Posts

BAB 37

  A INNA hairan membaca pesanan ibunya yang bertanya akan keadaannya. Jarang sekali ibunya bertanya khabarnya secara tiba-tiba seperti itu. Melihat mesej itu dihantar sejak pagi tadi, Ainna segera membuat panggilan untuk menghubungi ibunya. Namun, dia merasa hampa bila panggilannya tidak dijawab oleh Puan Rozita. Selepas beberapa minit, satu panggilan masuk di telefon bimbitnya. Melihat nama kontak babanya di skrin, dia mengerut dahi sendiri. Biarpun dirinya hairan, dia tetap menjawab panggilan telefon dari babanya,             “Assalamualaikum baba,” salam Ainna dengan nada yang lembut.             “Waalaikumussalam. Kamu ada call ibu ya tadi?” tanya Encik Sharif dengan suara yang lemah.             “Haah. Adik baru tengok chat dari ibu. Itu yang adik terus call, tapi ibu tak angkat. Baba okay ke?” tanya Ainna ...

Bab 36

       H AFIZ memberhentikan kereta di seberang jalan berhadapan dengan sebuah kafe yang sentiasa dikunjungi oleh Wafiq. Memandangkan waktu itu belum lagi waktu rehat pejabat jadi kawasan itu tidaklah terlalu sibuk. Wafiq turun dari kereta dan melintas jalan untuk ke kafe itu. Hafiz sempat mengukirkan senyuman ketika Wafiq menyuruhnya untuk tunggu di dalam kereta. Setelah hampir 15 minit menunggu, Wafiq keluar dari kafe sambil membimbit dua gelas air di tangannya. Melihat tempat kereta yang diparkir oleh Hafiz sebentar tadi, Wafiq mengerutkan dahi. Matanya melilau mencari kereta miliknya sambil kakinya terus melangkah ke arah tempat parkir. Tanpa Wafiq sedari, ada sebuah kereta Hilux meluncur laju ke arahnya dan terus melanggar Wafiq tanpa sempat dia mengelak sepenuhnya. Wafiq rebah di tepi jalan dan terus tidak sedarkan diri. Beberapa orang yang ada di kafe tersebut segera berlari mendapatkan Wafiq. Kereta yang tadinya melanggar Wafiq sudah jauh pergi. Ha...