BAB 18

                AINNA sedang sibuk membantu ibunya menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga yang lain. Suasana pagi itu juga kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya. Puan Rozita mengerling ke arah anak perempuannya yang menunjukkan muka tidak berperasaan.

               “Fikry tak balik ke semalam?” tegur ibunya memecah kesunyian antara mereka.

Ainna hanya menggeleng perlahan.

               “Whatsapp, call pun takde?”

               “Takde,” jawab Ainna sambil menyusun pinggan di atas meja.

               “Baru first day kahwin dah buat perangai. Dah lah anak dia, kamu yang jaga. Langsung tak reti nak berterima kasih. Kalau ye pun tak nak datang, at least whatsapp la tanya khabar,” bebel ibunya sendiri.

Ainna hanya melepaskan keluhan berat. Dia tidak menyalahkan tindakan Fikry kerana sedar yang pernikahan itu pun bukan atas kehendak lelaki itu. Yang dia geram itu dengan ibunya yang masih dengan sikap suka menyalahkan orang lain.

               “Bukan dia pun yang nak kahwin. Orang yang paksa. Jadi tak boleh lah nak salahkan dia.” kedengaran suara Wildan yang mencelah antara Ainna dan ibunya.

Puan Rozita hanya mengerling ke arah anak lelakinya yang sudah melabuhkan duduk di kerusi.

               “Adik kena ingat, walaupun adik nikah dengan dia terpaksa. Dia dah pun jadi suami adik, jaga makan minum dia, layan dia dengan baik. Tak kisah la macam mana pun layanan dia pada adik, adik kena hormat dia. Jangan malukan ibu dengan baba. Apa pulak kata orang kalau tengok kamu tak pandai jaga laki,” nasihat Puan Rozita sambil menatap wajah anak perempuannya.

               “Malu, malu, malu. Takde benda lain ke nak pikir? Jangan lawan suami, jangan cerai, biar je lah kalau adik kena madu, kena dera sekalipun,” jawab Wildan dengan nada yang tinggi seraya berjalan meninggalkan ruang makan. Nafsu makannya hilang mendengarkan kata-kata ibunya.

               “Adik nak naik tengok Raiq,” jawab Ainna sengaja mencari alasan untuk menjauh dari ibunya. Dia malas untuk mendengar ucapan dari ibunya. Memang kata-kata ibunya itu berunsurkan nasihat, namun entah kenapa buat masa ini hatinya masih belum boleh menerima apa sahaja yang keluar dari mulut ibunya. Hatinya sudah terlalu kecewa dengan perbuatan ibunya.

Puan Rozita mengalihkan pandangannya dari Wildan dan menggeleng mendengar jawapan anaknya.

 

WAFIQ mengukirkan senyuman kepada adik iparnya yang baru keluar dari keretanya. Kelihatan lelaki itu segak berpakaian serba hitam dan membimbit beg berwarna hitam di tangannya.

               “Long,” tegur Fikry seraya menghulurkan salam.

               “Pagi betul kau datang. Dah tak sabar nak jumpa anak bini ke,” tegur Wafiq sambil menepuk bahu Fikry perlahan.

Fikry melepaskan tawa kecil mendengar usikan abang iparnya. Terasa sedikit janggal bila mendengar perkataan ‘bini’ itu.

               “Takde lah. Ni aku bawak barang Raiq. Mama kata semalam dia bawak baju sikit je,” jelas Fikry sambil menunjukkan beg yang dibimbitnya tadi.

               “Ohh! Mehlah masuk. Breakfast dulu,” ajak Wafiq sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

               “Papa!!!” kedengaran suara jeritan anak lelakinya dari arah tangga. Dia mengukirkan senyuman melihat Raiq turun dari tangga.

               “Anak papa ni. Sayang tidur mana semalam? Kenapa tinggal papa?” tanya Fikry sambil mencium pipi Raiq yang sudah ada di dukungannya.

               “Papa yang tinggal Raiq. Raiq pun ikut la Tyna balik.”

Ainna hanya mengukirkan senyuman melihat kedekatan Raiq dan suaminya. Dia berjalan mendekati suaminya setelah perasan yang ibunya sedang memerhatikan dia dari ruang makan.

               “Awal awak sampai,” tegur Ainna seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

               “Saya takut pampers Raiq tak cukup. Tu yang datang pagi lagi. Raiq okay ke semalam?” tanya Fikry seraya menyambut huluran tangan isterinya. Dia mengukir senyuman nipis kerana Ainna masih menghormatinya walaupun mereka disatukan tanpa ada rasa cinta dan sayang.

