BAB 40

 

      AINNA perlahan-lahan melangkah masuk ke ruang rawat abang sulungnya. Kakinya terasa berat untuk menghampiri susuk tubuh yang masih terbaring lemah di atas katil, namun dia terus berusaha kuat. Melihatkan keadaan kedua orang tuanya dan Wildan makin menguatkan dirinya. Mungkin di saat ini dia yang harus menguatkan keluarganya yang lain, bukan lagi tugas abang-abangnya.

Tangan Wafiq yang disalurkan dengan wayar dipegang dengan lembut. Kolam matanya yang sedari tadi bertakung mulai menitiskan air, lututnya yang sedari tadi sudah lemah, membuatkan dirinya tidak stabil untuk berdiri. Tangannya menarik kerusi yang ada di situ dan melabuhkan duduk.

Bibirnya berusaha untuk mengukirkan senyuman hambar dengan tangan kirinya memegang dada Wafiq,

            “Along, ni adik. Along okay? Kenapa along tak bangun lagi ni? Along tak nak jumpa adik ke? Along tak nak jumpa ibu dengan baba? Angah? Along tak sedih ke tengok kami nangis?” tanya Ainna dengan nada yang bergetar.

            “Along nak tahu tak semua orang sedih tengok keadaan along yang macam ni. Semua orang asyik nangis je fikirkan along, kami rindu along, rindu sangat. Along tak nak ke balik rumah, gelak sama-sama, borak satu family?” tanya Ainna lagi.

Namun, bila mendengar perkataan ‘satu family’, entah kenapa ia merasa janggal buatnya. Sejak kejadian dulu, suasana satu keluarga tidak pernah wujud di antara mereka. Wildan lah yang selalu mengasingkan diri dari ahli keluarga yang lain. Tapi sekali pun dia tidak pernah ada niat untuk menyalahkan Wildan kerana bukan sepenuhnya salah Wildan. Keadaan yang membuat abangnya itu berubah secara drastik seperti itu.

            “Along, bangunlah! Adik tak kuat. Adik tak pernah kuat. Sebelum ni bila adik sedih, adik down, angah yang selalu kuatkan adik. Angah selalu ada untuk pujuk adik. Tapi harini lain, angah sendiri lemah, angah sendiri nangis sebab risaukan along. Adik tak ada tempat untuk bersandar long. Along bangunlah, temankan adik untuk kuatkan family kita,” ujar Ainna dengan lembut. Tangan kanannya masih lagi mengelus tangan abang sulungnya.

Bibirnya sempat mengukirkan senyuman hambar,

            “Kalau along ingat, dulu along selalu kata adik ni banyak nangis, selalu merungut, selalu mengadu dengan parents kita setiap apa yang adik lalui. Tapi apa yang jadi pada along harini buat adik boleh buktikan pada along yang adik bukanlah yang paling manja. Hari ini adik tengok orang yang paling manja, paling banyak nangis adalah angah. Ya long, angah. Orang yang selama ni satu family anggap degil, banyak buat masalah dan paling jauh dengan orang lain, dia lah orang yang paling hancur bila tengok keadaan along. Dia orang paling sedih bila tahu keadaan along,” ujar Ainna sambil menyeka air mata di pipinya.

            “Dulu, adik selalu kata yang along tak sayang adik. Along sayang angah saja. Sebab semua benda yang along ada, along nak share dengan angah. Along nak bagi pada angah. Bila adik gaduh dengan angah pun along selalu bela angah, along selalu menangkan angah, along selalu utamakan angah berbanding adik. Kalau ditanya, ya memang adik sedih, adik marah, adik cemburu dengan angah. Sebab along lebih sayangkan angah sedangkan adik ni bongsu. I try to do everything to make you love me more, care about me more than you did to angah.”

            “Tapi itu dulu, sekarang adik faham. Walau sesayang mana pun along pada angah, even more than you love me, I am fine. Adik faham dan adik terima. Jadi abang sulung itu tidak mudah, tanggungjawab along terhadap adik dan angah terlalu besar. Along yang kena jaga kami, nasihatkan kami dan juga jadi sahabat yang baik buat kami. Adik faham bila angah selalu suruh adik hormatkan along while he did not,” ujar Ainna seraya melepaskan tawa kecil juga untuk menutupi esakannya.

            “Along! Adik rindu along, adik rindu kita tiga beradik spend time together macam dulu. Adik rindu nak gaduh, nak gelak macam kita kecik-kecik dulu. Sekarang semua dah lain. Dah tak sama macam dulu. I don’t want both of you are being like this, pretend to hate one another, mad to each other meanwhile both of you have a big heart towards each other.”

            “Along kena janji dengan adik, along akan bangun dan kuat untuk adik, untuk family kita.”

