BAB 3

 

Fikry berjalan laju menuju ke sebuah restoran yang telah dijanjikan bersama dengan salah seorang clientnya. Nasib baik dia parkir keretanya berdekatan dengan restoran tersebut. Jadi tidaklah terlalu kalut. Dia terlalu leka membeli sampai lupa untuk melihat jam. Sedar-sedar saja dia sudah terlewat 5 minit. Mungkin bagi orang lain 5 minit itu satu masa yang singkat tapi bagi orang yang berkerjaya seperti clientnya, pasti 5 minit itu terlalu berharga. Risau pula sekiranya dia dianggap tidak berdisiplin dan tidak menghargai masa.

Fikry berjalan ke arah sebuah meja setelah melihat client yang dia berjanji sudah ada di tempat duduk itu.

               “Encik Wildan?” tanya Fikry sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang duduk sambil memegang telefon bimbitnya. Fikry berusaha bertenang dan menarik nafas perlahan lahan. Nampak sangat dia seorang yang tidak professional dalam bekerja.

               “Yes, I am. And you are Fikry, right?” tanya Wildan sambil tersenyum melihat Fikry yang sedang berusaha untuk terlihat tenang.

               “Yaaa. Oh my God, sorry encik. Saya lambat sikit,” ujar Fikry sebelum duduk di kerusi berhadapan dengan Wildan.

               “It’s okay. Don’t worry, take your time. Takyah nak formal sangat. Panggil je aku Wildan. No need to berencik-encik bagai,” ujar Wildan sebagai tanda untuk menunjukkan yang dia ingin kelihatan lebih dekat dengan Fikry.

               “Hehe.. Okay glad to hear that, so can we start now?” tanya Fikry selepas melepaskan nafas lega dan mengukir senyuman nipis.

               “Yaa my pleasure.”

Ainna masuk ke restoran yang ditunjukkan oleh abangnya tadi. Dia mencari bayangan abangnya dan berniat untuk duduk di meja yang berdekatan. Ainna terkejut melihat lelaki yang ada di hadapan Wildan, ‘dunia ni betul betul kecik la. Haritu aku tahu kak Yana tu anak Cik Dah, ni dia kenal dengan abang aku pulak,’ cetus hati kecil Ainna sebelum melabuhkan duduk di meja yang ada di depan pintu masuk restoran itu.

Selesai memesan minuman, Ainna hanya duduk dan melihat sosial medianya sahaja sepanjang menunggu abangnya siap meeting. Sesekali dia mengerling ke arah dua lelaki itu dan ketika matanya bertatapan dengan mata Fikry, Fikry mengukir senyuman tipis. ‘Mamat ni dah kenapa? Dia ingat aku usha dia ke? Hello aku tengok abang aku lah! Sebab kau lah aku kena duk sini. Ergh!!’ bisik hatinya sebelum matanya kembali menatap laman Instagram di telefonnya.

Hampir dua jam dia di sana, akhirnya Wildan selesai meeting dan meminta Ainna untuk ke kereta terlebih dahulu. Ainna yang tidak berani berjalan ke kereta seorang diri memandangkan kawasan itu sedikit sunyi dan gelap, menunggu Wildan di hadapan restoran sambil tangannya masih leka dengan telefon bimbit. Kedengaran suara yang seakan tidak asing di sebelahnya.

               “Hai Cik Ainna. Dari tadi saya tengok awak kat sini? Tunggu sape?” tanya Fikry sambil tangannya membetulkan kedudukan kamera yang ada di dalam begnya.

‘Mamat ni lagi, nak apa lah dia ni. Bukannya kenal pon, buat buat tak nampak sudahlah!’ getus hati kecil Ainna. Sejujurnya dia rasa kekok dan sedikit menyampah dengan perwatakan Fikry yang seakan terlalu peramah dengan dia.

               “Haah tengah tunggu orang,” jawabnya dengan riak bersahaja. Matanya hanya mengerling sekilas memandang Fikry.

               “Ohh tunggu saya ke?” tanya Fikry dengan niat mengusik. Bukannya dia tak perasan gadis itu dari tadi asyik memerhatikannya. ‘Kalau betul nak tengok pon, itu dah macam keterlaluan. Tak cover langsung! Dah lah duduk dan hanya minum saja di restoran itu, macam tiada hala tuju hidup dah’ getus hati kecil Fikry. Dia masih tertanya-tanya sebab Ainna asyik memandang ke arahnya sejak dari tadi. 

