangkahkan kaki ke meja kerjanya.

               “Waalaikumussalam. Ya akak dah naik bas ni. Dah tengah jalan dah pon. Ainna kerja ke?” tanya Yana dengan nada yang perlahan.

               “Haah kak, ni baru je selesai meeting.”

               “Oh ye ke? Hmm takpelah nanti akak call Ainna lepas habis kerja,” ujar Yana. Segan pulak dia nak meminta bantuan Ainna untuk ke hospital dan melihat keadaan Raiq memandangkan Ainna sedang bekerja. Kalau ikutkan hatinya, memang dia nak saja patah balik ke Kuala Lumpur, namun petang itu dia harus masuk kerja. Tambahan pula, papanya ada urusan di luar negeri. Tidak sampai hati pula ingin membiarkan mamanya sendiri di rumah.

               “Eh! Kenapa kak? Jangan macam tu. Cakap je.. Kalau Ainna boleh tolong, in sya Allah Ainna tolong,” ujar Ainna yang sedar dengan ketidakselesaan Yana itu.

               “Emm… sebelum tu akak minta maaf tau ganggu Ainna tengah kerja ni. Tadi Fikry call akak kata Raiq dengan dia accident lepas hantar akak di stesen tadi,” kata Yana dengan nada rendah. Jelas yang dia sedang risau dengan keadaan Fikry dan anak buahnya.

               “Accident kak? Kat mana? Teruk ke kena?” tanya Ainna dengan debaran di dada. Dia risau dengan keadaan Raiq yang masih kecil. Risau sekiranya ada luka yang parah dengan si kecil itu. Ainna sendiri tidak tahu kenapa dia rasa sangat sayang dan suka dengan celoteh manja Raiq walaupun hanya beberapa kali berjumpa. Mungkin juga kerana Raiq seorang yang senang rapat dan bersikap terbuka dengannya.

               “Ya accident dekat area stesen bas yang dekat dengan pasaraya yang kita jumpa haritu. Akak call Ainna ni nak mintak tolong Ainna tengokkan Raiq. Akak kesian dengan dia mesti dia terkejut tu. Tak pernah lagi jadi kes macamni. Fikry tu mestilah kalut macam macam benda nak kena urus tu.”

               “Ohh! Tu dekat la dengan rumah Ainna kak. Boleh je kak, Ainna pon risau dengan Raiq jugak ni. Harapla takde benda serius. Sekarang diorang masih ada di hospital ke kak?” tanya Ainna yang masih dalam keadaan risaukan Raiq.

               “Tadi Fikry kata Raiq okay tapi belum buat check-up lagi la. Sebab dia sibuk urus orang yang dia langgar tu. Katanya dia pergi klinik tapi orang yang dia langgar tu kena pergi buat check-up di hospital mana ntah. Cuba Ainna call dia sendiri eh? Akak send number,” ujar Yana.

Ainna sedikit terkejut mendengar ucapan Yana. ‘Macamana boleh langgar orang? Ishh tak sedar ke dia tu bawak budak?’ bisik Ainna sedikit kesal.

               “Hmm takpe lah nanti Ainna cakap ngan dia sendiri.”

Yana segera mematikan panggilan dan menghantar nombor Fikry kepada Ainna melalui aplikasi whatsapp. Ainna segera membuat panggilan untuk bercakap dengan Fikry sendiri. Rasanya tidak sesuai jika bertanya benda yang kecemasan seperti itu melalui mesej.

Ainna yang baru selesai membuat panggilan dan bertanya tentang keadaan Fikry dan anaknya. Dengar dari suara Fikry, jelas menunjukkan lelaki itu sedikit lelah untuk menguruskan keadaan di sana. Ainna segera berjalan menuju ke meja setiausaha majikannya untuk meminta kebenaran keluar awal. Selesai urusannya itu, Ainna segera mengemas barangnya dan bergegas ke lif untuk melawat Raiq. Dia hanya menaiki MRT untuk ke hospital memandangkan kedua-dua tempat itu berdekatan dengan stesen MRT.

