BAB 2

 

Ainna mendengus perlahan memandang telefon bimbit yang tidak henti bordering dari tadi. Bingung dia dengan perangai kekasih abangnya yang terlalu posesif itu. ‘Kalau boleh setiap minit kot nak dengar suara along. Annoying betolla perempuan ni,’ dengus hati kecil Ainna.

               “Along!! Telefon kau bunyi ni! Bingit la dari tadi tak henti henti!” jerit Ainna dengan nada sedikit kesal.

               “Kau tak boleh tolong jawabkan ke?!” jerit abang sulungnya, Wafiq yang baru naik dari dapur dengan tuala di leher. Wafiq bukannya sengaja tidak menghiraukan panggilan itu, tapi dia baru sahaja selesai mandi.

               “Malas aku nak bercakap dengan awek psiko kau tu,” jawab Ainna seraya bangun dan berjalan laju menuju ke biliknya. Risau ditengking Wafiq.

Wafiq hanya menggeleng melihat tingkah laku adiknya. Memang dia tahu yang adik-adiknya tidak terlalu menyokong hubungannya dan Sheila. Walaupun semua menentang, selagi dia boleh bertahan dia cuba. Sampai bila boleh bertahan itu yang dia sendiri tidak tahu.

Wafiq segera menelefon kekasihnya untuk memberi khabar sambil berjalan menuju ke beranda rumah. Usai mematikan panggilan, dia perasan ada seseorang yang berdiri di hadapan pagar rumahnya dengan gerak geri yang mencurigakan. ‘Sape pulak mamat ni? Datang rumah orang malam malam buta ni.’ Bisik hati kecilnya sambil matanya masih fokus pada gerangan tersebut.

Ainna yang baru keluar dari bilik untuk ke dapur berasa hairan melihat tingkah laku abangnya segera menghampiri Wafiq.

               “Kau tengok apa, long?” tanya dia dengan nada perlahan tapi telah mengejutkan Wafiq.

               “Eh!!! Kau ni!! Terkejut aku! Weh, dik cuba kau tengok kat pagar tu, nampak tak apa yang aku nampak?” Tanya Wafiq dengan nada serius.

               “Kau ni tak payah la nak takutkan aku. Kau cakap gitu, ingat aku takut ke? Hello!! Ni Ainna Wardina la semua horror movie aku dah khatam,” jawab Ainna dengan suara yang agak kuat. Dia berfikir Wafiq hanya ingin bergurau dengan dia saja.

Wafiq menolak lembut kepala Ainna, “otak kau! Cuba la tengok dulu!” tegas Wafiq dengan mata yang masih memerhati lelaki itu.

Ainna segera menoleh ke arah pintu pagar rumahnya dan terlihat seorang lelaki memakai cap dan berbaju hitam sedang mengintip suasana dalam rumah.

               “Eh!! Ye lah long! Apa dia buat? Ke kau ada jual benda haram?” tanya Ainna niat untuk bergurau.

Wafiq menjeling memandang adiknya, “kau boleh serius kejap tak?” geram betul Wafiq dengan perangai adiknya itu.

Ainna tersenyum nipis dengan riak bersalah. Dia lihat lelaki itu masih berdiri di hadapan rumah mereka. Nasib baik beranda yang mereka berdiri itu sedikit tersembunyi dari pagar rumah. Mungkin lelaki itu tidak perasan kehadiran mereka.

               “Long, cuba kau gi jumpa dia. Mana lah tahu dia ada hal dengan baba ke?” usul Ainna supaya Wafiq turun untuk menemui lelaki itu. Takkan sampai tengah malam dia nak tengok je lelaki itu mengintip rumahnya.

               “Haaaa ye jugak! Kau tunggu sini! Jangan turun dan jangan sampai dia nampak kau,” tegas Wafiq sambil kakinya berjalan menuju ke tangga untuk turun ke bawah.

Ainna hanya mengangguk sambil matanya masih memerhati ke ara pagar rumah itu. Namun, beberapa saat kemudian, lelaki itu bergegas pergi dari pagar rumahnya.

‘Kenapa dengan mamat ni? Apa dia nak? Ke dia ni…. Ishh!! Tak mungkinlah! Takkanlah dia tahu rumah aku’ bisik hati kecil Ainna yang tiba tiba teringat tentang seseorang dari masa lalunya.