               “Okay je. Tidur lena sampai ke pagi. Maybe sebab penat sangat kot,” jawab Ainna sambil meratakan bedak yang bercapuk di pipi Raiq.

               “Papa, jom la makan. Tadi Tyna kata tuk ibu ada masak ayam goreng. Sedap,” ujar Raiq dengan menujukkan keterujaannya untuk bersarapan.

Fikry mengukirkan senyuman mendengar kata-kata anak lelakinya.

               “Awak pergi lah meja makan dulu. Saya gi letak beg jap,” ujar Ainna dengan tangan yang ingin mengambil beg anak tirinya untuk dibawa ke bilik.

               “Eh! Tak pe. Saya bawak. Bilik awak mana satu?” tanya Fikry seraya laju mengambil beg yang dibawanya tadi.

               “Atas sebelah kanan. Ada nama dekat pintu bilik,” jawab Ainna dengan nada yang lembut.

               “Okay. Ibu dengan baba mana?” tanya Fikry lagi.

               “Baba atas lagi kot. Ibu ada kat dapur,” jawab Ainna seraya berjalan diiringi Raiq dan suaminya ke ruang makan.

               “Okay. Nanti saya turun balik,” jawab Fikry seraya melangkah naik ke tingkat atas.

 

FAHMI memberhentikan lariannya di hadapan sebuah tasik. Dia berusaha mengatur nafasnya yang tercungap-cungap sambil merenung tasik yang terbentang.

‘Fahmi mintak maaf ma, pa. Ni je satu-satunya cara yang Mi boleh buat untuk waktu ni. Mi belum ready untuk mama dengan papa tahu hal sebenar, yang boleh mengecewakan mama dengan papa. Mi tahu ni salah Mi. Mi yang pilih jalan ni dulu tanpa fikir kesan dia untuk masa depan Mi, untuk maruah family kita. Mi mintak maaf,’ bisik Fahmi dalam hatinya.

               “I ingat you dah kat kampung,” suara seorang gadis dari belakang menyapa telinganya.

Fahmi mengeluh perlahan seraya melabuhkan duduk di sebuah bangku yang disediakan di situ.

               “Bagus you ni, pegang pada janji,” kata wanita yang sudah berdiri berhampiran dengan Fahmi dengan berpakaian sukan.

               “You nak apa datang sini?” tanya Fahmi dengan muka menyampah. Dia fikir dengan keluar awal pagi seperti itu, dia dapat menenangkan hatinya yang sedang bercelaru itu. Namun, lain pula jadinya.

               “Alaa you ni janganlah kekwat sangat. I saja je nak borak dengan you. I nampak you kusut je tu yang I datang nak temankan you.”

Fahmi melepaskan nafas yang berat seraya berdiri dari duduknya.

               “Just straight to the point Liya, what do you want from me?! I takde masa la nak layan you,” bentak Fahmi namun wajahnya masih belum memandang gadis yang ada di hadapannya.

               “Relaks lah Fahmi. Yang you nak marah sangat ni kenapa? Ke you memang nak kahwin dengan perempuan tu? Sebab tu you frust sangat tak dapat balik kan?!” tanya gadis itu dengan nada yang tinggi.

               “Apa yang you merepek ni Dahlia? I tak kenal pun sape perempuan tu! You boleh tak jangan nak buat I makin naik angin? Kalau datang semata-mata nak buat aku marah, baik blah lah!” bentak Fahmi lagi.

               “Then yang you frust sangat kenapa? Sebab family you?” tanya Dahlia yang perasan dengan wajah kusut Fahmi.

Fahmi hanya melepaskan keluhan mendengar pertanyaan gadis itu. Dia malas nak membahas masalah itu dengan Dahlia. Fahmi segera mengaturkan langkah untuk meninggalkan gadis itu.

               “Fahmi, you jangan berubah fikiran tau! Once you change your mind, every single thing about you, I akan bagitahu family you,” ugut gadis yang bernama Dahlia itu sambil matanya memerhati langkah yang diatur oleh Fahmi.

Fahmi memberhentikan langkahnya dan memandang wajah gadis itu. Dia mengukirkan senyuman.

