Posts

BAB 38

                          W ILDAN segera keluar dari ruang solat setelah selesai menunaikan solat maghrib. Perjalanannya terasa agak lama memandangkan lebuhraya agak sesak dengan kereta. Mungkin kerana ini musim cuti sekolah. Untung saja dia guna jalan pintas jadi dia tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di hospital yang ditempati oleh abangnya. Wildan segera berjalan ke arah lif dan naik ke lantai ICU persis yang diberitahu oleh adik iparnya.             “Angah!” kedengaran satu jeritan suara dari sisi kanannya. Wildan berpaling ke arah suara yang cukup dikenali. Kakinya melangkah laju mendekati adiknya, Ainna. Ainna segera berdiri dan memeluk tubuh Wildan dengan kemas. Dadanya yang sedari tadi sesak semakin tidak tertahan dan menangis teresak-esak di tubuh abangnya. Wildan juga turut sama membalas pelu...

BAB 37

  A INNA hairan membaca pesanan ibunya yang bertanya akan keadaannya. Jarang sekali ibunya bertanya khabarnya secara tiba-tiba seperti itu. Melihat mesej itu dihantar sejak pagi tadi, Ainna segera membuat panggilan untuk menghubungi ibunya. Namun, dia merasa hampa bila panggilannya tidak dijawab oleh Puan Rozita. Selepas beberapa minit, satu panggilan masuk di telefon bimbitnya. Melihat nama kontak babanya di skrin, dia mengerut dahi sendiri. Biarpun dirinya hairan, dia tetap menjawab panggilan telefon dari babanya,             “Assalamualaikum baba,” salam Ainna dengan nada yang lembut.             “Waalaikumussalam. Kamu ada call ibu ya tadi?” tanya Encik Sharif dengan suara yang lemah.             “Haah. Adik baru tengok chat dari ibu. Itu yang adik terus call, tapi ibu tak angkat. Baba okay ke?” tanya Ainna ...