               “HAHAHA Encik Fikry ni kelakarlah,” ujar Ainna dengan muka selamba.

Baru Fikry ingin menjawab, kedengaran suara Wildan menegurnya,

               “Ehhh! Fikry belum balik?”

               “Wildan.. dah nak balik dah ni,” jawabnya sambil tersenyum nipis.

               “Ohh okaylah aku pun dah nak blah. Pergi dulu eh. Jom Ainna,” ujar Wildan sambil tersenyum dan mengarahkan tangan supaya adiknya berjalan terlebih dulu.

‘What?? So?! Wildan and Ainna? Malunya aku!!! Aku ingat dia duk pandang aku dari tadi. Dia tengok pakwe dia rupanya. Jatuhkan air muka sendiri la kau, Fikry!’ desis hati kecilnya yang malu sendiri seraya berjalan menuju ke keretanya.

 

HANI berjalan laju dari dapur ke ruang tamu selepas mendengar pintu pagar dibuka dengan kuat. Jam menunjukkan hampir pukul 12. Sudahlah dia penakut, duduk seorang diri pula di rumah. Rasa takutnya hilang bila melihat Ainna yang membuka pintu rumah.

               “Assalamualaikum, ahli syurga,” ujar Ainna seraya duduk di atas sofa dekat dengan pintu rumah.

               “Waalaikumussalam. Kau ni terkejut aku. Kata nak balik esok?” tanya Hani sambil duduk di sebelah Ainna sambil memegang gelas berisi air suam.

Ainna segera mengambil gelas di tangan Hani dan meneguknya rakus sebelum mengembalikan gelas itu kepada Hani. Dahaganya sedikit hilang. Hani menggeleng perlahan. Sudah faham benar dengan perangai sahabatnya itu.

               “Angah aku ada hal. Tu aku balik awal.”

               “Ohh ni Mimi dengan Laila takde tau! Dorang tidur rumah kawan dia,” ujar Hani sambil berjalan menuju ke dapur.

               “Hani, sini jap, aku nak tanya something.”

               “Apa dia?” tanya Hani sambil menyandar di dinding berhadapan dengan Ainna.

               “Adi ada kat mana eh sekarang?”

               “Adi? Aku pun tak tahu. Last aku tengok story dia minggu lepas, dia balik kampung,” jawab Hani dengan riak hairan. Jarang Ainna bertanya tentang lelaki itu. Selalunya kalau dia dan rakan-rakan yang lain bercerita tentang Adi, mesti Ainna berusaha untuk melarikan diri dan mengubah topik.

               “Ohh.. Okaylah aku nak masuk tidur dulu la. Penat!” jawab Ainna sebelum berlalu ke biliknya, meninggalkan Hani yang kebingungan.

Ainna merebahkan tubuhnya di katil selepas selesai membersihkan badan dan mencuci muka. Kemudian mengambil telefon bimbitnya buat memaklumkan pada ibu dan babanya yang dia sudah sampai. Fikirannya kemudian melayang teringatkan beberapa peristiwa yang lalu. Beberapa minit kemudian, dia tertidur.

 

YANA sudah membuat janji dengan Ainna untuk berjumpa di pasaraya terdekat. Sementara dia masih ada di Kuala Lumpur dan Ainna juga masih dalam tempoh bercuti. Yana memimpin Raiq dan berjalan menuju ke kafe Secret Recipe, tempat yang telah dijanjikan bersama Ainna. Ainna melambai ke arah Yana yang baru sahaja membuka pintu kafe sambil tersenyum manis.

Yana hanya mengangguk dan berjalan menghampiri Ainna.

               “Ainna.. Sorry akak lambat. Ni si kecik ni haa banyak celoteh pulak,” kata Yana dengan riak bersalah. Dia sedar yang dia sudah terlambat 15 minit kerana melayan kerenah Raiq dan juga menunggu grabcar tiba.

               “Eh takpe kak. Kalau akak takde, Raiq duduk dengan sape kak?” tanya Ainna sambil matanya memandang si kecil yang leka bermain dengan permainan robot yang disediakan di atas meja makan tersebut.

               “Eh Fikry hantar dia pegi taska. Rumah dia pun ada bibik. Ni sebab akak ada tu yang banyak ponteng. Ainna belum order ke?” tanya Yana selepas sedar yang meja yang mereka duduk itu masih kosong.

