BAB 41

 

Ainna berjalan keluar dari ruangan Wafiq dengan dipeluk oleh suaminya, Fikry. Raiq yang tadinya setia bersama dengan Wildan segera berlari mendekati umi dan papanya. Melihat uminya menangis membuatkan mata bulatnya tidak henti-henti memandang papanya. Fikry yang terpinga-pinga mengangkatkan kening melihat wajah mulus anaknya.

            “Papa marah umi ke?” tanya Raiq sambil memegang lembut tangan uminya.

Fikry mengukirkan senyuman nipis,

            “Mana ada. Kenapa Raiq tanya macam tu?”

            “Dah tu kenapa umi nangis?” tanya Raiq sambil menarik-narik tangan uminya, mungkin mengharapkan jawapan dari ibu sambungnya itu.

            “Haah ni papa buat umi nangis. Raiq marahla papa,” adu Ainna sambil menyeka air mata yang ada di pipinya.

Fikry yang agak terkejut dengan ucapan isterinya segera menoleh ke arah Ainna sebelum mengukirkan senyuman tipis. Mungkin lega melihat isterinya yang jauh lebih tenang berbanding tadi.

            “Haaa kan Raiq dah kata. Papa yang buat umi! Ish! Papa ni! Kenapa papa marah umi? Papa tak kesiankan umi ke? Umi dah lah penat jaga papa, jaga Raiq. Masak sedap-sedap lagi,” bebel Raiq sambil menunjukkan riak wajah yang marah pada papanya.

Ainna dan Fikry melepaskan tawa kecil melihat keletah satu-satunya anak mereka.

            “Ish! Anak umi ni! Comel betullah!” ujar Ainna sambil tunduk dan mencium pipi mulus Raiq.

Raiq yang bingung dengan tawa kedua orang tuanya, mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            “Kenapa umi dengan papa gelak?” tanya Raiq lagi.

            “Sebab Raiq ni comel!” ujar Fikry sambil mengelus rambut anaknya dengan tangan kiri yang masih setia di bahu isterinya.

            “Awak balikla dulu. Kesian Raiq ni asyik duk sini saja. Kang demam balik,” ujar Ainna sambil memandang wajah suaminya.

            “Takpe lah. Raiq pun dah sihat ni. Saya teman awak kat sini la. Takkan saya nak tinggal awak dalam keadaan macam ni,” jawab Fikry yang tidak mahu menuruti suruhan isterinya.

            “Janganlah macam tu. Saya okay. Kat sini pun semua ada. Raiq ni yang baru sihat. Kesianla dengan dia. Balik eh,” pujuk Ainna lagi dengan nada yang lembut.

            “Sayang, sayang balik dengan papa okay? Ajak papa balik. Kesian anak umi ni dari semalam lagi kita duk sini,” suruh Ainna sambil menatap wajah Raiq.

Raiq melihat wajah papanya seketika,

            “Umi balik rumah sekali ke?” tanya Raiq.

            “Tak. Raiq balik dengan papa je okay? Umi nak duk sini. Umi kena teman atuk dengan tok ibu,” jawab Ainna dengan nada yang lembut.

Raiq segera menggeleng mendengarkan jawapan uminya,

            “Raiq tak nak baliklah kalau umi tak ikut. Raiq nak duduk dengan umi. Raiq tak nak umi sedih, biar Raiq duk sini temankan umi. Biar papa sorang je balik. Papa kan marahkan umi, Raiq tak nak kawan dengan papa,” jawab Raiq dengan riak wajah dan suaranya yang comel.

Fikry mengukirkan senyuman nipis,

‘Fikry, Fikry. Anak kau sebijik perangai kau,’ desis Fikry dengan senyuman nipis yang tidak hilang.

            “Takpelah, biar je lah kitorang stay. Kalau bawak dia balik pun duk merengek nak awak, susah jugak saya nanti,” jawab Fikry beralasan.

Ainna hanya melepaskan keluhan perlahan dan akur dengan permintaan anak dan suaminya. Susah bila kedua-duanya degil.

 

               Fiz, sorry aku nak tanya, masa abang aku accident, dia dengan siapa?” tiba-tiba Wildan bersuara.