 

RAIQ masih lagi memeluk erat tubuh papanya sambil menangis kecil. Mungkin masih dalam keadaan terkejut. Raiq juga asyik memanggil nama mak longnya saja mungkin kerana dia banyak menghabiskan masa dengan Yana sejak akhir-akhir ini. Fikry merasa lega membaca mesej dari Ainna yang ingin datang menemani Raiq di hospital itu. Sekurang-kurangnya, dia boleh menguruskan kes kemalangan dan lelaki tadi dengan lebih cepat. Fikry juga sempat menghantar perasan kepada Amira supaya gadis itu datang menemaninya di hospital. Namun gadis itu menolak permintaannya atas alasan sedang bekerja. Dia merengus perlahan, ‘lain yang aku harap, lain yang datang.’

Fikry terkejut mendengar Raiq menjerit memanggil nama Ainna seraya menoleh ke tempat yang ditunjukkan oleh Raiq. Ainna segera berjalan menghampiri Fikry dan Raiq sambil menghela nafas yang tercungap-cungap akibat berjalan terlalu laju. Raiq yang masih di dukungan Fikry juga tidak segan menghulurkan tangan pada Ainna tanda minta untuk didukung oleh wanita itu. Fikry melarang,

               “Raiq. Tyna penat lagi tu. Biar Tyna duduk dulu okey. Raiq teman Tyna duduk, boleh?” tanya Fikry sambil meletakkan Raiq di atas kerusi berhampiran mereka.

Ainna hanya tersenyum sebelum ikut duduk di sebelah Raiq. Dia mencium dahi Raiq sebelum mendongakkan kepala memandang Fikry,

               “Dah buat check-up ke?” tanya Ainna sambil tangan kanannya memeluk Raiq dan tangan kirinya mengelus lengan si kecil.

               “Belum. Tak sempat la. Saya tunggu pak cik yang saya langgar tu. Dia kena buat check-up jantung,” ujar Fikry sambil menunjukkan ke arah sebuah bilik yang ada di depan mereka.

               “Kalau macam tu biar saya la bawak Raiq. Awak tunggu sini,” pelawa Ainna. Tulang budak masih belum kuat dan risau jika ada kecederaan lain yang belum rasa sakit lagi. Sebaiknya diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga.

               “Takpe ke? Tak menyusahkan?” tanya Fikry dengan muka bersalah. Ainna meninggalkan kerjanya dan menawarkan diri untuk menjenguk Raiq pun sudah cukup bersyukur. Inikan pula ingin mengurus anaknya berjumpa doktor. Rasa segan untuk menyusahkan gadis itu.

               “Takpe lah! Dah alang-alang saya datang nak tengok Raiq, saya urus je lah dia terus,” jawab Ainna. Dia hanya niat untuk membantu Yana, kesian mendengar suara Yana yang jelas risau akan keadaan dua lelaki di hadapannya itu. Mungkin jika dia membantu Fikry, Yana akan lebih tenang di kampung. Betul ke sebab Yana? Dia sendiri tidak yakin.

Fikry mengangguk sambil menunjukkan senyuman manisnya kepada Ainna. Dia menghantar Ainna dan Raiq ke kawasan klinik kanak-kanak sebelum kembali ke tempat lelaki tadi. Setelah lama menunggu, lelaki yang dilanggarnya tadi keluar dan mendekati Fikry,

               “Nak.. mana anaknya?” tanya lelaki tua itu seraya duduk di sebelah Fikry.

               “Ohh! Tu ada pak cik tengah buat check-up kat klinik kanak-kanak. Pak cik macamana? Doktor kata apa?” tanya Fikry sambil mengusap belakang lelaki itu.

               “Alhamdulillah pak cik okay. Susahkan anak je terpaksa bawa pak cik ke sini. Habis ganggu kerja kamu ya,” kata lelaki yang memakai kain pelikat itu.

               “Tak pe pakcik. Dah memang salah saya. Kita tunggu anak saya sekejap boleh pak cik? Nanti saya hantar pak cik balik. Pasal basikal pak cik pun saya dah suruh orang settlekan,” ujar Fikry sambil tersenyum nipis.

               “Eh kamu nak hantar pak cik ke? Kerja kamu macam mana?” tanya lelaki itu dengan riak wajah serba salah.