                “Dia dah blah la. Mesti dia dengar aku nak bukak pintu tadi. Aku pelikla, dia nak apa? Kalau betul nak jumpa baba, kenapa nak mengintip macam pencuri?” Wafiq memandang Ainna setelah beberapa saat bicaranya tidak disahut oleh gadis itu.

               “Weh!! Kau dengar aku tak?” tegur Wafiq dengan sedikit keras.

               “Haaa! Aaaaa dengar la! Mana lah aku tahu! Ish dah la aku nak pergi dapur,” jawab Ainna untuk menutup kegusaran hatinya lalu melangkah turun ke bawah.

Wafiq bingung melihat tingkah laku adiknya namun dia membiarkan kebingungan itu berlalu. Dia masih teringat akan lelaki tadi dan tertanya tanya tentang sebab lelaki itu datang ke rumahnya.

 

FIKRY menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju ke jalan raya. Tubuhnya terasa sangat letih dengan photoshoot sepanjang hari itu.

‘Baru model part time dah kecoh macam retis! Tolonglah!’ dengus hati kecilnya bila teringat perangai model dari Indonesia itu.

Kringg!! Kringg!! Kedengaran telefon bimbitnya berdering.

               “You.. You kat mana? Dah habis ke shoot?” kedengaran suara gedik si pemanggil.

               “Baru habis. Ni I nak balik jumpa Raiq. Dia dah merengek dah dua tiga hari ni I asyik busy je”

               “Alaaaa jomla lepak kejap. Kita dah lama tak dating. Pleaseeeeee,” pujuk Amira.

               “Tapi I dah janji dengan Raiq,” jawab Fikry dengan nada lembut. Risau Amira akan merajuk nanti.

               “Raiq tu bukan lari mana pon! Duduk rumah you jugak. Jomla. Esok I dah start busy,” pujuk Amira sekali lagi dengan manja.

               “Hmmm okayla. Tapi kejap je tau!” jawab Fikry dengan nada pasrah. Fikry mematikan panggilan. Dia risau Raiq akan merajuk tapi masa dia dan Amira juga terlalu singkat memandangkan keduanya dalam satu industri yang sama.

 

               “RAIQ kenapa tak tidur lagi ni? Dah pukul 10 dah,” tanya Yana sambil tangannya mengelus pipi Raiq dengan lembut.

               “Raiq tunggu papa. Petang tadi papa kata dia balik awal. Tapi kenapa tak sampai lagi? Office papa jauh ke mak long?” tanya Raiq dengan mata mengantuk.

               “Jalan jammed kot Raiq. Raiq tidur la dulu, nanti papa sampai Raiq masuk tidur dengan papa ya. Okay, sayang?” tanya Yana dengan niat untuk memujuk. Kesian sungguh dia melihat keadaan anak buahnya itu. Ni nasib baik kebetulan dia berkunjung ke rumah Fikry, kalau tidak memang Raiq tinggal dengan bibik saja la sampai ke tengah malam.

               “Okay, tapi Raiq nak cakap dengan papa kejap.”

Yana menelefon Fikry dan membiarkan Raiq bercakap dengan papanya.

“Hello sayang! Sayang dah makan?”

               “Dah!! Tadi Raiq makan dengan mak long. Papa kat mana? Papa belum balik habis work lagi?” tanya Raiq dengan nada manja.

               “Emm papa ada hal kejap la sayang! Nanti papa balik eh?” ujar Fikry dengan nada lembut.

               “Hal apa? Papa kata papa habis work awal harini,” jawab Raiq dengan nada merajuk.

               “Papa nak jumpa Aunty Mira kejap. Kejap je okay, nanti papa balik,”

               “Kenapa papa jumpa Aunty Mira dulu?! Papa kan dah janji nak balik awal! Papa janji nak main dengan Raiq!” kedengaran suara Raiq yang agak kasar. Marah dengan tindakan Fikry yang mungkir janji untuk meluangkan masa bersama.

               “Alaaa papa sorry, Raiq. Nanti esok papa bawak Raiq beli aiskrim okay?” ujar Fikry dengan harapan Raiq setuju dengan pujukannya.

               “Raiq benci papa! Papa lagi sayangkan aunty Mira dari Raiq!” jerit Raiq sebelum mematikan panggilan.