Hafiz yang agak terkejut dengan pertanyaan itu, segera berpaling ke arah Wildan yang duduk selang dua kerusi dengannya. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar sebelum menceritakan kejadian yang sebenar kepada Wildan.

Wildan pula dengan riak wajah yang serius dan teliti dalam mendengar cerita Hafiz. Terkadang dia ada juga menyelit pertanyaan kepada Hafiz, dan lelaki itu menjawab dengan tenang dan berkali-kali memohon maaf kerana kelalaiannya dalam menjaga keselamatan Wafiq.

Wildan mengukirkan senyuman nipis,

            “It’s okay Fiz. Bukan salah kau pun. Kita tak tahu benda ni akan jadi. Kau rasa ni memang kes langgar lari or…” Wildan menatap wajah Hafiz tanpa menghabiskan kata-katanya. Riak wajah Hafiz yang sedikit cuak diteliti sendiri namun dia masih menunjukkan riak wajah yang biasa saja.

            “Maksud kau?” tanya Hafiz seolah-olah tidak mengerti dengan gerakan mata Wildan.

            “Aku yakin kau faham maksud aku,” jawab Wildan.

            “Kau rasa dia sengaja langgar abang kau?” tanya Hafiz lagi.

Wildan mengangguk perlahan.

            “Aku tahu abang aku ambik kau jadi PA dia. Even aku tak rapat sangat dengan along, but I know him well. Abang aku bukan jenis yang senang percayakan orang, and kalau dia ambik kau jadi PA merangkap bodyguard dia, means that he trust you the most. And surely, dia bagitahu kau apa yang jadi sekeliling dia,” jelas Wildan.

Hafiz mengetap bibir dan mulai risau dengan kedudukan dirinya. Setahu dia, Wildan dan Wafiq tidak terlalu dekat. Namun, melihat dari tingkah laku Wildan, lelaki itu seolah-olah tahu setiap gerak-geri abangnya. Melihat dari ucapan dan gerak-geri Wildan, dia tahu Wildan bukanlah orang yang senang ditipu seperti abang dan ayahnya.

            “Am I right?” tanya Wildan setelah pertanyaannya tadi dibiarkan sepi oleh Hafiz.

Hafiz hanya mengukirkan senyuman hambar sebelum menjawab,

            “Aku memang PA Wafiq, tapi aku hanya tahu urusan kerja saja. Hal peribadi dia, aku tak tahu.”

Wildan mengukirkan senyuman sinis mendengarkan jawapan Hafiz,

            “Apa guna Maria di office kalau abang aku ambik kau jadi PA untuk urusan office?” tanya Wildan lagi.

            “Okay, since kau tak kenal siapa aku, so aku percaya lah yang kau tak terlalu rapat dengan abang aku,” ujar Wildan setelah pertanyaannya tadi dibiarkan sepi oleh Hafiz.

            “Maksud kau?” tanya Hafiz lagi yang cuba memberanikan diri. Dia tidak mahu Wildan sedar akan tindak-tanduknya yang mencurigakan.

            “Tak ada lah, maksudnya kau belum tahu yang aku ni tak rapat dengan abang aku. Bila aku kata aku tahu abang aku macam tu macam ni, kau boleh terus percaya je. So ya, aku percaya la yang kau memang tak rapat dengan abang aku,” jelas Wildan lagi.

            “Oh! Tak ada lah aku memang tak tahu urusan peribadi abang kau. Kalau kitorang keluar pun atas urusan kerja saja. Kalau dia ada meeting luar, aku teman.”

Wildan mengangguk sendiri.

            “Nanti kalau ada apa-apa info dari polis, roger aku tau. Kalau nak bantuan dari aku, bagitahu je takyah segan. Anyway, thank you sudi tolong kami sekeluarga,” ucap Wildan dengan senyuman nipis dan tangan yang diletakkan di bahu Hafiz.

Hafiz membalas dengan senyuman dan helaan nafas lega. Setidaknya Wildan sudah tidak mencurigainya. Namun, dia tetap harus berwaspada dengan Wildan. Dia yakin Wildan tidak sedungu Wafiq.