               “We will see sampai bila you boleh ugut I. Family I pun takkan percaya bulat-bulat la apa yang orang luar cakap pasal anak dia. Tambah lagi dari perempuan macam you!” sindir Fahmi dengan mata yang masih tidak lari dari menatap wajah gadis yang sudah dikenalinya hampir empat tahun.

Gadis itu mengukirkan senyuman sinis, merasa seperti dia dicabar oleh Fahmi.

               “Okay! Kita tengok nanti. You ingat I tak berani nak bagitahu family you? You ingat I ni bodoh sangat ke nak tunjuk sesuatu tanpa bukti?”

Fahmi yang mendengar kata-kata itu mulai cuak. Tidak menyangka yang Dahlia boleh berubah menjadi gadis selicik itu.

               “You ingat Liya tak semua benda atas dunia ni you boleh dapat. You tengok apa yang jadi pada I sekarang ni. You ingat I bahagia ke hidup macam ni? Kalau you nak jadi macam I, then go ahead. I nak tengok berapa lama you boleh bertahan,” ujar Fahmi seraya berjalan ke arah tempat parkir kereta.

Dahlia hanya menghantar Fahmi dengan jelingan yang tajam.

 

ADI terserempak dengan Hani di pasaraya Tesco yang berdekatan dengan pejabatnya. Adi memberhentikan langkahnya untuk menyapa Hani,

               “Hani..”

Hani yang sedar namanya disebut, mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Dia melepaskan keluhan melihat lelaki yang ada di hadapannya.

               “Kau. Ada apa?” tanya Hani dengan wajah yang jelas menunjukkan yang dia malas untuk berbual dengan lelaki itu.

               “Kau buat apa sini?” tanya Adi dengan mengukir senyuman paksa di bibir.

               “Tanam jagung. Kau pun nak tanam jagung ke sini?” sindir Hani.

Adi melepaskan keluhan mendengar jawapan dari Hani. Memang sejak dari dia berteman rapat dengan Ainna lagi, gadis itu sudah tidak menyukainya. Jadi, tidak hairanlah selepas apa yang terjadi pun Hani menunjukkan sikap begitu.

               “Aku mintak maaf Hani. Aku tahu aku salah. Aku pun menyesal dengan apa yang aku dah buat. Kalau aku boleh putar balik masa, aku akan pertahankan Ainna,” ujar Adi sambil menatap wajah Hani.

Hani menatap wajah Adi yang kelihatan penuh dengan penyesalan. Dia mengukirkan senyuman sinis.

               “Kalau semua orang atas dunia ni boleh putar balik masa, orang macam kau akan selalu ada di atas. Akan selalu jadi sampah pada orang sekeliling. Aku tahu Adi, aku memang bukan orang yang baik. Tapi setidaknya aku tak sakitkan hati orang yang betul-betul ikhlas dengan aku. Kau tinggalkan dia waktu dia tengah struggle dengan hidup dia. Even aku tak tahu banyak tentang Ainna as compared to you, tapi aku tak pernah tinggalkan dia. Sedangkan kau? Ainna percayakan kau, sayang kau, jujur dan ikhlas dengan kau. Tapi apa yang kau balas?” bicara Hani panjang lebar. Masih banyak yang terbuku di benak fikirannya namun dia memilih untuk tidak meneruskan kata-katanya. Risau sekiranya dia tidak mampu mengawal emosinya terhadap lelaki itu.

               “Aku sedar yang aku tak sepatutnya buat Ainna macam tu. Selama beberapa tahun ni, aku memang diburu dengan rasa serba salah. Setiap kali aku tengok benda yang mengingatkan aku pada memori kami dulu, aku akan rasa keji dengan diri aku sendiri. Dan aku faham kalau Ainna tak boleh nak maafkan aku,” ujar Adi seraya melabuhkan duduk di tepi Hani.

               “Ainna bukan sejahat tu Adi. Mungkin susah untuk dia maafkan kau, tapi aku tahu setiap hari dia berusaha untuk lupakan semua yang dah jadi. Dia tak pernah salahkan kau atas apa yang dah jadi, cuma lumrah manusia. Rasa sedih dan kecewa pasti ada bila kita dikhianati oleh orang yang paling kita percaya,” jawab Hani dengan tegas namun terselit keikhlasan dari setiap bait katanya.

               “Aku tahu Ainna orang yang baik. Memang dari dulu lagi dia baik dengan semua orang. Sebab tu aku jatuh hati pada dia,” ujar Adi sambil mengukirkan senyuman nipis.