               “Saya dah ambik cuti dah. Jadi boleh lah hantar pakcik nanti.”

Lelaki itu hanya mengangguk. Mereka kemudiannya berbual kosong sambil menunggu kedatangan Ainna dan Raiq. Setelah agak lama menunggu, akhirnya Ainna datang menghampiri mereka sambil memimpin Raiq. Fikry tersenyum melihat Raiq yang sedikit ceria berbanding tadi.

               “How?” tanya Fikry sambil memandang Ainna. Raiq pula masih erat memegang tangan gadis itu. Terlihat seperti rapat sungguh antara keduanya.

               “Alhamdulillah takde ape. Cuma lebam sikit di dahi tu,” jawab Ainna sambil menunjukkan lebam di dahi Raiq sebelum mengukir senyuman pada lelaki yang ada disebelah Fikry.

               “Mesti sebab tersembam tadi la ni. Sayang sakit tak?” tanya Fikry sambil matanya memandang ke arah Raiq.

Raiq hanya menjawab dengan gelengan.

Fikry yang baru sedar yang dia belum memperkenalkan Ainna dengan lelaki itu, segera bersuara,

               “Ahh! Pak cik lupa pula. Ni Ainna. Ainna ni Pak Cik Kamal,” ujar Fikry sambil menunjukkan ke arah lelaki itu.

Ainna tersenyum dan bertanya tentang pemeriksaan tadi. Mereka kemudiannya berjalan menuju ke kereta Fikry yang tidak jauh dari pintu masuk hospital itu. Ainna yang awalnya menolak untuk dihantar oleh Fikry namun melihat Raiq yang tidak ingin melepaskan tangannya dan juga pelawaan Fikry yang berkali-kali, dia akhirnya mengalah. Ainna dan Raiq masuk ke tempat duduk belakang manakala Pak Cik Kamal duduk di sebelah pemandu.

Sepanjang perjalanan, Ainna hanya diam dan hanya mendengar perbualan antara Fikry dan Pak Cik Kamal. Sesekali dia bersuara untuk memujuk Raiq yang merengek apabila tersedar dari tidur. Perjalanan dari hospital ke rumah Pak Cik Kamal itu hanya mengambil masa 20 minit namun dirasa terlalu lama oleh Ainna. Mungkin kerana canggung berada dalam satu kenderaan dengan Fikry walaupun dia di tempat duduk belakang. Setelah menghantar Pak Cik Kamal, Fikry meminta diri untuk segera pulang, kesian melihat Raiq yang keletihan. Fikry kemudiannya memaklumkan kepada Ainna yang dia akan menghantar Ainna pulang ke rumah, Ainna hanya mengangguk perlahan. Tidak berminat untuk berbual panjang lebar.

 

PUAN ROZITA berjalan menghampiri suaminya yang sedang asyik menonton televisyen.

               “Bang.. Jauh termenung,” tegur Puan Rozita sekadar untuk memulakan bicara.

               “Menung apanya. Saya tengok berita,” ujar Encik Sharif menutup serabut di kepalanya.

Puan Rozita mengukirkan senyuman manis. Dia sudah kenal betul dengan perangai suaminya, kalau riak muka yang ditunjukkan keruh begitu, pasti ada masalah berkaitan dengan Wildan, satu-satunya anak yang susah mendengar kata.

               “Apa pulak yang anak abang buat kali ni?”

               “Hmm entahlah! Masih dengan benda yang sama,” jawab Encik Sharif sambil menghela nafas berat. Bingung sungguh dia dengan Wildan, sudah ada kerja dan harta keluarga sendiri, masih juga nak ambil jalan susah. Memang sejak dari zaman belajar lagi, dia dan Wildan tidak pernah sekepala. Ada saja anaknya ingin melawan kata-kata dia.

               “Cuba abang suruh Ainna bercakap dengan Wildan. Mana lah tahu dia boleh pujuk Wildan,” cadang Puan Rozita yang memang tahu kedekatan antara dua anaknya itu. Wildan dan Ainna memang jarang berkongsi cerita dengan dia dan suaminya berbeza dengan anaknya yang sulung, Wafiq. Kedua anaknya itu juga sering meluangkan masa bersama sedangkan Wafiq sibuk menguruskan perniagaan keluarga mereka. Mungkin kerana itulah, Ainna dan Wildan dekat antara satu sama lain. Tambahan pula, umur Ainna dan Wildan tidak terlalu jauh.

