Posts

BAB 2

  A inna mendengus perlahan memandang telefon bimbit yang tidak henti bordering dari tadi. Bingung dia dengan perangai kekasih abangnya yang terlalu posesif itu. ‘Kalau boleh setiap minit kot nak dengar suara along. Annoying betolla perempuan ni,’ dengus hati kecil Ainna.                “Along!! Telefon kau bunyi ni! Bingit la dari tadi tak henti henti!” jerit Ainna dengan nada sedikit kesal.                “Kau tak boleh tolong jawabkan ke?!” jerit abang sulungnya, Wafiq yang baru naik dari dapur dengan tuala di leher. Wafiq bukannya sengaja tidak menghiraukan panggilan itu, tapi dia baru sahaja selesai mandi.                “Malas aku nak bercakap dengan awek psiko kau tu,” jawab Ainna seraya bangun dan berjalan laju menuju ke biliknya. Risau ditengking Wafiq. Wafiq...

BAB 1

                                  “E h! Kak Yana!” tegur Ainna dengan nada yang sedikit kuat sambil menyentuh lengan baju wanita di hadapannya.                “Maaf, siapa ya?” ujar wanita itu lembut. Ainna tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu. Ye la macamana nak kenal sudah hampir setahun dia tidak bertemu mata tambahan pula waktu itu Ainna pakai penutup muka. “Ainna kak, kita satu bilik dulu waktu belajar di Uitm Seremban,” jawab Ainna yang masih dengan senyuman di bibir.                “Oh! Ainna! Maaf la akak tak kenal, makin slim dan bergaya Ainna sekarang ya.”                “Alaaa akak ni masih lagi suka ...