Posts

BAB 30

  E NCIK SHARIF yang baru saja selesai mengaji al-Quran menjawab ketukan pintu dari luar. Melihat wajah anak sulungnya yang muncul di sebalik pintu, membuatkan dia tersenyum nipis.                “Fiq, awal masuk jumpa baba ni. Ada apa-apa ke?” tanya babanya selepas meletakkan kitab suci itu di meja kecil yang tidak jauh dari kerusinya. Wafiq mengukirkan senyuman nipis sebelum mempersilakan seorang lelaki untuk masuk ke ruangan babanya.                “Baba, kenalkan, ini PA baru Fiq.” Encik Sharif mendongakkan kepala selepas mendengar ucapan anak lelakinya. Dia mengukirkan senyuman nipis kepada pekerja barunya itu. Memang dia sudah dimaklumkan tentang PA baru itu dari Wafiq. Dia juga bersetuju dengan permintaan Wafiq memandangkan seminggu dua ini dia sering diganggu. Jadi dia risau sekiranya nanti orang-orang yang mengugutnya berniat u...

BAB 29

                 W ILDAN menghulurkan beberapa helai tisu kepada Isya yang ada di tempat duduk sebelah penumpang. Setelah melihat Isya yang sedikit tenang, Wildan menghadapkan tubuhnya ke arah Isya.                “Okay, sekarang boleh bagitahu saya?” Beberapa detik kemudian, Wildan menggelengkan kepala melihat Isya yang masih mendiamkan diri dan menutupi masalahnya dari Wildan.                “Okay, kalau awak tak nak bagitahu takpe, saya call Mak Long,” ugut Wildan sambil membuka kekunci telefon bimbitnya. Sengaja ingin mengugut sepupunya itu. Isya segera menahan Wildan. Jari-jarinya digenggam perlahan sambil mencuba untuk mengawal nafasnya yang sedikit teresak. Mungkin disebabkan dia menangis terlalu kuat tadi.         ...

BAB 28

  H AFIZ melayangkan beberapa keping gambar ke muka adiknya, Hafiza. Wajahnya kelihatan bengis dan cuba untuk menahan marah. Sungguh dia tidak mengerti dengan sikap adik perempuannya itu. Sudah beberapa kali dia melarang Hafiza untuk tidak masuk campur dalam hal itu, namun adiknya tetap membantah arahannya. Hafiz sangat tidak suka ada orang lain yang turut serta dalam rancangannya kerana takut apa yang dilakukan oleh Hafiza malah merosakkan segala rancangan yang sudah diatur olehnya. Hafiza mengambil kepingan gambar di atas lantai. Dia menelan liur perlahan sebelum matanya memandang belakang tubuh abang sulungnya, Hafiz. Tangannya dikepal kuat bagi menguatkan dirinya sendiri dalam melawan amarah abangnya.                “Aku dah kata jangan masuk campur dalam hal ni! Yang kau degil sangat ni kenapa? Dah tak nak dengar cakap aku lagi dah?” tanya Hafiz tanpa memandang wajah adiknya.     ...