 

TELEFON bimbit Fikry sekali lagi berdering membuatkan setiap wajah yang suram sedikit terkejut. Nama Amira tertera di skrin telefon bimbit. Wildan yang duduk di sebelah, dikerling sekilas. Matanya sempat menangkap mata Wildan yang turut sama melihat skrin telefon bimbitnya. Dia segera meminta diri untuk menerima panggilan tersebut dari Wildan dan juga bapa mertuanya. Ainna yang sedikit jauh darinya dipandang sekilas sebelum menjarakkan diri daripada Wildan,

            “Hello, assalamualaikum,” tegur Fikry dengan nada yang perlahan.

            “Waalaikumussalam, you kat mana?” tanya Amira dengan nada yang mendatar.

            “Masih di JB. Saudara I belum sihat lagi,” bohong Fikry.

            “Saudara you yang mana sakit ni? Sampai you tinggal kerja berhari-hari? Selalunya kalau I ajak keluar banyak sangat kerja you. Ni banyak pulak masa free you, balik tengok saudara sakit sampai berhari-hari,” sindir Amira.

            “Dah saudara I sakit, takkan nak buat tak peduli? Tolongla faham keadaan orang sikit,” tegas Fikry.

            “Apa-apa je lah. Bila nak balik sini? I ada banyak benda nak cakap ni,” ujar Amira.

            “Nak cakap apa? Cakap je la, I dengar.”

            “Tak best la cakap melalui panggilan macamni. I nak cakap something serious,” jawab Amira lagi.

Fikry mengerutkan dahinya.

            “Apa dia? Benda apa yang serious sangat ni? Jangan buat I takut, Mira,” ujar Fikry yang sudah mulai cuak.

Amira melepaskan tawa kecil.

            “Yang you nak takut ni kenapa? You ada buat salah dengan I ke?” tanya Amira yang masih mengharapkan kejujuran dari kekasih hatinya.

Fikry mengetap bibir sebelum menjawab,

            “Tak adalah! Mana ada. Ya lah, I pelik la you tiba-tiba nak cakap serious macam ni.”

            “Okaylah, I bagitahu sekarang la.”

“Haaa apa dia?”

Belum sempat Amira menghabiskan kata-katanya, Fikry memotong perbicaraannya.

            “Ish! You ni! Tak menyempat! Emmm.. Sebelum ni kan you selalu tanya I bila kita boleh kahwin, bila I nak ready untuk kahwin, bila I free and something like that, so, if I said I am ready now?” tanya Amira dengan nada yang lembut.

Fikry membulatkan matanya mendengarkan pertanyaan Amira. Bibirnya diketap keras. Fikirannya mulai serabut dan tangannya juga dikepal dengan kuat.

            “Fikry? Are you there?” tanya Amira setelah ucapannya tadi dibiarkan sepi agak lama.

            “Haaa ye I dengar. I ada ni,” jawab Fikry dengan suara yang tenang.

            “So how? Bila you nak bawak family you jumpa family I?” tanya Amira.

            “You benda macam ni kita tak leh bincang macam ni,” jawab Fikry untuk melarikan diri dari pertanyaan Amira.

Amira mengukirkan senyuman sinis mendengarkan jawapan Fikry. Entah kenapa rasa sayangnya kepada Fikry seolah-olah semakin memudar. Yang ada dalam hatinya saat itu adalah untuk membalas rasa sakit hati yang dia rasa daripada penipuan Fikry.

            “I dah bagitahu you, you yang nak jugak I cakap sini.”

Fikry melepaskan keluhan perlahan,

            “Nanti I balik KL la kita jumpa and discuss balik. I need to go, I will call you later okay?” ujar Fikry lembut.

            “Okay sayang, I love you,” ujar Amira manja.

“I love you too, assalamualaikum,” ujar Fikry seraya segera mematikan panggilan. Dadanya yang sedikit sesak diurut perlahan.

 

WILDAN hairan melihat tindak-tanduk Fikry yang mencurigakan. Kakinya perlahan-lahan mendekati Fikry yang sedang berbicara melalui telefon bimbit. Telinganya sempat mendengar beberapa patah perbicaraan Fikry sebelum adik iparnya itu mematikan panggilan. Ucapan Fikry yang terakhir membuatkan dahinya berkerut namun tindakan drastik Fikry berpaling ke belakang mengejutkan dirinya dan juga Fikry,

            “Eh! Kau Dan! Terkejut aku!” ucap Fikry sambil mengurut dadanya.