               “Saya ni dah banyak kali suruh Ainna bercakap dengan abangnya tu, takde ape perubahan juga! Entah dia bagitau ke tidak.”

               “Nanti lah saya cuba bagitau Ainna sendiri,” ujar Puan Rozita dengan niat untuk mengurangkan kekusutan suaminya.

               “Abang. Saya nak tanya pendapat abang ni.”

               “Apa?” tanya Encik Sharif sambil membetulkan kedudukan menghadap isterinya.

               “Abang ingat kan Yana, anak sulung Faridah tu,” tanya Puan Rozita dengan riak wajah yang teruja.

               “Haa kenapa dengan dia?” bingung Encik Sharif dengan tingkah laku isterinya itu.

               “Saya suka la bang tengok dia. Sudahlah budaknya baik, lemah lembut, pandai bercakap dengan orang tua pulak tu. Saya teringin la dia jadi menantu kita. Lagipun kita dah kenal orang tua dia, senang sikit berbesan dengan kawan sendiri,” jelas Puan Rozita panjang.

Encik Sharif melepaskan tawanya,

               “Puan Rozita oi… Awak nak jodohkan dia dengan anak awak yang mana? Wafiq kan dah ada calon.”

               “Ish! Abang ni! Sape kata saya nak jodohkan dengan Wafiq. Saya nak jodohkan dia dengan Wildan,” jawab Puan Rozita dengan senyuman nipis.

               “Hah?! Wildan?! Ish! Awak ni. Yana tu kan lagi tua dari Wildan, dia sebaya dengan Wafiq kan. Tambah pulak kerja Wildan macam tu, awak rasa dia nak ke dengan anak awak yang gaji pun tak seberapa tu?” tanya Encik Sharif yang masih dengan fikiran yang kerja sebagai jurugambar itu tidak ada masa depan.

               “Alaa abang ni! Beza umur Yana dengan Wildan tu dua tahun je pun. Bukannya jauh sangat. Yang tu nanti la saya tanya Idah dulu,” kata Puan Rozita yang masih mengimpikan untuk berbesan dengan sahabat karibnya.

               “Ikut suka awak lah Ita.”

Puan Rozita mula mengatur strategi untuk menyampaikan hasratnya kepada Puan Faridah. Dia agak yakin yang wanita itu pasti bersetuju memandangkan mereka memang berharap untuk jadi besan.

 

FIKRY yang ketika itu sedang membuka bungkusan makanan, segera masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Raiq yang menangis. Disebabkan dia ambil cuti, dia sudah melarang bibik yang biasanya datang membersihkan rumah dan menyiapkan keperluan Raiq datang ke rumah. Jadi, dia lah yang terpaksa menguruskan semuanya.

               “Raiq.. Sayang papa. Papa ada sini, Raiq nak apa? Nak makan?” tanya Fikry sambil mengelus lembut kepala anak lelakinya itu.

               “Raiq nak Tyna, papa. Mana Tyna?” tanya Raiq seraya duduk di atas riba papanya. Fikry mengeluh perlahan.

“Tyna kerja sayang. Dia tak boleh la nak teman Raiq kat sini. Kita makan dulu eh, nanti papa bawak Raiq jalan-jalan. Okay?” tanya Fikry dengan nada memujuk.

               “Taknak. Raiq nak Tyna. Raiq nak main dengan Tyna.”

Inilah susah bila Raiq sudah dekat dengan seseorang. Pujukan Fikry pun tidak diendahkan oleh si kecil itu.

               “Macamni, sekarang kita makan dulu, lepastu papa bawak Raiq jalan-jalan. Nanti esok papa bawak Raiq jumpa Tyna okay? Harini tak boleh la, Tyna ada kerja. Okay, sayang?”

               “Tyna kerja kat mana? Kita pergi la office dia. Please papa,” kata Raiq dengan riak muka yang kesian.