Fikry meraup wajah kusutnya. Bila terpaksa memilih antara Amira dengan Raiq memang menjadi satu masalah buat dia. Dia segera membuka aplikasi whatsapp dan menghantarkan pesanan pada kakaknya.

               Yana, pujukkan Raiq please. Aku ada hal la.

               Hal dengan Amira?

               Na…. Please….

‘Bluetick. Nampak sangat Yana pon marah dengan aku.’ Dengus Fikry perlahan.

 

‘KAU ni memang anak tak kenang budi! Asyik gambar gambar gambar! Kau ingat jadi photographer tu ada hala tuju ke?! Tengok Wafiq tu, dengar je kata aku. Boleh je tinggalkan kerjaya dia. Kenapa kau ni degil?! Ingat kerja ambik gambar ni dapat duit banyak?! Aku suruh kau tolong abang kau je! Itu pun tak boleh?!’

Kata-kata babanya seolah olah terngiang-ngiang di telinga Wildan. Walaupun dia terlihat baik-baik saja ketika bersama keluarga, tapi jauh di sudut hatinya, dia sering dihantui kata-kata babanya yang seakan merendahkan impiannya untuk menjadi photographer.

‘Mungkin ya, aku beruntung sebab aku masih ada ibu dan baba as compared to others yang takde sesiapa dalam hidup mereka. Tapi beruntung ke kalau ada parents tapi tak support anak dia? Jangan kata nak support, hina, keji semua ada. Aku ni macam takde masa depan je. Ibu… Baba… Kenapa ibu dengan baba buat angah macam ni? Kenapa selalu je bandingkan angah dengan along? Mungkin bagi along senang untuk lepaskan cita-cita dia. Tapi tak bagi angah baaa. Ibu dengan baba tak tengok macamana usahanya angah nak capai cita-cita angah. Angah tak kisah orang luar nak caci maki kerja angah, tapi bila parents sendiri, angah rasa macam angah ni takde pape! Angah takde tempat bergantung, tempat meluah! Sakit, ya Allah!! Tolonglah aku, kuatkan dan jadikan aku seorang yang redha atas ujianmu,’ bisik hati kecil Wildan sebelum melepaskan keluhan berat.

Wildan berjalan ke katil untuk mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu sebelum menekan butang send.

 

TELEFON bimbit Ainna berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk.

               Bagitau ibu dengan baba, angah tak balik malam ni. Angah stay rumah Paan. Ada hal.

Ainna mendengus membaca pesanan yang diterima melalui aplikasi whatsapp itu.

               Kenapa tak bagitau sendiri?                                                                                                

               Tolong lah!

               Ye lah!  Ish angah ni!

Ainna segera turun ke bawah untuk memaklumkan hal itu pada ibu dan babanya. Dan seperti biasa, pasti dia yang disoal oleh mereka dan disuruh untuk memujuk abangnya balik ke rumah.

Wafiq dan Wildan memang berbeza. Wafiq lebih patuh pada ibu dan baba mereka dan akur untuk mengurus perniagaan keluarga dan mengorbankan cita-citanya untuk menjadi juruterbang namun berbeza dengan Wildan yang berpegang teguh dengan keputusannya untuk menjadi photographer dan mengabaikan perniagaan tradisi keluarga mereka. Sebab itulah, Wildan sedikit jauh dengan keluarga jika nak dibandingkan dengan Wafiq. Tapi kalau melibatkan hal Ainna, Wildan lah yang paling ambil berat dan selalu membelanya.

               “Manala adik tahu, angah whatsapp tu je. Malaslah nak tanya banyak. Siap kerja dia, dia balikla tu.”

               “Angah kau tu memang macam tu. Semua benda ikut kepala dia saja,” jawab Babanya dengan nada tegas.

Ainna mendengus perlahan. Bosan dengan drama keluarganya yang sama setiap hari. Ainna meminta diri untuk naik ke bilik dengan alasan ingin menyiapkan tugasan pejabatnya.

AINNA sedang sibuk memakai tudung ketika abangnya, Wildan mengetuk pintu untuk masuk kebiliknya.

               “Hai putera raja! Dah balik?!” tegur Ainna sambil matanya melihat ke arah Wildan melalui cermin.

               “Taklah! Ni roh dia,” jawab Wildan dengan riak wajah yang serabut sambil melabuhkan duduknya di katil Ainna.