Wildan mengukirkan senyuman hambar sambil menggaru kepalanya perlahan. Dia berusaha menyembunyikan rasa curiganya sendiri.

            “Sorry, sorry. Tadi aku nak gi kafe pastu nampak kau kat sini, ingat nak ajak kau lepak dengan aku sekali,” ajak Wildan.

            “Oh! Boleh-boleh. Sorry tadi aku cakap dengan anak buah. Biasalah kerja, bila aku takde semua jadi masalah,” bohong Fikry.

Wildan menganggukkan kepala perlahan. Kakinya melangkah bersama dengan Fikry ke arah kafe sambil kepalanya juga ligat berfikir. Mungkin sedang menata fikirannya yang mulai curiga dengan adik iparnya sendiri.

            “Kesian kau, sebab along, kau pulak kena tinggal kerja,” ujar Wildan serba salah. Fikirannya yang bercelaru didiamkan seketika.

Fikry mengukirkan senyuman nipis,

            “Apa pulak kau kata macam tu. Kita kan family, along tu along aku jugak. Takkan aku nak biarkan bini aku nangis sorang-sorang kat sini. Aku risau along bangun, aku pulak yang ada dalam tu nanti,” gurau Fikry.

Namun gurauannya itu langsung tidak mendapat tawa dari Wildan. Fikry melepaskan keluhan perlahan. Dia tahu abang iparnya itu sangat risau dengan keadaan Wafiq. Kerana itulah Wildan tidak menanggapi gurauannya.

Berbeza dengan Wildan yang sebenarnya bukan sedang memikirkan Wafiq tapi memikirkan tentang pemanggil yang menelefon adik iparnya sebentar tadi. Selama ini dia fikir Fikry tidak memiliki kekasih ketika berkahwin dengan adiknya. Namun, mendengarkan perbicaraan Fikry tadi, dia yakin pemanggil itu adalah teman wanita Fikry. Dia mengeluh perlahan, silapnya juga kerana tidak menyelidiki hal itu terlebih dahulu. Dia menerima perkahwinan Ainna dan Fikry kerana dia yakin Fikry adalah lelaki yang baik, tapi jika lelaki itu sudah pun memiliki teman wanita, Wildan sudah salah kerana mengizinkan Fikry masuk ke dalam kehidupan adiknya.

            “Dan, Dan. Kau dengar tak aku cakap?” tanya Fikry sambil memegang bahu Wildan.

Wildan yang seolah-olah kembali ke alam nyata, agak terkejut dengan pertanyaan Fikry.

            “Hah? Apa kau cakap?” tanya Wildan lagi.

Fikry mengukirkan senyuman hambar,

            “Aku faham Dan, kalau kau risaukan keadaan along. Tapi kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat, kita tak boleh fikir yang bukan-bukan. Apa yang kita cakap, kita fikir itu adalah satu doa. Kalau kita fikir along akan bangun dan pulih macam biasa, in sya Allah itu akan jadi doa untuk along. Kau kena kuat Dan. Bukan sebab kau kena kuatkan orang lain, tapi sebab kau! Kau nak hadap hari-hari kau. Kalau kau lemah dan sedih macam ni, macamana kau nak handle situation around kau?” nasihat Fikry usai melabuhkan duduk di kerusi di sebuah kafe.

Wildan melepaskan keluhan berat sebelum meraupkan wajahnya.

            “Aku sebenarnya..” ujar Wildan sambil menatap wajah adik iparnya. Namun kata-katanya terhenti sambil matanya dipejamkan perlahan. Entah kenapa dia tidak rasa sangsi untuk berkongsi rahsianya dengan Fikry.

            “Kau boleh share dengan aku Dan. I won’t judge you,” ujar Fikry sambil mengukirkan senyuman nipis. Mungkin Wildan segan untuk berkongsi rasa sedihnya dengan Fikry, maka kerana itulah abang iparnya tidak menghabiskan kata-katanya.

            “No, it’s not about that. Sebenarnya kan aku rasa accident yang jadi kat along ni bukan accident,” ujar Wildan ringkas namun sangat senang difahami oleh Fikry.

Fikry mulai mengubah riak wajahnya supaya lebih serius.

            “Kau rasa ada orang plan semua ni?” tanya Fikry perlahan.

Wildan mengangguk perlahan.

            “Siapa?” tanya Fikry lagi.