               “Belum, tunggu akak la,” ujar Ainna sebelum memanggil pelayan lelaki yang ada di sekitar itu.

Mereka keluar dari kafe setelah hampir sejam bertapa di sana dan berjalan menuju ke sebuah kedai pakaian kanak-kanak untuk memujuk Raiq yang mulai bosan dengan aktiviti mereka. Maklumlah sudah beberapa tahun mereka lost contact dan hanya berbual melalui aplikasi whatsapp sahaja, pastinya tidak mampu untuk merubat rindu antara mereka berdua.

Yana meninggalkan Raiq bersama Ainna untuk ke tandas. Ainna yang sibuk melayan Raiq memilih baju, ditegur oleh dua orang wanita yang tidak dikenalinya.

               “Sorry? You ni siapa ya?” tanya wanita yang memakai gaun paras lutut berwarna merah.

Ainna yang kebingungan hanya tercengang memandang mereka.

               “Hei! Orang tanya tu tak reti nak jawab ke? Takde mulut? Ke pekak?” ujar seorang lagi wanita yang tidak kurang seksinya.

‘Ni kenapa pulak dua minah ni?! Aku tak kenal dorang pon. Tiba-tiba datang sergah,’ bisik hati kecil Ainna yang mulai bengang dengan mulut laser wanita di hadapannya itu.

               “Assalamualaikum cik-cik ni nak apa? Ada masalah apa ya kalau saya boleh tahu?” tanya Ainna sebelum matanya memandang Raiq yang memegang erat tangannya.

               “Ohh orang kampong! Patutlah tak kenal I yang vogue ni! Kenalkan, I Amira, model terkenal satu Malaysia ni. Semua orang kenal I,” jawab wanita bergaun merah itu sambil membuka kacamata hitamnya.

‘Amboii! Mata pon pakai mascara 20 lapis, ada hati nak mengaku paling vogue. Tu bedak entah entah 50 lapis. Ergh!!’ bisik hati Ainna sebelum dia mendengus nafas perlahan.

               “Macam ni la Puan Amira, model ke pelakon terkenal ke, saya tak kenal dan saya tak tahu pun siapa Puan. Jadi please,” jawab Ainna sambil menunjukkan gerakan tangan supaya dua wanita itu beredar dari situ.

               “Oh My God!! Who is this girl? So annoying! How can she doesn’t know me?” ujarnya perlahan namun masih boleh didengar oleh Ainna.

Amira mendengus agak kuat,

               “I nak tahu you ni siapa dengan Raiq? Kenapa you boleh ada dengan Raiq?” tanya Amira sambil memandang Raiq yang seolah-olah sudah dekat dengan wanita itu.

               “Haaa kalau dari tadi tanya macam tu kan senang! Banyak pulak cekadak dia nak intro intro bagai. Saya kawan kak Yana,” jawab Ainna tanpa memandang kedua wanita itu. Ainna malas nak ambil tahu hubungan wanita sombong itu dengan Raiq ataupun keluarga kak Yana. Lagipun itu bukan masalah Ainna.

Amira mencebik, “Ohh! Kawan Yana. Patutlah……”

               “Patutlah apa?” kedengaran suara Yana dari sisi kanan Amira.

Amira terkejut dan terdiam seribu Bahasa. Nasib baik dia belum cakap apa-apa.

               “Eh! Takde apa la kak. Akak dah lama sampai?” tanya Amira sambil mengukir senyuman palsunya kepada Yana.

               “Taklah! Baru je. Mira takde shoot harini?” tanya Yana sebelum matanya memandang Ainna yang sibuk mencari pakaian untuk Raiq.

               “Takde la kak harini. Tu yang keluar shopping. Hilangkan penat, duk rumah pon bosan,” jawab Amira sambil mengerling sekilas kea rah Ainna.

               “Ohh tak gi tempat Fikry ke? Katanya ramai model harini. Akak risau dia jatuh dengan orang lain je,” ucap Yana dengan selamba. Memang sengaja dia nak mengenakan gadis itu. Biar tak senang duduk Amira nak membeli belah di pasaraya itu.

Amira dengan riak terkejut menjawab, “Fikry takde cakap apa pun dengan Mira. Mungkin busy sangat la tu. Takpe lah Mira pon tak nak ganggu dia,” jawab Amira sebelum meminta izin untuk beredar dari situ.