Hani mengerutkan dahi sambil menatap wajah lelaki yang pernah menjadi teman satu universitinya dulu. Bingung dengan kata-kata lelaki itu yang sepertinya masih menyimpan perasaan pada sahabatnya.

Adi yang perasan dirinya diperhatikan, menoleh ke sisi kirinya. Dia melepaskan tawa kecil melihat wajah bingung Hani.

               “Aku memang jahat, tapi takde lah sampai nak rampas bini orang. Dulu sebelum aku Ainna kahwin, aku pernah la terfikir untuk try dia balik. Tapi sekarang taklah! Lagipun Ainna dah jumpa kebahagiaan dia sendiri. Aku tengok laki dia pun kaya, baik pulak tu. Aku ni apa je yang ada kalau nak dibandingkan dengan dia,” ujar Adi dengan riak wajah yang masih mengukirkan senyuman.

Hani mengukirkan senyuman mendengarkan kata-kata Adi.

‘Aku memang tak tahu isi hati kau, ikhlas atau tidak. Tapi ucapan kau tadi sudah menunjukkan yang kau lebih matang dan tengok something dari sudut pandang orang lain. Tak pentingkan diri macam dulu,’ desis Hani di dalam hati.

 

               “TYNAA. Boleh tak kalau Tyna jadi mama Raiq? Raiq selalu tengok kawan-kawan Raiq peluk mama dia masa nak masuk taska. Raiq takde mama. Raiq boleh peluk papa je,” ujar Raiq sambil berbaring di sebelah Ainna.

Ainna merasa sayu mendengar pertanyaan anaknya. Dia mengukirkan senyuman seraya menjawab,

               “Tyna tak nak lah jadi mama Raiq. Tyna nak jadi umi Raiq je boleh?”

               “Umi? Umi tu sama ke dengan mama?” tanya Raiq lagi.

               “Sama je sayang,” kata satu suara garau yang baru masuk ke dalam bilik.

Ainna segera bangun untuk mencapai tudung. Segan sekiranya auratnya dilihat oleh lelaki lain walaupun Fikry memang sudah sah sebagai suaminya.

Fikry segera memegang tangan Ainna yang ingin bangun dari duduknya dan menggeleng perlahan.

               “Apa yang nak tutupnya? Awak tu wife saya. Kahwin paksa ke kahwin sebab sayang ke, halal tetap halal. Jangan nak menyusahkan diri. Saya tahu rimas bila kena pakai tudung all the day. Dah lah kat luar tu kena pakai tudung, takkan kat bilik pun nak pakai,” kata Fikry sambil mengukirkan senyuman nipis.

Ainna terdiam mendengar kata-kata Fikry. Dia akur untuk tidak memakai tudung, namun dia masih membetulkan duduknya supaya kelihatan lebih sopan. Maklumlah, dia tidak biasa duduk sedekat itu dengan lelaki selain dari baba dan abang-abangnya. Jadi, agak susah untuk dia menyesuaikan diri dengan kehadiran lelaki lain dalam hidupnya, lelaki yang bergelar suami.

               “Maksudnya Raiq dah ada mama ke? Yeayyy!! Raiq dah ada mama! Nanti Raiq nak pergi taska, Raiq nak bagitahu semua orang yang mama Raiq ni cantik, baik lepastu pandai masak ayam goreng,” ujar Raiq dengan nada yang teruja.

Ainna tersenyum melihat keletah anak terunanya. Jauh di sudut hati, dia merasa simpati dengan Raiq. Lebih tiga tahun Raiq tidak mendapatkan kasih sayang dari seorang ibu. Pasti menyedihkan untuk anak sekecil Raiq, tambahan pula bila melihat rakan-rakannya yang lain selalu bersama dengan ibu mereka.

Kata-kata Raiq seolah-olah hembusan angin, langsung tidak didengar oleh Fikry yang masih menatap wajah isterinya.

‘Ya Allah, indah sungguh ciptaan Mu. Bila tak pakai tudung, dia jauh lebih cantik dari yang aku selalu tengok. Patutlah mahkota seorang wanita itu adalah rambutnya. Dan alhamdulillah, rambut yang selama ini ditutup rapi, yang hanya untuk aku dan halal untuk aku. Terasa sungguh istimewa diri ini menjadi lelaki pertama yang dahulunya bukan mahram sekarang sudah halal untuk melihat auratnya dan bergelar imam pada dia,’ desis fikry di dalam hati dengan mata yang masih memerhati setiap inci wajah isterinya.