               “Angah okay?”

Ainna segera duduk di tepi Wildan. Risau pulak dia tengok keadaan abangnya yang satu itu. Jarang dia boleh tengok wajah tenang Wildan bila di kampung.

               “Okay,” jawab Wildan sepatah.

Ainna tersenyum nipis. Nampak sangat yang Wildan tak okay.

               “Janganlah badmood. Angah sedih sebab baba ke sedih sebab Isya nak tunang ni?” usik Ainna dengan niat untuk mengurangkan stress Wildan.

Wildan tersenyum nipis. “Kenapa Isya tak pilih aku eh?” jawab Wildan dengan pertanyaan juga. Sengaja mengikut pembicaraan adiknya.

               “Wait!! Angah? Angah still ada feeling kat dia ke? Oh my God!!” Ainna segera berdiri dengan matanya yang tidak lari dari memandang Wildan.

               “Kenapa? Salah ke?”

               “Angah….. Memang la tak salah tapi Isya dah nak tunang. You should forget her la,” tegas Ainna dengan nada sedikit keras.

               “Baru tunang bukan bini orang.”

               “What??!”

               “Susah betul ada adik bengap! Dah la cepatla siap!” jerit Wildan sambil kakinya laju melangkah keluar.

Ainna ditinggalkan terpinga-pinga dengan jawapan Wildan tadi. Dia segera sambung memakai tudung selepas sedar yang dia sudah lambat untuk ke majlis.

 

SUASANA di majlis itu kelihatan meriah dan bahagia untuk semua yang menghadirinya. Namun tidak pada Wildan. Dia berdiri di tepi kereta usai majlis pertunangan itu selesai. Tanpa disedari, dia mengeluh perlahan.

               “Hai.. Kuat mengeluh. Itulah dulu orang suruh pegang betul betul tak nak! Sekarang baru nak menyesal,” terdengar seperti suara adiknya yang mengejek.

               “Eh kau ni!! Sibuk je!” tegas Wildan sambil matanya memandang tasik yang terbentang di tepi rumah Mak Long nya itu.

               “Angah serius ke?” Ainna masih tertanya-tanya dengan ucapan Wildan di bilik tadi.

               “Apa?”

               “Pasal Isya bukan bini orang lagi?” tanya Ainna dengan nada lembut. Risau mengguris hati abangnya.

               “Kau ni kan belajar tinggi-tinggi. Tapi otak bebal!” jawab Wildan sambil ketawa kecil.

               “Hah?! Maksudnya angah tipu?” tanya Ainna yang masih dalam kebingungan.

               “Ye lah!! Buat apa nak ambik tunang orang kalau yang single ramai!” jawab Wildan seraya berjalan menuju ke dalam kereta.

               “Eeeee!! Angah!!” panggil Ainna dengan nada marah. Namun dia segera diam selepas melihat ibu dan babanya yang turun dari rumah Mak Long dan masuk ke dalam kereta Honda City milik abang sulungnya. Manakala dia masuk ke kereta Wildan.

 

               “IKYY… Kau dah bangun ke belum?” tanya Yana sambil tangannya mengetuk pintu bilik Fikry.

Fikry segera membuka pintu biliknya dan tersenyum melihat si kecil yang memakai baju boboiboy itu.

               “Selamat pagi, anak papa? Raiq dah makan?” tanya Fikry sambil duduk mencangkung bagi menyamakan posisi dia dan anaknya.

Melihat respon anaknya yang hanya diam, dia segera mendongak memandang Yana.

               “Semalam dia tak nak tidur sebab nak tunggu kau. Tapi kau lambat sangat dia tertidur jugak la. Pandai la kau pujuk dia,” ujar Yana sebelum melangkah meninggalkan dua lelaki itu.

               “Raiq.. Papa sorry okay? Semalam papa jumpa aunty Mira kejap je. Lepas tu papa kena pergi office balik. Ada kerja papa yang belum siap,” ujar Fikry dengan niat memujuk. Dia terpaksa menipu untuk menjaga hati si kecil itu. Dia tahu Raiq pasti akan marah kalau dia beritahu yang dia pulang lambat kerana menemani Amira ke majlis hari jadi kawannya.

               “Betul? Papa tak tipu?” tanya Raiq sedikit terpujuk.