Suara pintu dibuka membuatkan Ainna tersentak. Ucapannya tadi juga tidak sempat diakhiri. Melihat Fikry yang melangkah masuk membuatkan tangisannya semakin kuat. Tubuh Fikry yang sudah pun berdiri di sebelahnya, dipeluk dengan sangat erat.

Fikry yang terkedu dengan tindakan Ainna segera mengelus lembut belakang badan isterinya. Jiwa lelakinya juga turut sama tersentuh dengan kasih sayang Ainna terhadap abangnya. Sedangkan Fikry tahu yang Ainna tidak terlalu dekat dengan Wafiq. Jika yang ada di atas katil itu adalah Wildan, dia tidak tahu bagaimana keadaan isterinya nanti. Yang pastinya jauh lebih teruk dari apa yang dilihat dari Ainna pada saat ini.

            “Along will be fine. Awak jangan risau,” pujuk Fikry dengan nada yang lembut.

            “Saya tak kuat. Saya tak kuat Fikry. Ibu, baba dengan angah semua down dengan keadaan along. Kalau saya pun down, macamana dengan dorang? Tapi saya tak mampu untuk kuat, saya tak mampu. Saya sedih dengan keadaan along. Saya buntu, saya tak tahu nak buat apa,” luah Ainna dengan air mata yang berjuraian di pipinya.

            “Ainna, saya dah bagitahu kan yang saya akan sentiasa ada dengan awak. Saya takkan pernah tinggalkan awak dalam keadaan yang macam ni. Buktinya saya ada di samping awak sekarang ni. Awak boleh lemah bila dengan saya, awak boleh lemah bila dengan ibu dan baba, dengan Wildan. Saya ada, saya akan kuatkan family kita,” pujuk Fikry lagi.

Ainna yang mendengarkan nasihat Fikry hanya mendiamkan diri tanpa membalas sepatah kata pun. Ungkapan ‘family kita’ sedikit sebanyak menenangkannya.

 

HAFIZ baru saja sampai di hospital yang merawat majikannya, Wafiq. Kakinya melangkah ke arah ruang rawat Wafiq sambil tangannya membimbit tiga bungkus makanan. Usai sampai di depan wad, dia memberhentikan langkahnya.

Melihat Encik Sharif sedang menenangkan isterinya yang menangis teresak-esak makin menyesakkan dadanya. Tangan kirinya dikepal dengan kuat, giginya diketap hingga rahangnya sedikit bergerak. Melihatkan sepasang suami isteri itu yang saling menguatkan, mengingatkannya pada ibunya yang selama ini menanggung kesakitan dan kesusahan sendiri.

‘Orang mungkin akan kata aku anak derhaka sebab berdendam dengan bapak kandung aku sendiri, tapi sebab aku sayang, sebab aku nak berbakti pada mama la aku buat macam ni. Aku tak nak orang lain terus hidup bahagia di atas penderitaan yang ditanggung oleh mama selama ni. Aku memang patut dapatkan balik semua hak mama, dia tak ada hak untuk terus nikmati apa yang mama usahakan selama ini. Apatah lagi perempuan tu dengan anak-anak dia. Mereka langsung tak layak pegang apa yang seharusnya jadi milik kita, ma. Hafiz janji, Hafiz akan dapatkan balik semua hak kita,’ desis Hafiz sendiri.

Suara troli hospital mengembalikan Hafiz ke alam nyata. Kolam matanya yang panas dikerdipkan berkali-kali. Kakinya terus melangkah menghampiri majikannya. Bibirnya menghadiahkan senyuman buat Wildan yang berdiri tidak jauh darinya.

            “Encik, Datin, ni saya ada bawakkan makanan sikit. Saya rasa semua belum lunch lagi kan?” tanya Hafiz sambil meletakkan plastik makanan di bangku.

Puan Rozita hanya menghadiahkan senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Hafiz.

            “Macamana meeting?” tanya Encik Sharif.

            “Okay encik. Everything went well. Kak Maria dah settlekan semua benda dengan dorang, nanti dia datang confirmkan dengan encik. Tadi dia nak ikut saya sekali, tapi dia risau pulak kalau apa-apa jadi kat office. Pagi tadi semua dah bising sebab encik dengan Wafiq tak ada kat sana,” cerita Hafiz dengan nada suara yang tenang.

Encik Sharif hanya mengangguk mendengarkan cerita Hafiz.

            “Macamana keadaan Wafiq encik?” tanya Hafiz yang kelihatan sangat risau dengan keadaan Wafiq.

            “Tadi saya ada jumpa doktor, doktor kata Wafiq lumpuh separuh badan. Mungkin sebab hentakan yang terlalu kuat,” jawab Encik Sharif yang lebih tenang berbanding awal keluar dari bilik doktor tadi.

            “Lumpuh? Habistu sekarang Wafiq macamana? Dia dah tahu?” tanya Hafiz lagi.