Ainna yang sedar dirinya diperhatikan merasa tidak nyaman.

               “Awak. Anak tanya tu,” tegur Ainna dengan wajah yang merona merah. Mungkin segan kerana ditatap oleh lelaki itu.

Fikry tersedar dari lamunannya segera mengalihkan pandangan pada Raiq.

               “Apa sayang? Raiq tanya apa?”

               “Raiq dah ada mama kan papa?” tanya Raiq dengan riak wajah yang riang.

Fikry mengukirkan senyuman mendengar pertanyaan anaknya seraya menarik Raiq ke ribaannya. Sesekali dia mengerling ke arah isterinya.

               “Ya sayang. Raiq dah ada mama. Tapi Raiq kena panggil mama Raiq ni, umi,” ujar Fikry dengan nada yang lembut.

               “Umi? Okay. Umi, Raiq nak tidur. Umi, Raiq nak makan,” bebel Raiq seakan-akan mempraktikkan panggilan umi yang akan disebut olehnya nanti.

Ainna tersenyum melihat keceriaan yang terpancar di wajah anak lelakinya. Jauh di sudut hati, dia bersyukur kerana ketakutannya untuk berpisah dengan Raiq sekiranya Fikry berkahwin sudah terhenti. Kerana dialah yang menjadi ibu kepada si kecil itu. Walaupun dia tidak tahu seberapa lama hubungannya dengan Fikry bertahan namun dia akan pastikan yang hubungannya dengan Raiq tidak akan pernah putus sampai bila-bila.

 

PUAN FARIDAH termenung melihat telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Sesekali dia mengeluh perlahan.

               “Mama. Mama buat apa sini sorang-sorang?” tegur Yana yang berjalan ke halaman rumah untuk menyiram tanaman.

               “Takde apa lah. Saja hirup udara segar,” bohong Puan Faridah.

Yana mengeluh perlahan seraya melabuhkan duduk di sisi mamanya.

               “Mama, share with me. Why? Do you miss him?” tanya Yana seakan mengerti yang mamanya sedang memikirkan adik bongsunya.

Puan Faridah melepaskan keluhan perlahan.

               “Mama risaukan adik kamu, Yana. Dia tak pernah buat perangai macam ni. Dari tadi mama call dia, tapi handphone dia tak aktif. Mama takut jadi apa-apa pada adik kamu tu,” ucap mamanya dengan wajah yang gusar.

               “Mama. Mama jangan fikir yang bukan-bukan. Mama tu ibu. Kata-kata mama, apa yang mama fikir tu jadi doa. Mama jangan lah buat macam ni. Mungkin Fahmi off phone sebab dia takut kita marahkan dia, dia takut kita cari dia,” pujuk Yana sambil menggenggam erat tangan mamanya. Dia juga geram dengan sikap Fahmi yang seperti melarikan diri.

               “Mama cuma risau Yana. Adik kamu tu tak pernah off phone. Kalau antara adik beradik, dia lah yang paling senang angkat call mama.”

Yana mengangguk perlahan. Memang dia akui yang Fahmi sangat dekat dengan mama mereka. Walaupun Yana satu-satunya anak perempuan dan juga tinggal bersama dengan ibunya, namun dia tidak mampu menandingi kedekatan antara Fahmi dan kedua orang tuanya. Fahmi sangat patuh dan sayang pada mama papanya. Disebabkan itulah dia pelik dengan tindakan Fahmi untuk menolak pernikahan itu.

               “Mama jangan risau okay. Nanti Yana dengan Iky cuba cari dia. In sya Allah, Fahmi okay je tu. Maybe dia nak rest for a while or nak tenangkan diri dia. Tu yang dia off phone. Mama jangan fikir sangat, nanti ganggu kesihatan mama. Penat semalam pun tak hilang lagi kan,” pujuk Yana lagi.

Puan Faridah hanya mengangguk mendengar kata-kata anaknya. Dia juga tidak mahu sekiranya kesedihannya mengganggu ketenangan Yana dan Fikry. Terkadang terbit juga risau dalam dirinya sekiranya Yana dan Fikry akan terasa dengannya kerana terlalu sering memikirkan Fahmi. Disebabkan itulah, dia selalu berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan kegusarannya tentang anak bongsunya itu.

 


Comments

Popular posts from this blog

BAB 27

BAB 7

BAB 23