Ainna segera pulang selepas menghantar Yana dan Raiq ke rumah Fikry. Penat betul dia melayan Yana dan Raiq membeli belah seharian. Tambahan pula perjalanan rumah Fikry ke rumahnya mengambil masa hampir sejam. Tapi memang dia sendiri yang ikhlas menawarkan diri untuk menghantar Yana. Tak sampai hati pula melihat wanita itu naik grab dengan budak kecil dan barang-barang yang agak banyak. Dia membaringkan tubuh di atas katil beserta keluhan yang agak berat. Teringat tentang Amira, Ainna melepaskan ketawa kecil, ‘aku ingat adik kak Yana je pelik. Awek dia lagi pelik. Memang sesuai la dua tu,’ bisik Ainna.

 

FIKRY yang baru sahaja membuka pintu rumah, disambut dengan senyuman manis dari anaknya. Terserlah wajah bahagia anak terunanya.

               “Haii anak papa ni. Happy semacam je. Ada pape?” tanya Fikry sambil tangannya mengusap lembut kepala Raiq.

               “Happy la! Harini Raiq jumpa Tyna. Dia baik lepastu beli baju dengan toys untuk Raiq!” ujar Raiq kegirangan sambil menunjukkan permainan yang ada di atas meja.

Fikry tersenyum nipis. Sudah lama dia tak tengok anaknya bercerita dengannya. Sejak balik dari kampong, Raiq lebih banyak menghabiskan masa dengan Yana dan dia pula asyik sibuk dengan kerjanya saja. Dia sedar yang Raiq banyak terabai seminggu dua itu namun dia tak boleh nak menolak kerja. Kerja sebagai jurugambar memang susah diteka. Kadang banyak, kadang sikit dan kadang takde kerja langsung. Sebab itulah dia terpaksa mengorbankan masanya untuk Raiq.

               “Iya? Okay mana mainan Raiq? Papa nak tengok Raiq beli apa boleh?” ujarnya sambil matanya melihat ke longgokan mainan milik Raiq. Sengaja untuk menunjukkan yang dia tertarik dengan cerita anaknya.

Fikry yang sedang sibuk melayan anaknya bermain mendongak ketika mendengar bunyi pintu bilik yang dibuka. Terlihat Yana yang memakai baju kelawar hijau berjalan menuju ke sofa bersebelahan dengan tempat mereka bermain.

               “Ada apa-apa kau nak tanya? Nak cakap ke?” ujar Yana kepada Fikry.

Fikry tersenyum nipis. Dia sudah boleh agak apa yang akan ditanya oleh kakaknya bila menunjukkan wajah kelat begitu.

               “Aku kena tanya ke kau kena cerita? Bagi aku, aku percayakan kau lah! Aku tahu perangai Mira tu macamana dan mesti ada sebab apa yang kau buat,” ujar Fikry dengan riak selamba namun tangannya masih melayan rentak Raiq.

               “Apa yang dia cerita?” tanya Yana sambil mengerling ke arah Fikry. Dia sudah khatam dengan perangai Amira yang kaki mengadu. Kadang benda kecil pun dibesar-besarkan. Sengaja untuk menarik perhatian adiknya saja.

               “Tak kisahlah dia cerita apa. Kau keluar dengan Ainna ke tadi?” jawab Fikry yang tidak mahu isu itu berlanjutan antara Yana dan Amira.

Yana mendengus perlahan. Memang itu saja la yang adiknya berani buat. Lari dari keadaan.

               “Ye. Ingat lagi kau dengan nama dia eh?” ujar Yana sekadar mengusik.

               “Apanya.. Tadi Raiq sebut Tyna Tyna tu yang aku tahu,” Jawab Fikry sengaja menyembunyikan keterlanjuran katanya.

               “Raiq kata Tyna. Bukan Ainna,” kata Yana sambil bibirnya mengukir senyuman dan jarinya mencuit bahu adik lelakinya itu.

               “Apa kau ni! Dahlah! Nak mandi la panas. Raiq main dulu eh papa nak mandi,” ujarnya sebelum bangun menuju ke bilik.

               “Panas hati la tu,” jerit Yana dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

‘Ikyy.. Ikyy.. Kalau dengan Ainna takde nya aku nak meroyan macam ni. Tenang hidup aku dengan mama kalau Raiq dapat ibu macam Ainna,’ bisik hati kecilnya sendiri.

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23