Wildan menggelengkan kepalanya perlahan. Riak wajahnya juga menunjukkan seolah-olah dia buntu dengan persoalan itu.

            “Kenapa kau boleh fikir macam tu?” tanya Fikry lagi.

            “Dah banyak benda dah Fik jadi dekat family aku ni. Dari ibu, baba sampai adik aku pun pernah kena. Tapi takdelah sampai kena langgar macam ni. Dari segi ugutan, adik tu ada orang ikut dia sampai rumah, orang duk perhatikan rumah aku, macam-macam lagi lah! Itu yang buat aku yakin ni bukan accident,” jelas Wildan lagi.

Fikry menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Then, apa plan kau?” tanya Fikry lagi.

            “Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa PA along tu macam something tau.”

            “Something? Maksud kau?”

Wildan menyandarkan belakang badannya ke kerusi kafe. Dia mendengus perlahan.

            “I don’t know. But I think there is something fishy, but I am not sure about that. Tapi aku rasa macam ada something yang dia cuba sembunyikan dari aku. Dari kelakuan, percakapan dia. Macam serba tak kena lah!”

Fikry menganggukkan kepalanya perlahan.

            “Apa kata kalau kita yang pergi tempat accident tu untuk tanya orang-orang kat situ? Maybe ada yang boleh tolong?” cadang Fikry.

Wildan mengangguk perlahan.

            “Aku pun fikir macam tu jugak cuma belum sempat nak pergi sana. Aku risau dengan keadaan along. Tapi tengok along makin better tu boleh kot aku pergi esok,” ujar Wildan lagi.

            “Okay, nanti aku ikut sekali,” ujar Fikry.

Wildan hanya menganggukkan kepala mendengar ucapan Fikry.

 

PUAN FARIDAH berjalan laju menghampiri Puan Rozita dan juga Ainna.

            “Eh! Mama,” tegur Ainna segera berjalan laju menghampiri ibu mertuanya.

Puan Faridah mengukirkan senyuman nipis usai melepaskan pelukannya dengan Ainna. Kakinya terus melangkah mendekati besannya.

            “Ita!” tegur Puan Faridah sambil memeluk Puan Rozita. Ibu kepada Ainna yang memang emosinya sudah tidak stabil sejak semalam, mulai menangis teresak-esak dalam pelukan Puan Faridah.

Puan Faridah juga tidak dapat menahan sebaknya, air matanya meluncur laju. Pelukannya dikemaskan mungkin untuk memberikan kekuatan buat besannya.

            “Macamana keadaan Wafiq?” tanya Puan Faridah usai melepaskan pelukannya.

            “Alhamdulillah dia dah stabil tapi anak aku lumpuh Dah! Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni!” luah Puan Rozita.

Ainna yang berdiri di samping mereka juga tidak dapat mengawal emosinya. Air matanya juga tidak berhenti mengalir.

            “Allahuakbar! Ita! Lepastu Wafiq dah tahu ke?” tanya Puan Faridah.

Ainna menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Along memang tak sedar lagi ma.”

            “Aku tak tahu macamana keadaan anak aku kalau dia tahu yang dia lumpuh Idah! Aku tak tahu nak kata macamana. Aku risau kalau anak aku tak boleh nak terima keadaan dia!” luah Puan Rozita lagi.

            “Ita! Kau kena kuat Ita! Kau dengan abang Sharif kena kuat demi Wafiq. Memang susah untuk dia terima, tapi kalau kita semua yakinkan dia yang dia mampu untuk sembuh, aku yakin dia boleh harungi semua ni. Kita semua tak boleh tunjuk yang kita ni lemah, sedih. Kita kena tunjuk yang kita happy dia boleh teruskan hidup walaupun tak semudah dulu,” pujuk Puan Faridah.

 

Puan Rozita hanya mengukirkan senyuman nipis mendengarkan pujukan sahabatnya. Tangannya masih digenggam kemas oleh besannya.

 

Melihat Puan Rozita yang semakin tenang, Puan Faridah sedikit lega. Keadaan Ainna yang lesu dan tidak bermaya membuatkan dia merasa kasihan. Sudahlah menantunya itu baru saja penat menjaga cucunya, ini terpaksa menghadapi hari-hari getir seperti itu pula.

           

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23