            “Saya tak tahu macamana reaksi dia bila dia tahu yang dia lumpuh,” jawab Encik Sharif usai menggelengkan kepala dengan pertanyaan Hafiz tadi.

Hafiz melepaskan keluhan perlahan. Wajahnya menunjukkan yang dia juga dalam keadaan gusar memikirkan Wafiq namun jauh di dasar hati, hatinya melompat keriangan mendengarkan berita itu. Setidaknya Wafiq sudah pun menerima balasan atas apa yang sudah dia lakukan pada adiknya, Azim.

            “Oh ya encik, pasal kes langgar tu saya dah buat report. Polis tengah siasat siapa yang langar Wafiq. Nasib baik kat kawasan tu ada CCTV so boleh bantu siasatan polis,” jelas Hafiz lagi.

            “Kesian kamu Hafiz. Semalam sudah seharian kamu di sini temankan kami. Harini bantu saya di company pulak, tolong uruskan kes langgar tu lagi. Banyak saya terhutang budi pada kamu,” ujar Encik Sharif dengan nada yang lemah.

            “Tak ada apa lah encik. Saya hanya bantu yang saya mampu saja. Lagipun saya faham keadaan encik sekeluarga buat masa ni,” jawab Hafiz dengan senyuman di bibir.

            “Terima kasih Hafiz,” ujar Puan Rozita dengan mata yang menatap wajah sawo matang Hafiz.

Hafiz hanya membalas dengan anggukan dan senyuman hambar.

 

PUAN FARIDAH sedang bersiap-siap sambil mulutnya tidak henti-henti membebel dengan anak lelakinya yang tidak mengabarkan awal-awal tentang Wafiq.

            “Mama, apa mama ni pagi-pagi dah bising?” tanya Yana sambil memegang sekeping roti di tangannya.

            “Mama siap-siap ni nak pergi mana?” tanya Yana lagi tanpa menunggu jawapan dari pertanyaannya pada Puan Faridah.

            “Mama nak pergi hospital ni tengok Wafiq. Pagi tadi Fikry whatsapp mama bagitahu yang dia ada balik sini tengok Wafiq, dia accident,” cerita Puan Faridah sambil melilitkan tudung bawalnya.

            “Wafiq? Oh! Abang Ainna yang sulung tu ke?” tanya Yana lagi.

            “Ya. Ni Yana pergi la siap-siap temankan mama,” suruh mamanya.

            “Alaaa ma. Yana baru je balik ngantuk la ma. Yana nak tidur,” ujar Yana yang baru saja pulang dari kerja shif malam.

            “Kejap je Yana temankan mama. Mama risaukan keadaan Cik Ita kamu. Fikry kata semalam Wafiq kena tahan di ICU,” jelas Puan Faridah lagi.

            “ICU? ICU ma? Uish! Teruk jugak tu kena. Dia kena langar kat mana? Dengan apa?” tanya Yana sambil menikmati sisa roti di tangannya.

            “Mama pun tak tahu sangat. Katanya Wafiq tu baru keluar café lepas tu kena langgar. Orang yang langgar tu lari entah ke mana dah,” cerita Puan Faridah.

            “Langgar lari la ni? Kesiannya Ainna dengan family dia,” gumam Yana dengan nada yang perlahan.

            “Itu yang adik kamu cerita. Yang mama geramnya, dia baru bagitahu pagi ni. Sedangkan dia tahu dari semalam lagi. Dah sampai ke sini dah pun, baru ingat nak bagitahu kita yang kat rumah ni,” bebel Puan Faridah.

            “Fikry lupa kot ma. Tengah kalut tu,” bela Yana.

            “Kamu pergi la siap-siap. Temankan mama ke sana. Cepat!” suruh mamanya lagi.

Yana segera berdiri dan segera berjalan menghala ke kamarnya untuk menukarkan pakaian. Rasa letihnya tadi dibiarkan terlebih dulu. Rasa simpatinya pada Ainna sekeluarga lebih besar. Entah kenapa dia risaukan keadaan Ainna. Dia tahu yang Ainna seorang ‘family person’, pasti kejadian yang menimpa Wafiq sangat memberi kesan pada Ainna.

 

AMIRA yang sedang bersarapan mulai terganggu bila memandang gambar-gambar dia dan Fikry yang ditampal di dinding rumahnya. Hatinya sudah tidak dapat menahan sabar untuk membicarakan hal itu dengan Fikry. Namun, dia juga tidak boleh bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Telefon bimbitnya dikeluarkan, nombor Fikry diperhatikan namun niatnya dibatalkan seraya menutup kekunci telefon bimbitnya.

Gambar dia memakai baju berwarna biru lembut sepadan dengan Fikry, diambil dan ditatap. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar.

            “You, kalau I pergi dulu kan, you akan cari pengganti I tak?”