               “Yela! Dah jom kita gi makan. Lepastu papa hantar Raiq pergi taska. Okay?” ujar Fikry dengan harapan anaknya segera berhenti merajuk.

Raiq hanya diam dan berjalan meninggalkan papanya menuju ke dapur.

Fikry bergegas keluar dari rumah selepas selesai sarapan pagi bersama kakak dan anaknya. Dia terlupa yang dia sudah ada janji dengan client pada pagi ini. Nasib baik Yana sudah awal awal lagi menawarkan diri untuk menjaga Raiq di rumah. Jimat sikit masa dia untuk segera sampai ke studio.

 

               “JANGAN bawak laju sangat kereta tu, ngah. Tak payah nak rush la. Kalau mengantuk tukar driver,” ujar Puan Rozita tanda mengingati anak lelakinya itu.

               “Okay ibu,” jawab Wildan sambil bersalaman dengan ibu dan babanya. Terlihat babanya hanya tersenyum nipis menyambut salam darinya. Berbeza dengan adik yang dicium dan dipeluk erat. Wildan cuba menenangkan hatinya sendiri.

Kereta Saga milik Wildan berlalu pergi.

               “Angah hantar adik dulu ke canne ni?” tanya Ainna untuk mengurangkan sunyi dalam kereta.

               “Tengok keadaan. Sampai lambat, kita terus pergi sana je boleh?” tanya Wildan dengan nada lembut.

               “Boleh je. Adik nak tidur, nanti angah ngantuk kejut eh!” ujar Ainna seraya menurunkan sedikit kerusinya.

Wildan hanya menunjukkan muka selenga dia sebelum menurunkan sedikit suara radio. Perjalanan yang makan masa hampir 5 jam itu hanya dipenuhi dengan celoteh penyampai radio saja. Ainna hanya bangun untuk berhenti solat saja. Fikiran Wildan juga melayang entah ke mana sepanjang perjalanan itu.

 

JAM menunjukkan 7:30 malam ketika mereka tiba di Kuala Lumpur. Wildan memberhentikan keretanya di masjid berdekatan dengan sebuah restoran. Niatnya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum mengisi perutnya yang berbunyi dari tadi.

               “Kita terus pergi tempat kawan angah eh dik?” tanya Wildan sambil matanya melihat jam di tangan. Dia risau terlambat menepati janji untuk berjumpa kawannya jam 9 malam di pusat bandar yang berdekatan.

               “Okey. Tapi adik tak nak masuk boleh?” tanya Ainna dengan muka kesian. Dia memang malas kalau nak tunggu abangnya selesai meeting. Bukannya dia faham apa pun tentang bidang kerja Wildan.

               “Dah tu nak duduk mana? Masuk la tapi kau duk meja lain. Order la apa yang nak,” ujar Wildan.

               “Kalau tahu aku takyah makan tadi,” jawab Ainna sedikit kesal.

               “Dah tadi kau kata lapar, aku nak suruh kau tahan lapar kang mati kebulur adik aku ni,” tegas Wildan sebelum bangun untuk ke kaunter pembayaran.

Ainna menyuruh Wildan masuk dulu. Dia ingin pergi ke kedai 7E yang ada di sebelah restoran itu. Niatnya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk dibuat stok. Dalam leka mencari barang yang diperlukan, Ainna terdengar ada suara yang memanggilnya. Dia segera menoleh ke suara itu. Ainna agak terkejut melihat gerangan yang memanggilnya sebelum bibirnya mengukir senyuman nipis kepada lelaki itu.

               “Eh!! Fikry buat apa kat sini?” tanya Ainna sambil matanya memandang bakul yang dipegang oleh Fikry.

               “Teman awak beli barang,” jawab Fikry dengan melepaskan tawa kecil.

Ainna tersenyum nipis. ‘Tak lucu,’ desisnya dalam hati.

               “Sorang je?” tanya Ainna untuk menyembunyikan rasa janggalnya dengan keadaan itu.

               “Haah. Saya ada meeting kejap lagi dekat dekat sini. Tu yang singgah beli barang Raiq kejap,” ujar Fikry sambil tangannya mengambil susu kotak yang ada di rak bersebelahan mereka.

Ainna hanya mengangguk perlahan sebelum meminta diri untuk pergi ke bahagian lain. Rasa canggung bila berbual dengan orang lelaki yang baru dia temui.

              

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23