               “Tak boleh la macam tu Raiq. Tyna kerja. Mana boleh kacau dia, nanti Tyna kena marah dengan bos dia, macamana?” ujar Fikry dengan harapan boleh memujuk anaknya.

               “hmm! Okaylah! Tapi kalau Raiq nak cakap dengan Tyna boleh?”

               “Okay nanti papa tanya Tyna kejap, lepastu kita makan okay?” ujar Fikry sebelum mengambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan kepada Ainna. Risau sekiranya dia dan Raiq mengganggu masa rehat gadis itu. Sudahlah mereka baru sahaja sampai ke rumah masing-masing selepas menguruskan kes kemalangan tadi, ni terpaksa melayan Raiq pula. Selepas beberapa saat pesanannya menunjukkan warna biru, tanda sudah dibaca oleh Ainna, telefon bimbit Fikry berdering.

               “Assalamualaikum,” ujar Fikry selepas mengangkat panggilan tersebut sambil menekan simbol pembesar suara.

               “Waalaikumussalam. Raiq okay ke?” tanya Ainna dengan nada risau. Sejujurnya dia malas nak bercakap dengan Fikry. Dia menelefon pun kerana risau membaca pesanan Fikry yang si kecil itu meragam. Waktu Fikry menurunkan dia di rumahnya tadi, Raiq masih tidur lena. Mungkin Raiq terkejut Ainna tidak ada bersamanya ketika bangun.

               “Hai Tyna.. Ni Raiq! Tyna tengah buat apa?” tanya Raiq dengan suara yang teruja. Gembira sungguh dia boleh bercakap dengan Ainna.

               “Tyna tengah nak masak ni. Raiq okay? Ada sakit mana-mana ke?” tanya Ainna yang sedang sibuk menyediakan bahan masakan. Risau tidak sempat makan malam tidak sempat siap sebelum rakan-rakan serumahnya pulang. Selalunya mereka akan makan di luar atau bungkus sahaja, tapi memandangkan dia cuti jadi dia sudah menyuruh teman serumahnya supaya terus balik dan makan masakannya. Itu sebab dia sedikit kalut namun berusaha menyempatkan waktunya untuk Raiq.

               “Aikk. Papa kata Tyna kerja,” tanya Raiq sambil memandang papanya yang sedang menuangkan air di dapur.

               “Ohh! Tadi Tyna kerja lah. Sekarang Tyna dah balik,” bohong Ainna. Dia tahu Fikry berkata begitu kepada Raiq supaya anak kecil itu tidak mengganggu Ainna. Padahal dia sedikit pun tidak rasa terganggu dengan kehadiran Raiq, malah dia merasa gembira.

Raiq mengangguk perlahan dan mengajak Ainna untuk berjumpa. Namun Ainna menolak ajakannya dan memujuk untuk berjumpa di lain hari. Setelah lama memujuk, Raiq akhirnya bersetuju dengan syarat Ainna harus menemaninya makan melalui perbualan di telefon. Fikry yang mendengar permintaan anaknya hanya menggeleng kepala perlahan. Dia kembali teringat perbualannya dengan Pak Cik Kamal sewaktu dia menghantar lelaki itu ke rumahnya.

               “Baliklah nak. Kesian pak cik tengok anak dan isteri kamu tu. Nampak dua dua penat,” ujar lelaki itu sambil menunjukkan ke arah kereta.

               “Eh! Ainna tu bukan isteri saya pak cik.” Jawab Fikry yang menidakkan perbicaraan lelaki itu.

               “Laaa, yeke? Pak cik ingat dia isteri kamu. Rapat betul dia dengan anak kamu, ya? Pak cik boleh Nampak yang dia sayang dengan anak kamu, ikhlas,” ujar lelaki itu sambil tersenyum manis.

Fikry yang mendengar hanya mengiyakan di dalam hati. Jujur dia sendiri kagum dengan layanan Ainna terhadap Raiq. Walaupun Ainna dan Raiq hanya berjumpa beberapa kali namun gadis itu sudah mampu mengambil hati anaknya, malah sudah menjadi sedekat itu. Berbeza dengan teman wanitanya.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23