            “Mestilah tak! I sayang you, sayang. Mana mungkin I nikah dengan orang lain. Nak dapat orang sebaik you ni kemain susah, takkan senang macam tu je I nak lepaskan you,” jawab Amira sambil sibuk memakai pewarna kuku.

Fikry ketawa perlahan.

            “I tak percaya lah. Pastu takkan you nak jadi anak dara tua? Tak nak kahwin?” tanya Fikry sambil memerhatikan gelagat teman wanitanya.

            “Kadang kan bila kita terlalu sayang pada seseorang tu semua yang kita buat akan terlihat tak munasabah, bodoh, gila bagi orang lain. Tapi bagi orang yang buat and tanggung, benda tu adalah satu tanda kasih sayang yang tulus dari dia untuk orang lain,” jawab Amira dengan tenang dan senyuman di bibir.

Fikry memerhatikan wajah kekasihnya dengan senyuman di bibir. Betapa beruntungnya dia dipertemukan dengan gadis yang begitu tulus mencintainya.

            “Kalau ditakdirkan kita ni tak ada jodoh?” tanya Fikry lagi.

Amira yang mendengarnya mulai mengangkat wajahnya memandang Fikry dan menunjukkan seolah-olah dia sedang berfikir sebelum dia mengukirkan senyuman di wajah,

            “Kalau Tuhan kata you bukan jodoh I, siapa I untuk menolak. Tapi I takkan terima yang kita tak berjodoh sebelum salah seorang dari kita kahwin dulu. Bila kita kahwin dengan orang lain and kita pilih untuk hentikan hubungan ni maksudnya kita bukan yang terbaik untuk one another. I bukan jodoh you.”

            “And you okay?” tanya Fikry lagi.

            “Kalau I kata tak okay pun macamana I nak buat? Takkan I nak hancurkan rumah tangga orang lain. I mungkin tak baik, tapi musnahkan kehidupan orang lain tu bukan kerja I. I tak nak kena karma sebab buat orang lain. And you pun, kalau you betul-betul sayangkan I, you akan tinggalkan I dengan cara yang baik, you bagitahu I apa salah I untuk kita hentikan hubungan ni. Before you had your marriage, you mesti ada sebab untuk hentikan hubungan kita, mesti ada alasan untuk you kahwin dengan perempuan lain. And I am ready to listen for those reasons,” jawab Amira sambil menatap wajah Fikry.

            “Kenapa you kata yang I akan putuskan hubungan kita dulu? Kenapa I yang kahwin dulu? Kenapa bukan you?” tanya Fikry sambil mengangkatkan kening tebalnya.

Amira mengukirkan senyuman nipis.

            “Sebab rasa sayang I pada you lebih besar dari rasa sayang you pada I,” jawab Amira tanpa melihat wajah Fikry.

            “Kalau I tak sayang you buat apa I stay dengan you bertahun-tahun? Kalau I tak sayang you untuk apa I duduk sini temankan you?” tanya Fikry dengan nada yang sedikit serius.

            “I tak kata you tak sayangkan I. Cuma I kata I sayang you lebih dari you sayangkan I. Please baby, jangan nak marah dulu. Hadam dulu betul-betul,” ujar Amira seraya melepaskan tawa kecil.

            “And what I have said was true. You betul-betul tinggalkan I Fik. You dulu yang kahwin. You dulu yang mungkir janji kita. Sebab you tak sayangkan I macamana I sayangkan you. Sakit Fik, sakit,” bisik Amira dengan nada yang perlahan dan menahan sesak nafasnya.

            “I mengaku I terlalu sayangkan you malah mungkin rasa sayang I pada you melebihi rasa sayang I pada diri I sendiri. I selalu mintak untuk you spend time dengan I even you busy with your works. Tapi I buat semua tu sebab you tak pernah ada masa untuk I. You sibuk dengan kerja you, sibuk dengan shoot you sampai you abaikan I. You lupakan janji you untuk selalu ada dengan I. You dah lain,” bisik Amira seraya menyapu titisan air mata di pipinya.

            “Everyone in your life, your family, your friends hate me. Look at me with full of hatred because they only hear my attitude from you. They do not know me at all but they do know my story, our story. I tahu you selalu cerita yang you tak selesa dengan I, tapi tak pernah sekali pun I marahkan you sebab cerita buruk I pada family you. Sebab apa? Sebab I pilih you untuk jadi pasangan I. Baik buruk you, I terima semuanya even it hurts me a lot.”

            “Apa yang I patut buat untuk you nampak semua kebaikan I? Apa yang I perlu buat untuk tunjukkan yang I betul-betul sayangkan you?” tanya Amira lagi sambil memeluk bingkai gambarnya dan Fikry.

Suasana hening menyelubungi ruangan Amira. Lama kelamaan, esakan semakin jelas dan juraian air mata semakin kuat mengalir.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23